Bismillah...Allahumma solli 'ala muhammad wa'ala aali...

Facebook
RSS

0000027: Asal Usul Melayu ( bab.10 )

-
tf faqir







Conclusion:
Imam Mahdi merupakan orang Melayu. Namun Pemuda Bani Tamim bukan orang Melayu. Ini kerana tidak ada jumlah Umat Islam yang sangat ramai dari serata dunia yang datang ke Alam Melayu. Dalil mengatakan bahawa Imam Mahdi merupakan keturunan dari Saidina Hassan r.a. http://www.youtube.com/watch?gl=CA&hl=…feature=related


Dalil ini adalah dari kata-kata Saidina Ali r.a. Sedangkan Saidina Ali r.a, adalah Sahabat yang sangat rapat dengan Nabi s.a.w, dan sudah semestinya dalil ini adalah sah dan diambil daripada Nabi s.a.w. Ini mengesahkan bahawa Imam Mahdi adalah daripada salasilah Saidina Hasan r.a. 


Manakala pendapat daripada Syiah pula, mengatakan Imam Mahdi merupakan keturunan dari Saidina Hussein r.a. adalah silap. Yang menghairankan pula ialah kebanyakan ustaz-ustaz mutaakhir lebih suka mempercayai dalil daripada syiah yang menyeleweng ini. Pasal cahaya merah ini, teringat saya pada satu cerita karut ala naruto. 


Ceritanya begini.
Pada suatu hari, kumanddie telah jatuh sakit demam panas.
Maka dahi kumanddie telah dilumuri dengan air asam jawa . Ketika berbaring, maka kumanddie pun bermimpi. Dalam mimpi tersebut, kumanddie ternampak bumi telah dipenuhi dengan cahaya merah. Di hadapan Kaabah, terlihat wartawan Malaysia sedang berpusu-pusu untuk ambil berita. Kemudian kumanddie terlihat seluruh penduduk dunia dalam keadaan kebingungan dan terpinga-pinga. 


Melainkan 2 kawasan sahaja yang mempunyai reaksi yang berbeza. 
Kawasan pertama ialah di Israel. Di situ terlihat semua askar-askar mereka dan penduduk-penduduk bertempiaran lari, seolah-olah dikejar Kingkong. Mulut-mulut mereka menyebut perkataan, '' Imam Mahdi ! ImamMahdi ! ''. 
Kawasan kedua pula ialah di Brunei, Malaysia dan Acheh .


Di sini, penduduk-penduduk tersebut berlompat-lompat seperti terdapat pesta masyarakat. Seterusnya kumanddie terlihat 1 jalanraya yang mempunyai pembahagi jalan di tengah-tengahnya, telah dibarisi oleh banyak kereta-kereta di sebelah tepi untuk mengambil penumpang. Semua driver tersebut berbangsa Cina dan mereka menyebut , '' Ong! Ong! ''. 
( Mereka bukannya teksi ). Kemudian saya lihat, sangat ramai manusia yang telah dibahagikan dalam kumpulan-kumpulan.


Setiap kumpulan mempunyai satu ketua. 
Setiap ketua kumpulan telah diberi satu bendera hitam. Kesemua kumpulan-kumpulan ini menaiki kereta-kereta bangsa Cina yang telah berbaris panjang( seperti cerita di atas ) dan terus dihantar ke lapangan terbang secara percuma( driver Cina tersebut tidak meminta sebarang upah ).


Kemudian saya ternampak berita antarabangsa melaporkan bahawa Jabatan Udara Antarabangsa melaporkan terdapat 100 penerbangan PIA dari Pakistan dan 450 penerbangan AirAsia dari Malaysia. Kesemuanya menuju ke Arab Saudi. Seterusnya saya melihat, seorang pilot kapalterbang yang sedang minum kopi, tiba-tiba air kopinya tersembur dari mulut beliau ke cermin hadapan. Beliau terkejut kerana perjalanan kapalterbang menjadi begitu singkat sekali( yakni di luar jangkaan seorang pilotkapalterbang ). Kemudian saya lihat Umat Islam bersembahyang beramai-ramai di tanah airpot Arab Saudi.


Akhir sekali saya lihat, pokok dan batu bercakap dalam Bahasa Melayu dan memberitahu bahawa seorang Yahudi sedang bersembunyi di bawahnya. Orang Yahudi yang sedang bersembunyi tersebut tidak memahami bahasa pokok dan batu tersebut.


Oleh kerana itu beliau tidak berganjak. Kemudian orang Islam pun turun dan membunuh Yahudi tersebut. Namun ini semua adalah sebuah cerita mimpi ala naruto dan merupakan mainan tidur semata-mata... Lihat ini, planet Nibiru yang bakal menghampiri bumi pada tahun 2012 rupa-rupanya berwarnamerah.
http://www.metacafe.com/watch/1463692/new_…y_2_doomsday_2/


Saya dapati ramai pengkaji sejarah Melayu meragui tentang agama yang dianuti oleh Melayu sebelum Islam adalah agama Nabi Ibrahim a.s. atau Agama Jawi. Sedangkan pengkaji sejarah kita hanya membuka buku-buku Inggeris yang menyeleweng dan buku-buku Cina yang tidak banyak faktanya.


Pengkaji sejarah tidak pernah lihat fakta sejarah Melayu dari simpanan Arab, Parsi, Yahudi, Amerika Latin dan lain-lain. Sebelum kewafatan Baginda Nabis.a.w, beliau pernah mengarahkan para Sahabat r.hum untuk menghantar Jemaah Dakwah ke Samudera kerana di situ ada kawan-kawan Nabi s.a.w.


Cuba fikir betul-betul( kalau pengkaji sejarah ada akal ), di mana di dalam dunia ini yang ada perkataan Samudera selain yang digunapakai oleh orang-orang Melayu. Tentulah secara rasionalnya kita akan cakap Hadis ini merujuk kepada Jemaah Dakwah para Sahabat yang dihantar ke Alam Melayu. Kemudian saya nak tanya kepada pembaca budiman, apa yang dimaksudkan dengan Kawan-Kawan Ku yang dinyatakan dalam Hadis.


Sekiranya orang Melayu menganut agama sesat, maka perkataan Kawan-Kawan Ku tidak akan disebut oleh seorang Kekasih ALLAH SWT. Di dalam Al-Quran ada menegaskan bahawa, Nabi Muhammad s.a.w. adalah sebaik-baik Umat Nabi Ibrahim a.s.( yakni sebelum diutus menjadi Rasul ).


Jadi maksudnya, orang Melayu menganut agama Nabi Ibrahim a.s. Ini dibuktikan dengan perkataan Masuk Jawi dalam kamus orang-orang Melayu. Perkataan Masuk Jawi dan Tulisan Jawi( bukan tulisan Arab ) telah digunapakai oleh Orang-orang Melayu sejak sebelum kedatangan Islam lagi.
Sekiranya Sahabat r.hum pernah sampai ke sinijadi mesti ada buktinya. 
Apa buktinya ???
Ya !!! Memang ada bukti.


Bukti 1 
Ada Ulama mengatakan terdapat 60 lebih kubur Sahabat di kawasan Malaysia-Indonesia.


Bukti 2 
Kitab agama Islam di India menulis bahawa Malaysia telah di Islamkan oleh Sahabat r.a, manakala Indonesia telah diIslamkan oleh Tabiin.


Bukti 3
Kitab Kedah Tua mengatakan pada tahun 920 Masihi, terdapat jumlah Umat Islamyang sangat ramai di Kedah.


Bukti 4 
Arkaelogist Malaysia pernah terjumpa wang Zaman Rasulullah s.a.w. di Kuala Berang, Terengganu.


Bukti 5
Kitab-kitab Kuning Lama orang-orang Melayu di tulis dalam bahasa purba. Sekiranya Islam tiba pada zaman Hang Tuah, maka bahasanya lebih moden lagi.


Mengikut ahli Sejarah, orang-orang Gujerat mengIslamkan Melayu. Jadi sepatutnya orang-orang Melayu mestilah fasih berbahasa Gujerat sebab yang Islam kan Orang-orang Melayu adalah pendakwah dari Gujerat India.


Maka buku agama dalam Bahasa Gujerat mestilah berleluasa di Alam Melayu. Dan Mazhab orang Melayu mestilah Mazhab Hanafi dan bukan Syafie. 


Saya nak tanya Ahli Sejarah Melayu – Kenapa Orang Melayu tidak boleh bertutur dalam Bahasa Gujerat.


Mana kitab-kitab Islam dari Gujerat. Kenapa Melayu begitu asing dengan Mazhab Hanafi. Ahli-ahli Kaji Sejarah Melayu begitu mudah diselewengkan dan diperbodoh-bodohkan oleh orang-orang Inggeris. Ahli Kaji Sejarah Melayu tidak jauh bezanya dengan Jabatan-Jabatan Agama kita yang ditipu oleh Wahabi sesat.


Begitu juga sesetengah Umat Islam begitu mudah ditipu oleh ajaran Syiah yang sesat dan menyeleweng. Kerajaan Iran bukanlah kerajaan Islam. Tetapi kerajaan Freemason. Ayatollah Ruhollah Khomeni adalah ahli neraka. Ini disepakatkan oleh semua Ulama muktabar masa kini dan  Wali yang diiktiraf.


Saya hairan bagaimana PAS begitu menyanjung tinggi Iran dan Ayatollah Khomeni. 
Bertaubatlah wahai Ustaz-ustaz PAS sekalian. Anda semua tertipu oleh Yahudi Illuminati dan Freemason.


Saya yakin pada waktu ini Umat Islam yang mempercayai tentang kisah Imam Mahdi sekarang terbahagi kepada 2 golongan.
Pertama yang mengatakan beliau adalah bangsa Arab Quraish.
Kedua yang mengatakan beliau adalah ahlul bayt dari Timur. 


Bagi saya kedua-duanya betul. Begitu juga mengenai 2 gerhana pada bulan Ramadan. Ramai Umat Islam sudah mula mengkritik kesahihan Hadis ini. Sebab sudah terjadi beberapa kali, tetapi tidak muncul jugak Imam Mahdi. 


Bagi pendapat saya, yang dimaksudkan oleh Nabis.a.w. ialah warna merah yang terpancar ke arah bumi( bukan gelap gulita seperti gerhana biasa ). 


Begitu juga, teori saya mengenai Imam Mahdi dan askarnya mungkin salah. Namun mesej yang ingin saya sampaikan ialah bila ada tentera Islam yang berjaya membantai seluruh Israel, maka ikutilah mereka.


Yang penting bagi kita Umat Islam, bukan kita nak tahu sama ada Sahih atau Daif tentang Hadis-Hadis. Siapa kita untuk menjadi Hakim kepada Hadis-Hadis.


Yang penting bagi kita, ialah kita ikuti Jemaah Islam yang ada satu amir. Kalau tidak ada, maka duduklah kita dalam hutan sampai kita mati. Janganlah kita bersama-sama dalam dua kumpulan yang bertelagah. Tidak kira yang bertelagah itu adalah pasukan politik atau sukan atau negara atau syarikat atau seumpamanya. Itu semua benda yang membawa kepada Kemurkaan ALLAH SWT. 


Dalil-dalil Hadis / Quran yang saya berikan sebelum ini, saya tidak bertanggungjawab di atas kesahihan dan tafsirnya.


Itu semua adalah andaian dan pendapat peribadi saya sahaja. Percaya kepada Hari Akhirat tu adalah satu daripada Rukun Iman yang 6. Dalam Hari Akhirat, terbahagi kepada Padang Mahsyar, Mizan, Titian Sirat dan sebagainya. Sebelum Hari Akhirat, ada Hari Kiamat.


Dalam Quran telah menerangkan secara berjela-jela tentang kedahsyatan Hari Kiamat. Jadi Hari Kiamat ada tanda-tanda besar dan ada tanda-tanda kecil. Jadi tanda besar adalah Imam Mahdi. 


Hadis mengenai Imam Mahdi adalah hadis sahih. Nabi s.a.w. tidak begitu memuliakan begitu tinggi seseorang individu selepas Sahabat-sahabat r.a.hum lebih daripada individu yang bernama Imam Mahdi. Bahkan Nabi s.a.w. telah mewajibkan semua  umat Islam untuk ikut Imam Mahdi dan kumpulannya, walaupun terpaksa merangkak di atas ais yang sejuk.


Ini menunjukkan bahawa kesama tarafan pangkat yang diberikan oleh Nabi saw kepada Imam Mahdi menyamai dengan Khulafa’ Arrasyidin. 


'' Tidak akan berlaku hari Kiamat sehingga kaum Rum sampai di A’maq atau di Dabiq untuk menyerang kamu, maka datanglah suatu pasukan yang akan menghadapi mereka dari Kota Madinah yang mana mereka pada waktu itu adalah manusia-manusia yang terbaik di muka bumi ini. Apabila mereka semua telah berbaris-baris( siap untuk berperang ) berkatalah orang-orang Rum: ' Biarkan kami membuat perhitungan dengan saudara-saudara kami yang tertawan( kaum Rum yang telah masuk Islam ). '
Kemudian kaum Muslimin berkata: ' Kami tidak akan membiarkan kamu mengusik( menyakiti ) saudara-saudara kami. ' lalu mereka( kaum Muslimin ) memerangi mereka. Dalam pertempuran itu, 1/3 dari tentera Islam melarikan diri dari pertempuran yang mana mereka tidak akan diampuni dosanya oleh Allah SWT selam-lamanya dan 1/3 lagi dari tentera Islam tersebut tewas sebagai para syahid yang paling baik di sisi Allah SWT. Sedangkan 1/3 lagi dari baki tentera tersebut mendapatkan kemenangan yang mana mereka tidak akan tersesat selama-lamanya, kemudian mereka menakluki kota Konstantin dan ketika mereka sedang membahagi-bahagikan harta rampasan perang, mereka telah menggantungkan pedang mereka di pohon zaitun.
Ketika itu, syaitan berteriak; ' Sesungguhnya al-Masih ad-Dajjal telah menguasai keluarga-keluarga kamu '. Kemudian mereka( tentera Islam bersama Imam al-Mahdi ) bergerak pulang. Ketika mereka sampai di Syam, keluarlah ia( Dajjal ) dan ketika kaum Muslimin telah bersiap-sedia untuk berperang, tiba-tiba masuklah waktu solat, maka turunlah Isa Ibnu Maryam a.s, kemudian baginda( Isa a.s ) pergi menuju dan menghadap kepada mereka dan apabila baginda( Isa a.s ) dilihat oleh musuh Allah SWT, maka ia( Dajjal ) akan meleleh ( hancur ) seperti garam yang mencair dan sekiranya ia membiarkan hal tersebut sesungguhnya ia ( musuh Allah ) akan hancur ( meleleh ) sehingga binasa. Akan tetapi Allah SWT berkehendakkan untuk membunuhnya di tangan Isa Ibnu Maryam, maka Isa Ibnu Maryam memperlihatkan darah Dajjal di tombaknya ''. ( HR Muslim )




'' Akan terjadi suatu perselisihan ketika meninggalnya seorang khalifah, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah, dan beliau lari ke Makkah, maka datanglah kepadanya orang-orang yang berasal dari penduduk Makkah, lalu mereka membawa lelaki tersebut secara paksa, kemudian mereka membai’ahnya antara Hajarul-Aswad dengan Maqam Ibrahim. 


Riwayat Ahmad dan Abu Daud dari Ummu Salamah ' Aisyah Ummul-Mukminin r.ha, telah berkata: '' Ketika tidur, tubuh Rasulullah SAW bergetar, lalukami bertanya: '' Mengapa engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan,wahai Rasulullah? '', Rasulullah SAW menjawab: '' Akan terjadi suatu kehancuran, iaitu bahawa sekelompok orang dari umatku akan berangkat menuju ke Baitullah untuk memburu seorang ' lelaki ' Quraisy yang pergi bersembunyi di Ka'abah sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai di sebuah padang pasir( al-Baida’ ), maka mereka ditelan bumi ''. Kemudiankami bertanya: '' Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang? ''. Baginda menjawab: '' Betul, di antara mereka yang ditelan bumi itu adalah mereka yang sengaja pergi untuk berperang dan ada pula yang dipaksa untuk berperang serta ada pula orang yang sedang musafir, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempat, sedangkan mereka berasal dari arah( niatnya ) yang berbeza-beza, kemudian Allah SWT akan membangkitkan mereka pada hari kebangkitan menurut niat mereka masing-masing ''.

Diriwayatkan oleh Bukhari:
'' Seorang lelaki akan berlindung di baitullah( Kaabah ), maka diutuslah suatu utusan( oleh penguasa ) untuk mengejarnya, dan ketika mereka telah sampai di suatu padang pasir, maka mereka terbenam ditelan bumi ''.


Diriwayatkan oleh Muslim dari Ummu Salamah: 
'' Suatu kaum yang mempunyai jumlah dan kekuatan yang tidak bererti akan kembali ke Baitullah, maka diutuslah( oleh penguasa ) sekelompok tentera untuk mengejar mereka, sehingga apabila mereka telah sampai di suatu padang pasir, maka mereka ditelan bumi ''.


Diriwayatkan oleh Muslim dari Hafsah Ummul-Mukminin r.ha:
'' Sesungguhnya Baitullah ini akan diserang oleh suatu pasukan sehingga pasukan tersebut telah sampai di sebuah padang pasir, maka bahagian tengah pasukan itu ditelan bumi, maka berteriaklah pasukan bahagian hadapan kepada pasukan bahagian belakang, kemudian semua mereka ditenggelamkan oleh bumi dan tidak ada yang tertinggal kecuali seorang yang selamat yang akan mengkhabarkan tentang kejadian yang menimpa mereka ''.


Diriwayatkan oleh Ahmad dari Ummu Salamah r.ha:(52)
'' Suatu pasukan dari umatku akan datang dari arah negeri Syam, menuju ke Baitullah( Ka'abah ) untuk mengejar seorang lelaki yang akan dijaga oleh Allah daripada mereka ''. 




Ketika peristiwa bangunan runtuh di New York. Kejadian tersebut telah dirancang dengan lebih awal dan diberi nama 911. Cuba saudara-saudari tulis di kertas dengan huruf 
'' 911 ''. Kemudian sila gariskan satu garisan di bawah huruf 911( secara bersambung dengan huruf ). Kemudian tambah satu huruf '' 1 '' di belakang huruf '' 911 '' ( 9111 ). Ianya menjadi huruf ALLAH.


Sambungan lanjut, sila kik di sini untuk ke bab 11( bab yang terakhir )


Wallahhu 'alam bissowab.

Leave a Reply

07sept2011. Dikuasakan oleh Blogger.

Rakan Taulan: