Bismillah...Allahumma solli 'ala muhammad wa'ala aali...

Facebook
RSS

0000024: Asal Usul Melayu ( bab.07 )

-
tf faqir







Mengikut kitab Yahudi tua( Book of Mormon ), sebahagian daripada Melayu Semenanjung(termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel, iaitu dari kumpulan Lehi( iaitu terus dari Manasseh, iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s. 
Nabi Yusuf ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim). 


Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang Professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variantMediterranean dalam darah DNA Melayu. 
Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalahdari bangsa Bani Israel.


Nak periksa betul atau tidak benda nie.
Kita kena periksa persamaan antara budaya Melayu dengan budaya Bani Israel.


Pertama adalah gendang. 
Dalam hadis sahih, ketika Nabi s.a.w. bermesyuarat bagaimana hendak panggil orang sembahyang ketika masuk waktu, salah satu cadangan daripada sahabat r.a. adalah dengan menggunakan gendang. Nabi s.a.w. sabda gendang adalah budaya Bani Israel. 
Di dalam dunia ini, gendang hanya digunakan di masjid-masjid di Afghanistan, Pakistan dan Malaysia. Tempat lain tidak ada. Jadi ini semua, adalah tempat Bani Israel. Di Eropah pun, synagogue Yahudi tidak pakai gendang. Jadi yang benar-benar amal budaya Bani Israel adalah Afghanistan, Pakistan dan Malaysia.


Kedua adalah songkok. 
Songkok digunakan oleh Yahudi secara meluas di Eropah. Begitu juga di Russia, Azerbaijan dan Armenia. Ini semua adalah tempat Yahudi. Di Afghanistan, Pakistan dan Malaysia, umat Islam memakai songkok. Sebenarnya, songkok hanya dipakai oleh kumpulan Bani Israel sahaja.


Ketiga adalah serban 2 ekor. 
Cuba kita lihat tengkolok dan dasta. Tengkolok adalah ringkasan daripada serban Bani Israel yang mempunyai 2 ekor. Ini berdasarkan kepada serban Nabi Isa a.s. 


Keempat adalah nama tempat. 
Di Negeri Sembilan terdapat satu kawasan bernama Juasseh. Yahudi memanggil Nabi Yusuf a.s. sebagai Jusuf, manakala anaknya bernama Manasseh, yang diringkaskan sebagai Asseh. Jadilah Juasseh. Jadi mungkin ini adalah keturunan sebahagian Melayu Semenanjung. Selain dari itu, dalam kitab Yahudi tua, terdapat perkataan Moron( Maran ) dan lain-lain bandar yang hampir serupa bunyinya.


Kelima adalah nama surau. 
Terdapat di setengah tempat, surau 2 tingkat yang mempunyai madrasah di bawah, dipanggil sebagai Menesah. Jadi Menesah diambil daripada keturunan sebahagian Melayu iaitu Manasseh( anak Nabi Yusuf a.s. ).


Keenam. 
Sekiranya sebahagian Melayu adalah dari keturunan Nabi Yusuf a.s., jadi mesti ada Melayu yang cantik dan tampan. Saya pernah pergi United Kingdom. Orang sana cakap, Melayu adalah manusia yg paling cantik di dunia. Begitu juga di Australia, 10 tahun dahulu expart Australia cakap, Melayu adalah wanita yang paling cantik di dunia. Saya sendiri sudah buat perbandingan, secara peribadi wanita tercantik adalah dari negara Venezuela, Italy, Palestin dan Jordan. Namun setelah saya buat perbandingan, sesetengah wanita Melayu jauh lebih cantik dapada mereka semua. Jadi mungkin terdapat gent Nabi Yusuf a.s. dalam darah sesetengah Melayu. Kerana Nabi Yusuf a.s. adalah manusia yang paling tampan dalam sejarah manusia. Kita boleh lihat ramai wanita cantik di Pasir Mas, Taiping, Seremban dan Kuantan.


Ketujuh adalah baju Melayu. 
Sekali tengok baju Melayu adalah seakan-akan kurta yang telah dipendekkan. Namun begitu, tujuan saya tulis ini, adalah untuk menunjukkan bahawa yang dikatakan sebagai tentera Imam Mahdi adalah dari kalangan Bani Israel, iaitu seramai 70,000 orang. Mungkin terdapat sedikit Melayu dalam barisan tersebut. Sementara dalam kitabYahudi tua pula, golongan Manasseh bakal sembelih Yahudi jahat di Palestin kelak.Wallahu’alam….


Sekarang saya ingin menghuraikan tentang cerita api masyriq ketika munculnya Imam Mahdi. Kalau Isyraq bermaksud, kedudukan matahari di atas bumi setinggi 2 galah. Maka api masyriq mungkin bermaksud BOM NUKLEAR. Jadi kalau berpandu kepada hadis, maka Iran dan Iraq bakal di bom nuklear selama 3 hari. Ini menyebabkan angin radio aktif berwarna hitam akan bertiup dan bakal membunuh ramai umat manusia. Sungai Furat di Iraq akan naik, mungkin disebabkan empangan hidroelektrik pecah ketika berlaku peperangan. Tentera Amerika mungkin menggunakan Turki sebagai base. Setelah mereka mengebom Iraq dan Iran, maka tentera Amerika terus mara dan menakluki Arab Saudi pula. Ketika itu, Arab Saudi sedang mengalami masalah dalaman, iaitu putera-putera Raja sedang berebut harta. Setelah Iran dan Iraq dibom nuklear. Amerika mengawal 2 negara , iaitu Turki dan Arab Saudi. Ketika ini barulah Imam Mahdi muncul. Tentera Imam Mahdi tidak bersenjata. Tetapi sejumlah 3,000 atau 6,000 malaikat( kalau tak silap ) akan membantu tentera tersebut. Tentera Amerika akan tewas di Arab Saudi dan Turki. Israel juga akan lenyap.


Jumlah tentera Imam Mahdi adalah seramai 70,000 orang. Kebanyakannya adalah dari Pakistan dan Malaysia. Kenapa saya kata 2 negara tersebut. Ini berpandu kepada hadis, bahawa ramai di kalangan tentera Imam Mahdi adalah dari keturunan Bani Ishaq. 
Kalau dilihat kepada salasilah keturununan, maka Patan / Pashtun adalah dari keturunan Nabi Yusufa.s. Sebab itulah Russia dan Amerika menyerang Afghanistan. 


Mengikut kitab Yahudi, satu lost tribe Bani Israel( yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam ) akan membunuhYahudi jahat di Palestin. Daripada 12 puak Bani Israel, keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Di dalam kitab Yahudi tua pula, golongan Manasseh( anak kepada Nabi Yusuf a.s. ) bakal menyembelih Yahudi jahat di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan, Pakistan Utara( Patan / Pashtun ), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.


Namun begitu, kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka( bercanggahan dengan prinsip lost tribe ). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara – sebab itu mereka diserang oleh pemimipin Yahudi Amerika dan Russia). 4 tahun lalu( kalau tak silap ),seorang Professor di USA bernama Ralph Olssen telah membuat hypothesis baru. Pada mulanya Yahudi sangka, Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala Manasseh. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Prof Ralph Olssen kaji secara mendalam tentang Book of Mormon dan membuat kajian DNA sekali.


Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka. Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua, bahwa ' lost tribe ' dari kalangan Manasseh( anak Nabi Yusuf a.s ) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal sembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi. Jadi, bagi pendapat saya, 70,000 tentera Imam Mahdi adalah terdiri daripada orang-orang Pakistan( termasuk Afghanistan ) dan Malaysia( termasuk Selatan Thai ). Namun yang berada di barisan hadapan adalah orang-orang Melayu.


Satu lagi cerita, setelah kewafatan Imam Mahdi, Nabi Isa a.s bakal melantik seorang lagi Khalifah Islam. Nama beliau adalah Muqat. Pada pendapat saya, tidak ada orang Arab yang bernama Muqat. Yang paling hampir adalah Megat. Jadi kalau Imam Mahdi bakal memerintah dunia Islam selama 19 tahun, jadi Megat pula bakal memerintah dunia Islam selama 70 tahun selepas itu. Wallahu 'alam bissawab.


Saya nak tambah sikit cerita saya. 
Di alam Melayu ini, bukan puak Nabi Yusof a.s.( Ganu kite cakap Jusoh, mungkin pakai loghat Bani Israel) saje yang ada di sini. Bahkan ada satu lagi puak Bani Israel yang wujud, iaitu Jawi. Mengikut cakap orang tua-tua, semasa kerajaan Champa, telah wujud satu lagi puak Nabi Ibrahim a.s. yang bernama Jawi( Levi ). Ketika itu, mana-mana orang Melayu yang menganut agama Nabi Ibrahim a.s digelar sebagai '' masukJawi ''. Jadi mereka ini dikenakan berkhatan sebagai tanda kemasukan ke agama Nabi Ibrahim a.s. Levi adalah salah seorang anak kepada Nabi Yaakob a.s, sama macam Nabi Yusof a.s. Levi merupakan ketua kepada seluruh Ulama' agama Nabi Ibrahim a.s, dikalangan Bani Israel ketika itu. 


Perlu diingat, puak Manasseh yang datang ke Semenanjung Tanah Melayu pada 600 BC bukannya beragama Nabi Musa a.s. Bahkan mereka adalah beragama Nabi Ibrahim a.s juga, sama macam keturunan Jawi( Levi ) yang berada di Champa sebelum itu. Ini kerana , Book of Mormon adalah kitab tentang agama Nabi Ibrahim a.s dan bukannya agama Nabi Musa a.s. 


Sesetengah orang-orang tua mengatakan bahawa kaumJawi adalah, bangsa Jawa sekarang. Kalau dilihat dari segi air muka, mungkin ada kebenarannya. Namun begitu, tiada ujian DNA pernah dilakukan bagi tujuan pengesahan. Namun, sekiranya dakwaan ini benar, maka Jawa akan berada di barisan tengah di dalam pasukan tentera Imam Mahdi. Jadi ini tidak bersalahan dengan hadis Nabi s.a.w bahawa, tentera Imam Mahdi adalah di kalangan Bani Ishak (39)


Pemahaman Arab tentang Bani Jawi yang merujuk kepada Melayu adalah, sedikit tersasar. 
Di alam Melayu, Jawi merujuk kepada agama Nabi Ibrahim a.s. Bani Jawi yang menjadi rujukan Arab sebenarnya bermaksud keturunan Keturah.


Sambungan lanjut, sila kik di sini ke bab 8 pula.


Wallahhu 'alam bissowab.

Leave a Reply

07sept2011. Dikuasakan oleh Blogger.

Rakan Taulan: