Bismillah...Allahumma solli 'ala muhammad wa'ala aali...

Facebook
RSS

0000020: Asal Usul Melayu ( bab.03 )

-
tf faqir







Siapakah Qanturah / Keturah?
Keturah, begitulah namanya. 
Gadis misteri dari Timur. Semisteri namanya. Keturah adalah nama yang ganjil bagi budaya Yahudi Kuno, bagi puak-puak bani Israel malah dalam sejarah Akkadia-Babylon. 


Dari manakah datangnya gadis misteri ini? 
Siapakah Keturah?


Mungkin jika bertanya pada gadis aneh yang berpaling tadi, kita mungkin akan tahu siapa moyangnya, Keturah yang misteri ini. Tapi si dia ada meninggalkan sesuatu. Jejak. Selendang wangi berwarna merah. Dan huruf Ibrani Kuno ' mem ' juga adalah ' mim ' dalam tulisan Arab. Alter terahsia bangsa Melayu.


Mari kita lihat susur galur keturunan bermulanya...



Tapi…siapakah Keturah???
Menurut satu versi dari sebuah manuskrip kuno, Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno( bukan Champa Baru di era Angkor ).
Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH SWT 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah;
Zimran, 
Jokshan, 
Medan, 
Midian, 
Ishbak dan 
Shuah. 


Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu. Melayu diambil dari perkataan ' Mala '( nama bangsa asas Keturah ). Lihat, nama ini sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph Olssen.


Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, 
Sumatera, 
Jawa, 
Borneo, 
Sulawesi dan 
Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari tulisan Semitik Purba( termasuk di dalamnya tulisan Aramaik Kuno dan 
( Ibrani ). Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu. Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa. Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi.


Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s. 
Jawi dikatakan ada perkaitan dengan Levi, iaitu anak kepada Nabi Yaakob a.s. 
Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel.


Sejak penggalian di sebuah daerah di Jordan menemukan kota purba yang bernama Jawi /Jawa( Jevi ), minat sarjana Barat untuk mengkaji bangsa Mala semakin kuat. 


INGAT, YAHUDI / BANI ISRAIL BUKANLAH MELAYU TETAPI KEDUA BANGSA PURBA INI ADA INTERAKSI ANTARABANGSA PADA MASA SILAM. 


Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu
Keturah adalah daripada bangsa Mala. MELAYU ADALAH BANGSA MALA YANG MEMPUNYAI DARAH KETURUNAN NABI IBRAHIM A.S. Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil dari bahasa Mala. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal
Mala. DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a.


Ini menerangkan Keturah mungkin berasal dari satu kerajaan purba yang sedia ada di Timur ketika zaman Nabi Ibrahim a.s.
( ada versi yang mengaitkan ' Mala ' dengan ' Mon ' tetapi ini bukan kaum Mon pada hari ini kerana pertama kaum Mon pada hari ini, bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya dan yang kedua jika terdapat ' benang-benang merah ' sekalipun antara Mon dan Melayu ia adalah proses asimilasi Mala / Melayu yang kompleks dengan etnik-etnik Indochina, perlu diingat Melayu juga boleh kehilangan identiti mereka akibat penjajahan, perang atau pemaksaan budaya seperti yang berlaku pada orang Melayu di Cape Town, Filipina, Thailand dan sebagainya, jadi orang Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya kerana akibat percampuran etnik yang kompleks walaupun cendekiawan mereka masih mencari-cari kerajaan purba mereka yang dinamakan ' Suvarnabhumi ' menunjukkan mereka mungkin masih mahu menjejak moyang Mala mereka ).


Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan. Tetapi kenapa Melayu Kedah( mewakili kepada semua Melayu di semenanjung dan Indonesia yang pernah mempunyai peradaban dan kerajaan ) lebih bijak dan segak, ini adalah kerana mereka daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. dan Keturah.


Begitu juga Melayu Selangor, Perak, Johor dan lain-lain serta Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa. Namun Melayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri. Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Ibrahim a.s.


Jadi jika kita menjejak Melayu dari susur galur Mala Kuno( iaitu jurai Keturah dari kerajaan misteri dari Timur Jauh ini ), jejak akan menjadi lebih kompleks, merangkumi persoalan Ophir, Tanah Punt( The Land of Gods-nenek moyang Firaun Purba ), kerajaan-kerajaan misteri sezaman atau lebih tua dari era Nabi Ibrahim a.s dan Akkadia-Babylon hinggalah era sebelum Banjir Besar, Lemuria dan Atlantis.


INI ADALAH KISAH YANG LAIN. MISTERI YANG LAIN.


Jawab soalan ini: 
Bagaimana Ptolemy boleh mengetahui peta lengkap Semenanjung Tanah Melayu pada abad kedua Sebelum Masehi berserta gelaran Golden Chersonese( Semenanjung Emas ) padahal mengikut sejarah moden orang-orang Barat hanya sampai di dunia sebelah sini selepas ekspedisi penjelajah Sepanyol dan Portugis seperti Magelland?


Ada misteri di situ. 
Sama seperti Piri Reis yang membuat peta paling misteri di dunia berdasarkan manuskrip peta-peta kuno, Ptolemy juga mendapat sumber yang sama, dari manuskrip peta-peta kuno lama sebelum era Yunani. Sebahagiannya dari era Firaun kuno( ingat, perpustakaan Iskandariah yang terkenal, yang menyimpan sejumlah besar manuskrip purba ) Namun Mala bukanlah bangsa asal.


Mala mempunyai ' benang-benang merah ' dengan bangsa Scythia. 
Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato( kaum dominan Jepun pada hari ini ) 


Lembah Mekong, 
Tanah Melayu, 
Borneo, 
Sumatera, 
Jawa, 
Sulawesi, 
Filipina, 
Pasifik, 
Madagascar dan 
Amerika Latin. Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah( ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja? ) berhampiran dengan Laut Hitam. 


Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi. Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas( kemungkinan dari kajian setakat ini ). Kambuja, Aryan, Mala, Manessah, suku Sakya dan Buddha.


Di mana mahu kita mulakan? 
Pintu rahsia semakin banyak. Menunggu untuk dibuka. 
Huruf ' Mim ' pada selendang wangi si gadis misteri begitu membantu.


MENURUNKAN PELBAGAI KETURUNAN ASIA YANG LAIN.
'' MALAY IS TRULY ASIA '', 
Mungkin mereka betul. 
Mungkin tiada siapa yang salah dalam hal ini. 
Mungkin Teori Kapak Tua Dari Asia Tengah betul. 
Atau gendang Dongson, juga puak Hoabihn. Bukan sahaja para sarjana Barat malah kita sebagai pewaris Kemelayuan ini juga hanya mendapat serpihan puzzle yang berbeza-beza.


Kita mulakan dengan Kambuja. 
Seperti yang dijelaskan dalam siri kedua, suku kaum Aryan ini adalah kaum pahlawan yang memiliki kepakaran dalam kesusasteraan Vedic India / Parsi. Para sarjana geneologi dan antropologi telah mengkaji kaum Aryan ini, sejarahnya dapat ditelusuri sehingga kerajaan purba Scythia iaitu satu kawasan yang melewati perbatasan. 


Parsi-India, lebih utara dari Bactria. Ramai sarjana mempercayai agama purba Zoroester berasal dari timur Iran, di mana kaum Kambuja berasal. Beberapa sarjana telah menjejak misteri kaum Aryan ini sehingga ke inkripsi purba Iran yang ada menyebut nama Kambujiya, satu keturunan diraja. Kambujiya adalah nama dalam Parsi Kuno. Nama Kambujiya di dalam bahasa Yunani ialah CAMBYSES. Kambujiya atau Kambaujiya adalah nama kepada beberapa raja-raja Parsi dalam dinasti Achaemenid. Emperor Cambyses adalah warisan dari Madayu
( Mada, Medes, Madyan, Midian, Medea ) telah memerintah lebih lama sebelum Cyrus The Great menaiki takhta.


Lihat puzzle setakat ini:
Keturah,  = Mala
Nabi Ibrahim,  = Malai
Jawi,  = Mada
Cambyses = Mada-yu
Kambuja = Mala
Scythia = Mala-yu
Manessah,  = ? 


Siapakah The Lost Tribe of Mala? 
Apa kaitan The Lost Tribe of Israel( Manessah dari jurai keturunan Joseph / Nabi Yusof ) dengan bangsa Mala?


APAKAH YANG BERLAKU ANTARA BANGSA MELAYU DAN YAHUDI 2000 TAHUN SEBELUM MASEHI? 
Jika Red Indian dan Tanah Amerika( sudah tentu konspirasi Yahudi yang ingin mengatakan bumi Amerika adalah bumi kaum Yahudi bukan gentile-kaum kulit putih ) bukan ' The Promised Land ' jadi dimanakah ' The Promised Land ' sebenar?


Ralph Olssen mungkin tahu jawapannya.


Sesungguhnya Yahudi Zionis banyak bermain dengan ' The Promised Land. ' Mengapa? Selain Palestin, nampaknya banyak lagi ' The Promised Land ' yang ingin dituntut mereka.


SEBENARNYA BUKAN UNTUK DITUNTUT. TETAPI UNTUK DICARI.
Mengapa? 
Kerana ' The Lost Tribe ' telah bergerak ke ' Promised Land '. 
Semua puak Yahudi yang 12( puak Yahudi asli yang pernah mengikut Nabi Musa a.s dan terlibat pada peristiwa di Padang Pasir Sinai ) telah dikenalpasti oleh Yahudi Zionis( Yahudi ke-13 iaitu Yahudi campuran dari kaum satanik-The Khazar dan Ashkenazi) namun masih terdapat satu puak Yahudi yang diketahui mereka mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Yusof, ajaran wahyu dari kitab Taurat'


Pada istilah hari ini, mereka adalah orang-orang Yahudi Islam yang hilang dari rekod Illuminati dan Zionis. 
Di mana mereka?


Jika semua jigsaw puzzle dicantumkan, maka ia akan jadi....Sila ke bab 4


Sambungan lanjut, sila kik di sini ke bab 4...


Wallahhu 'alam bissowab.



Leave a Reply

07sept2011. Dikuasakan oleh Blogger.

Rakan Taulan: