Bismillah...Allahumma solli 'ala muhammad wa'ala aali...

Facebook
RSS

0000009: Ahlus Sunnah WalJama'ah

-
tf faqir



Ahlul Sunnah WalJama'ah adalah mereka yang sentiasa taat di atas agama Islam berdasarkan AlQur-an dan Alhadis yang sohih dengan pemahaman para sahabat, tabi'in dan tabi'ut tabi'in. 


Bagaimanakah lahirnya nama Ahlus Sunnah Waljama'ah?
Di zaman Rasulullah SAW di kalangan orang islam bersatu, tidak ada golongan ini dan tidak ada golongan itu, tidak ada syiah ini dan tidak ada syiah itu, semuanya di bawah pimpinan Rasulullah SAW sahaja.


Bila ada masalah atau berbeza pendapat antara para sahabat, mereka terus merujuk kepada Rasulullah SAW, itulah sebabnya tiada perpecahan di kalangan para sahabat, baik dalam masalah akidah maupun dalam urusan keduniaan.


Kemudian setelah Rasulullah SAW wafat, benih-benih perpecahan mulai kelihatan dan puncaknya terjadi sewaktu Saiyidina Ali kw menjadi khalifah. Namun perpecahan tersebut hanya bersifat politik, manakala akidah mereka tetap satu yaitu akidah Islamiah, meskipun saat itu benih-benih penyimpangan dalam akidah sudah mulai disebarkan oleh Ibin Saba’, seorang yang dalam sejarah Islam dikenali sebagai pencetus faham Syiah (Rawafid).
Setelah para sahabat wafat, benih-benih perpecahan dalam akidah tersebut mulai membesar, sehingga timbullah fahaman-fahaman yang bermacam-macam yang menyimpang dari ajaran Rasulullah SAW.


Saat itu di kalangan orang islam berpecah dalam dua golongan, satu golongan dikenal sebagai golongan ahli bid’ah atau kelompok-kelompok pecahan dalam Islam, seperti Mu’tazilah, Syiah (Rawafid), Khawarij dan lain-lain. Sedang golongan yang satu lagi, adalah golongan terbesar, iaitu golongan orang-orang yang tetap berpegang teguh kepada apa-apa yang dikerjakan dan diyakini oleh Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya.
Golongan yang terakhir inilah yang kemudiannya menamakan golongannya dan akidahnya Ahlus Sunnah Waljama'ah. Jadi golongan Ahlus Sunnah Waljama'ah adalah golongan yang mengikuti sunnah-sunnah nabi SAW dan jama'atus shohaabah.


Hal ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW: '' Bahwa golongan yang selamat dan akan masuk syurga (al-Firqah an-Najiyah) adalah golongan yang mengikuti apa-apa yang aku (Rasulullah SAW) kerjakan bersama sahabat-sahabatku. ''
Dengan demikian akidah Ahlus Sunnah Waljama'ah adalah akidah Islamiah yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan golongan Ahlus Sunnah Waljama'ah adalah umat Islam yang sebenar-benarnya tanpa syak wasangka lagi. Lebih jelas lagi, Islam adalah Ahlus Sunnah Waljama'ah dan Ahlus Sunnah Waljamaah itulah Islam yang sebenar. Sedang golongan-golongan ahli bid’ah, seperti Mu’tazilah, Syiah(Rawafid) dan lain-lain, adalah golongan yang menyimpang dari ajaran Rasulullah SAW yang berarti menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar.
Dengan demikian akidah Ahlus Sunnah Waljama'ah itu sudah ada sebelum Allah melahirkan Imam Ahmad, Imam Malik, Imam Syafii dan Imam Hambali. Begitu pula sebelum timbulnya ahli-ahli bid’ah atau sebelum timbulnya golongan-golongan serpihan dari Ahlus Sunnah Waljama'ah.




Akhirnya yang perlu diperhatikan adalah, bahwa kita sepakat bahwa Ahlul Bait adalah orang-orang yang mengikuti sunnah Nabi SAW dan mereka tidak menyimpang dari ajaran nabi SAW. Mereka tidaklah sekali-kali dari golongan ahli bid’ah tetapi dari golongan Ahlus Sunnah Waljama'ah yang sebenar.

* Sekitar 90% umat Muslim sedunia merupakan kaum Sunni, dan 10% menganut aliran Syiah.



Dalam surah Al-An'aam 6, ayat 153, sepertimana di bawah ini:


    A153


Terjemahannya:
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

Verily, this is My way, leading straight: follow it: follow not (other) paths: they will scatter you about from His (great) path: thus doth He command you. that ye may be righteous. 


Maksud '' jalanKu '' adalah agama Islam, 
manakala '' yang betul lurus '' adalah golongan '' Ahlul Sunnah Wal Jamaah. ''



Sila Ikuti Hadith 1: Sahih Riwayat Imam Al-Thabrani r.h:
'' Demi Allah yang memegang jiwa Muhammad di tangan-Nya, akan berpuak-puak umatku sebanyak 73 puak, satu puak akan masuk syurga dan 72 puak lainnya akan masuk neraka. Para sahabat bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah? 
Rasulullah SAW menjawab : '' Ahlul Sunnah Wal Jama'ah. '' 


Hadith 2: Sahih Riwayat Tirmidzi r.h:
'' Sahabat bertanya : '' Siapakah mereka (puak yang selamat itu) ya Rasulullah? Baginda Rasulullah SAW menjawab: '' Yang satu itu ialah mereka yang berpegang dengan peganganku dan pegangan sahabat-sahabatku. '' 


Hadith 3: Hadith Sahih Riwayat Abu Daud r.h:
'' Maka bahawasanya barangsiapa yang hidup (lama) di antaramu nescaya akan melihat perselisihan(faham) yang banyak, ketika itu pegang teguhlah sunnahku dan sunnah Khalifah Rasyidin yang diberi hidayah. Pegang teguhlah itu dan gigitlah dengan gerahammu. '' 






Wallahhu 'alam bissowab.




Leave a Reply

07sept2011. Dikuasakan oleh Blogger.

Rakan Taulan: