Bismillah...Allahumma solli 'ala muhammad wa'ala aali...

Facebook
RSS

0000022: Asal Usul Melayu ( bab.05 )

-
tf faqir







SEMUANYA MENUNJUKKAN WARISAN DARI BANGSA GUNUNG YANG GAGAH. 
'' THE DESCENDANT OF MOUNTAIN TRIBE ''


Bangsa inilah yang membina Angkor Wat. Ketika ini bangsa yang berada di Jawa adalah sama dengan bangsa yang berada di Kambuja-Vietnam. Jayavarman II-pengasas kerajaan Angkor-Khmer mempunyai hubungan dengan kerajaan Sailendra Jawa malah pernah tinggal di sana beberapa lama.


SAILENDRA = GUNUNG
FUNAN = GUNUNG
NAM = GUNUNG
MALAI = GUNUNG


Bangsa ini juga yang membina Borobudur. Malah bangsa ini juga mampu membina kapal-kapal laut yang amat hebat. Para pengembara dan penulis Eropah terutama dari Sepanyol dan Portugis( Kedua-dua negara ini menerajui bidang pelayaran di Eropah ketika itu ) seperti Tome Pires, Godinho De'Eredia dan Duarte Barbosa mencatatkan kapal-kapal Melayu yang amat besar dan saiz pelabuhan Melaka yang amat sibuk dengan kapal-kapal.


Dicatatkan dalam Sulalatut al-Salatin itu tentang bahtera Sultan Mahmud Shah belayar ke Majapahit, berlaku dalam abad ke-15 M, adalah kapal yang cukup besar bernama Mendam Berahi yang lebih hebat dari Flor de la Mar, kapal Alfonso de Albuqarque.


Malah mungkin teknologi kapal telah ada lama dari itu kerana Borobudur dibina bertahun-tahun dan apa yang diukir di dinding-dindingnya adalah penceritaan kepada kisah-kisah dalam agama Buddha, juga keadaan semasa bangsa Melayu ketika itu.


Lihat betapa hebatnya kapal bangsa Melayu pada zaman dahulu. Adakah Melayu ketika itu masih tinggal di ceruk-ceruk kampung beratap nipah? Catatan Yunani, Portugis, Belanda, Sepanyol, Jepun dan China menunjukkan tamadun Melayu hebat dengan teknologi perkapalan dan persenjataan mengatasi bangsa-bangsa lain pada zaman abad ke-2 M hingga abad ke-16 Masehi.


Sebenarnya dalam zaman Portugis itu memang tercatat dalam tulisan Portugis yang menyatakan tukang-tukang Melayu dalam membuat kapal yang dibawa ke negaranya untuk dipelajari teknologi perkapalan itu.


Cerita kehebatan Melayu dalam pelayaran terbukti dengan kisah rakaman Sepanyol terhadap seorang ahli pelayaran Melayu yang digelarnya '' Si Henry Hitam ''(Henry The Black / Enrique) yang dijadikan pembantu penting Magellan mengelilingi dunia.


Catatan Belanda menyebut teknologi meriam Melayu Petani, iaitu Patani sekarang, warisan kerajaan Melayu Langkasuka pada abad ke-17, adalah lebih hebat daripada meriam Belanda  apatah lagi Siam, iaitu Thailand sekarang yang pernah bekerjasama menyerang Petani beberapa kali tetapi gagal.


Catatan Portugis menyatakan kapal perang dan meriam tentera Melaka lebih canggih daripada ciptaan mereka dan bangsa Eropah lain tetapi kerana Melaka tetap dapat dikalahkan menerusi strategi perang, konspirasi kotor dan rasuah, maka jiwa-jiwa Melayu hingga sekarang pun merasakan bangsanya memang inferior dalam teknologi ini( ketika itu armada laut Melaka tidak menyertai peperangan akibat konflik Laksamana dengan Sultan,
jadi peperangan di Melaka ketika itu hanya disertai oleh askar-askar darat, Ini menerangkan kenapa Sultan ketika itu terpaksa mengupah ramai askar upahan Jawa, apabila semua armada laut Melaka tergesa-gesa meninggalkan pelabuhan Melaka menjelang kedatangan Portugis-mungkin dirasuah adalah salah satu faktor).


Melaka adalah kerajaan Maritim bukan Agraria atau darat. Jadi tanpa angkatan lautnya, sudah tentu 60% kekuatannya telah hilang.


Bangsa ini terus mengembara hingga ke Segenting Kra. Sementara yang lain datang dari arah laut, mengikut seorang raja bernama Mus, telah mendarat di Sungai Musi, Palembang. ' Musi ' bermaksud ' Sungai Kepunyaan Mus '. Kumpulan darat menyusuri tanah sempit Segenting Kra, menepati ramalan-ramalan dan petunjuk tentang ' The Promised Land ' akan melalui lorong sempit, hingga sampai ke hujung dunia.


Sampai di Semenanjung Emas, saki-baki dari bangsa yang meneruskan perjalanan ke hujung dunia ' The Land of The East ' berhenti dan mula menetap serta memulakan kehidupan baru di sini. Kisah pengembaraan yang memenatkan selama beribu tahun semakin lama semakin hilang di dunia yang aman damai di hujung dunia. Peperangan-peperangan di negara kota Babilon dan Ur serta serangan ke atas etnik India, masih terselit di celah-celah mimpi bangsa misteri.


Kehangatan padang pasir dan kesejukan ribut salji makin tidak dikenali di hutan hujan Khatulistiwa yang tenteram dan damai. Kicau burung, nyanyian mergastua kadangkala ngauman harimau adalah rentak hidup baru bagi bangsa hebat ini.


MEREKA TELAH BERJAYA SAMPAI KE '' PROMISED LAND ''


Di selat Melaka, kedua-dua kumpulan ini bertemu. Kumpulan yang tiba melalui jalan laut
( yang banyak menetap di Kepulauan Indonesia ) bertemu saudara mereka( kumpulan yang tiba melalui jalan darat - majoriti menetap di Semenanjung ' Emas ' Tanah Melayu ). Mereka adalah serumpun dan bersaudara. Sudah lama mereka terpisah.


Mereka berpelukan dan menangis. Ramai yang hadir melihat peristiwa paling bersejarah ini. Mungkin cucu-cicit gadis misteri yang meninggalkan selendang merah tadi ada di situ. Bangsa Keturah telah bersatu di Selat Melaka di ' Tanah Yang Dijanjikan ' ' The Land of The East ' Amanat Nabi Ibrahim a.s telah tertunai. Bangsa Jawi mula berehat dengan amannya di sini.
Apa perlu berperang dan membina negara kota? Kata sesetengah dari mereka. Mereka pun kerap bermimpi dan tidur di Bumi Mala. Setengahnya membina peradaban dan kota. Tiada siapa mengganggu. Bangsa yang hilang tetap bersembunyi di Bumi Mala. Ajaran Ibrahim a.s semakin dilupakan. Tiada siapa lagi yang mengetahui tentang Tuhan Yang Esa.


Tetapi bangsa ini tetap mahu mencari Tuhan di Bumi Mala. Hindu, Buddha dan Islam.
Sampai di sini bangsa misteri telah menemui permata yang hilang, sejak ribuan tahun. Agama Wahyu warisan daripada Ayahanda Ibrahim a.s. Kemudian datang ujian. Portugis, Belanda dan Inggeris.


Falsafah ' cukup makan ' semakin popular apatah lagi setelah dijajah oleh Imperialis. Melayu menjadi inferior dengan bangsa sendiri. Tidak bersemangat. Layu. Bunga kemboja Mala-yu telah layu di tasik sendiri.


Sampai bila bangsa ini lupa jejak sendiri. Sampai Israel mengarahkan meriamnya di Singapura ke atas bangsa yang hilang ini. Kedudukan Tongkat Musa a.s. Ketika Armageddon. Mungkin ada Umat Islam yang ingin mengetahui di mana tersimpannya barang-barang purba seperti tongkat Nabi Musa a.s, kitab Injil yang asal dan barangan kota Baitul Maqdis yang asal.


Ianya tersimpan rapi di sebuah tempat rahsia dan Umat Islam akan terjumpa barangan tersebut ketika kemuncak peperangan Armageddon nanti. Ketika kemuncak peperangan Armageddon, Umat Islam akan bertempur dengan tentera nasrani.
Pertempuran tersebut akan mengambil masa 3 hari. 2 hari pertama Umat Islam tidak dapat memasuki kota nasrani. Pada hari ke 3, Umat Islam akan memuji ALLAH SWT dan laut akan terbelah seperti di zaman Nabi Musa a.s. Umat Islam hanya menyebut kalimah-kalimah ALLAH SWT dan kesemua pintu-pintu kota nasrani meletup dan pecah.


Abu Hurairah reports that the Prophet said, '' Have you heard of a town of which a part is in the sea? '' '' Yes '', said they. He said: ' The last hour shall not occur till 70,000 of the children of Isaac shall attack it. When they come to it, they( Muslims ) will not fight with arms, nor throw arrows. They will only say: There is no god but Allah, Allah is the greatest, and then on of its sides will fall down. They will recite for the second time: there is no god but Allah, Allah is the greatest, and then another of its side will fall down. After that they will say it for the third time: there is no god but Allah and Allah is the greatest, and then it will be opened for them and they will enter and acquire booty. While they will be dividing the booty, a proclaimer will come to them and proclaim: Verily Dajjal has come out. Then they will leave everything and return. (HR Muslim).


Abdullah-b-Busr has reported that the Messenger of Allah s.a.w. has said: ' Between the Great War and the conquest of the city (Constantinople) there will be six years, and the Dajjal shall appear in the seventh year, '( abided ).


AlMahdi akan memerangi Rom selama tiga hari. Pada hari ketiga itulah Rom runtuh, kemudian menyerang Kostantinopel. Ketika mereka sedang membahagi-bahagikan emas di Kostantinopel dengan menggunakan perisai sebagai penyukatnya, tiba-tiba ada orang yang berteriak, '' Sesungguhnya Dajjal telah menundukkan keluarga-keluarga kamu semua. '' 
'' AlMahdi akan menundukkan Rom dengan meneriakkan empat kali takbir, dan membunuh
enam ratus ribu orang. Dia akan mengeluarkan apa sahaja yang ada di Baitulmaqdis, Peti Tabut, maidah Bani Israel, lembaran-lembaran Kitab Taurat, mahkota Nabi Adam AS, tongkat Nabi Musa AS, singgahsana Nabi Sulaiman AS, alat penyukat Manna Bani Istael. Al-Mahdi kemudian memasuki Kota Al-Qatik yang panjangnya seribu batu dan lebarnya 500 batu, dengan pintunya berjumlah 360 buah. Setiap pintu itu dijaga oleh seribu orang askar.


Kemudian mereka meneriakkan takbir sebanyak empat kali, maka runtuhlah benteng Kota Al-Qatik itu, lalu mereka merampas seluruh harta yang ada di dalamnya. Mereka kemudian tinggal di sana selama tujuh tahun, lalu seluruh harta yang ada di Al-Qatik itu dipindahkan ke Baitulmaqdis. Maka datanglah perkhabaran yang mengatakan bahawa Dajjal telah keluar di tengah-tengah kaum Yahudi Isfahan. '' '' Tahir bin Asmak menyerang Bani Israel, kemudian menundukkannya dan merampas perhiasan yang berada di Baitulmaqdis. Sebahagian daripada harta ini dibakar dan sebahagian lagi diangkut dengan 1,700 buah kapal untuk dibawa ke Rom. '' '' AlMahdi akan mengambil dan mengembalikan semua harta tadi ke Baitulmaqdis.


Kemudian dia dan orang-orang yang bersama dengannya berjalan hingga melalui Rom, iaitu sebuah kota yang berukuran seratus suq, yang mana setiap suq berukuran seratus ribu kaki, lantas kota ini dikalahkan juga. Kemudian mereka melalui kota Al-Qtik yang berada di Laut Akhdar yang diliputi harta benda, panjangnya seribu batu dan lebarnya pula 500 batu, serta memiliki tiga ribu buah pintu. ''


'' Tidak akan berlaku hari Kiamat sehingga kaum Rum sampai di A'maq atau di Dabiq untuk menyerang kamu, maka datanglah suatu pasukan yang akan menghadapi mereka dari Kota Madinah yang mana mereka pada waktu itu adalah manusia-manusia yang terbaik di muka bumi ini. Apabila mereka semua telah berbaris-baris( siap untuk berperang ) berkatalah orang-orang Rum: ' Biarkan kami membuat perhitungan dengan saudara-saudara kami yang tertawan ( kaum Rum yang telah masuk Islam ). '


Kemudian kaum Muslimin berkata: ' Kami tidak akan membiarkan kamu mengusik ( menyakiti ) saudara-saudara kami’. Lalu mereka ( kaum Muslimin ) memerangi mereka. Dalam pertempuran itu, 1/3 dari tentera Islam melarikan diri dari pertempuran yang mana mereka tidak akan diampuni dosanya oleh Allah swt selama-lamanya dan 1/3 lagi dari tentera Islam tersebut tewas sebagai para syahid yang paling baik di sisi Allah swt.


Sedangkan 1/3 lagi dari baki tentera tersebut mendapatkan kemenangan yang mana mereka tidak akan tersesat selama-lamanya, kemudian mereka menakluki kota Kontantin dan ketika mereka sedang membahagi-bahagikan harta rampasan perang, mereka telah menggantungkan pedang mereka di pohon zaitun. Ketika itu, syaitan berteriak;  ' Sesungguhnya alMasih adDajjal telah menguasai keluarga-keluarga kamu. '


Kemudian mereka ( tentera Islam bersama Imam alMahdi ) bergerak pulang. Ketika mereka sampai di Syam, keluarlah ia ( Dajjal ) dan ketika kaum Muslimin telah bersiap-sedia untuk berperang, tiba-tiba masuklah waktu solat, maka turunlah Isa Ibnu Maryam a.s, kemudian baginda ( Isa a.s ) pergi menuju dan menghadap kepada mereka dan apabila baginda ( Isa a.s ) dilihat oleh musuh Allah swt maka ia ( Dajjal ) akan meleleh ( hancur ) seperti garam yang mencair dan sekiranya ia membiarkan hal tersebut sesungguhnya ia ( musuh Allah ) akan hancur ( meleleh ) sehingga binasa.


Akan tetapi Allah swt berkehendakkan untuk membunuhnya di tangan Isa Ibnu Maryam, maka Isa Ibnu Maryam memperlihatkan darah Dajjal di tombaknya. '' (30)


Diriwayatkan oleh Muslim '' Semasa menundukkan Kostantinopel, AlMahdi memacakkan benderanya untuk berwudhuk dan menunaikan solat Subuh.


Sambungan lanjut, sila kik di sini ke bab 6...


Wallahhu 'alam bissowab.

Leave a Reply

07sept2011. Dikuasakan oleh Blogger.

Rakan Taulan: