Bismillah...Allahumma solli 'ala muhammad wa'ala aali...

Facebook
RSS

0000021: Asal Usul Melayu ( bab.04 )

-
tf faqir







TERDAPAT MELAYU YANG BERASAL DARI HYBRID PUAK MANESSAH DARI KETURUNAN YAAKUB DAN ISHAQ DARI SITI SARAH DAN KETURUNAN KETURAH.


Kombinasi hebat dan terbaik. Darah Siti Sarah dan Siti Keturah bertemu di sini. Mungkin bukan kesemuanya tetapi ' The Lost Tribe ' telah hilang di Bumi Mala. 
Perkahwinan? Mungkin.


Jika berpandu pada petunjuk ini, ' The Lost Tribe ' Manessah berkemungkinan besar telah terserap ke dalam bangsa misteri di Timur Jauh ini. Bersembunyi dan hilang begitu saja.


Ingat, ini bukan hendak mengatakan Melayu adalah Manessah tetapi Bangsa Melayu kemungkinan ada perhubungan dengan Manessah atau ' The Lost Tribe '.


Dua petunjuk kepada dua Kunci Rahsia Imam Iblis Majlis Tertinggi Illuminati telah terbongkar sedikit demi sedikit. Jangan risau. Mereka telah lama tahu.
SEBAB ITU PANGKALAN ISRAEL HANYA SATU SAHAJA. IAITU DI SINGAPURA.


Gambar Rajah Di Bawah Adalah Kunci Rahsia Imam Iblis Majlis Tertinggi Illuminati:






Cuma Amerika sahaja yang membina banyak pangkalan di merata dunia.
APA YANG INGIN DIKAWAL MEREKA? MUNGKIN ANDA TAHU JAWAPANNYA.


Kunci rahsia yang retak di Altar Pemujaan Lucifer Illuminati telah dicantumkan.


DENGAR BAIK-BAIK RAHSIA INI.


Salasilah keturunan Imam Mahadi yang diketahui setakat ini adalah gabungan dua garis keturunan:
Disebelah ayah adalah dari jurai Rasullullah s.a.w hinggalah ke Nabi Ismail dan Siti Hajar. 
Di sebelah ibu adalah dari jurai yang sama dengan Nabi Isa a.s, Nabi Sulaiman a.s, Nabi Daud a.s hinggalah bersaudara dengan Nabi Yusof a.s sampai ke Nabi Yaakub a.s, Nabi Ishak dan Siti Sarah. Kombinasi Keturunan yang terbaik.


Retakan bahagian atas pada kunci rahsia:
Jurai Yahudi dari keturunan Yusof a.s - Manessah( kaum yang mengikut ajaran Ibrahim dan Musa), ' The Lost Tribe ' yang lari( Melayu juga bermaksud lari, pindah, hijrah dalam dialek satu suku kaum di Indonesia) bukan di Amerika seperti penipuan Mormon - Yahudi
( menyelindungkan niat sebenar mereka) tetapi di Bumi Mala.
INI BUKAN UNTUK MENGATAKAN MELAYU ITU YAHUDI TETAPI MELAYU ADALAH BANGSA BESAR YANG ADA SEJARAH DENGAN BANGSA YAHUDI.


Retakan bahagian bawah, pemegang kunci rahsia:
Ahli Bait yang lari dari pemerintahan kejam Umayyah dan Abbasiah, setelah kematian Hassan Al Askari r.a yang diracun, Ahli Bait keturunan Rasullullah s.a.w telah hilang, atau menyembunyikan identiti, kadang-kadang berselindung pada nama Syed dan Syarifah( namun kini semakin ramai orang Melayu memakai gelaran ini sehingga ia menjadi tidak eksklusif lagi kepada keturunan Rasullullah s.a.w ).


TELAH LENGKAP RAMALAN DAN PERKIRAAN. HARI YANG DIJANJIKAN HAMPIR TIBA.
Dimanakah sasaran mereka selepas ini? 
TIdak perlu bertanya lagi jika semua muncung meriam Zionis di Singapura tepat menghala ke SINI. 


Tinggalkan dulu ' pergaduhan adik beradik jauh ' antara Yahudi dan Melayu.


Mari kita jejak lagi bangsa yang hilang ini. 
Ke mana ayunan langkah mereka selepas ini. Sungguh kuat mereka mengembara. Mahu saja dibedung semua kaki mereka agar duduk diam, sehingga diri ini tidak lagi tercari-cari makna Melayu. Supaya diri ini tidak lagi ditipu Barat juga diprovok oleh pendatang keparat yang mahukan Bumi Mala ini.


Ketika di perbatasan Himalaya, bangsa ini telah menurunkan kaum Kambuja yang tinggal di kaki gunung Himalaya. Mungkin terdapat puak Mala yang lain tetapi catatan sejarah hanya dapat mengesan suku kaum Kambuja sahaja. Kaum ini yang menguasai semua kesusasteraan Vedic mempunyai hubungan dengan kaum Sakya di utara India.


Kaum Sakya juga diketahui umum sebagai berkasta Ksyatria-kasta yang sama dengan Kambuja. Kaum Sakya juga sebelum menetap di beberapa jajahan India Purba seperti di Benares adalah dikatakan berasal dari kaki gunung Himalaya. Apakah petunjuk rahsia yang menggabungkan antara Kambuja dan Sakya.


Di Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia terdapat 2 naskhah agama Buddha yang berjudul Nan-Hai-Ji-Gui-Nei-Fa-Zhuan yang telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Takakushu. Buku ini adalah berkenaan hal-hal peribadatan penganut Buddha.


Satu maklumat penting dalam buku berkenaan adalah berkenaan guru I-Tsing di Sriwijaya yang bernama Sakyakirti. Tiga orang guru beliau yang lain adalah dari India. Sakyakirti, seorang pendeta Melayu beragama Buddha telah menjadi guru kepada I-Tsing selama pengajiannya di sebuah universiti Buddha di Sriwijaya. Seorang pendeta dan cendekiawan Cina belajar agama Buddha dari seorang pendeta Melayu. Mengapa? Lihat pangkal huruf namanya, Sakya-kirti. Nama Sakya menunjukkan keturunannya atau taraf kastanya yang tinggi. Begitu juga dengan penggunaan Dharma.


Sebuah manuskrip bertarikh abad ke-11M di Tibet bertajuk Abhisamayalamkara-namaprajnaparamitopadesasastravrrtti durbodhaloka-nama-tika, yang merupakan ulasan oleh Dharmakirti Suvarnabhumi pada tahun 1005M. Beliau adalah seorang pendeta Melayu beragama Buddha di Suvarnabhumi/Sriwijaya.


Ulasan ini diterjemahkan ke bahasa Tibet sebelum tahun 1069M oleh muridnya Atisa berjudul
Shes rsb kyi phs rol tu phyin pa'i man ngag gi bstan bcos mngon par rtogs pa'i rgyan ces bya ba'i 'grel pa stogs par dka' ba'i snag ba zhes bya ba'i grel bshad.
Buku ini diedit oleh Cordier pada 1915 di Paris, terbitan Imprimerie Nationale, dan juga diedit oleh Suzuki pada 1957 di Tokyo-Kyoto, terbitan Tibetan Tripitaka Research Institute. Perhatikan darjat ' Dharma ' dipangkal namanya.


Bayangkan jika ketika itu Atisa, seorang sami Buddha dari Tibet sedang tekun belajar di hadapan seorang pendeta Melayu! Karya pendeta Melayu telah pun sampai ke Tibet. Selama beratus tahun para pelatih sami Buddha di Istana Potala membaca dan mengkaji karya Melayu di Istana Potala. Kita tidak tahu. Kerana karya itu dalam bahasa Pali-Tibet yang diterjemahkan dari bahasa Melayu-Jawa Purba.


Sakya adalah keturunan yang menurunkan Siddharta Gautama Buddha. Kebetulan? Tidak sepenuhnya. Ia adalah geneologi dan sejarah. Kadangkala Buddha digelar Sakyamuni 
( bermaksud ' orang bijaksana dari suku kaum Sakya ' ). Sebab itu pendeta Melayu berani memakai nama Sakya dipangkal namanya. Sebab itu I-Ching sanggup ke Sriwijaya bukannya ke India untuk mencari keturunan Sakya di Nusantara.


Hal ini sesuai dengan berita I-Tshing pada abad ke 8 bahawa di Sriwijaya terdapat 1000 orang pendeta yang belajar agama Budha di bawah bimbingan pendeta Budha terkenal yang bergelar Sakyakirti itu.


Begitu juga misteri yang menyelubungi Budidharma, pendeta misteri yang dikatakan sampai ke Shaolin Temple adalah seorang Melayu beragama Buddha. Rekod tua dari Biara Buddha di Luoyang telah dikompilasi pada tahun 541 Masehi oleh Yáng Xuànzhī seorang penulis dan penterjemah Mahayana Buddha kepada bahasa Cina mencatatkan:
' At that time there was a monk of the Western Region named Bodhidharma, a Persian Central Asian… '
Rekod ini menyebut tentang sifat terpenting bangsa Melayu, sejak diketahui hubungan Melayu dengan bangsa Aryan. ' A Persian Central Asian ' adalah kata-kata yang tepat-seorang Parsi dari Asia Tengah( ingat Teori Kapak Tua dari Asia Tengah? ) menunjukkan bukan pendeta India berkulit gelap tetapi pendeta Melayu berkulit cerah berkasta tinggi.


Kaum Ksyatria dari Kambuja-Sakya telah bergerak jauh hingga ke Sri Lanka, melalui jalan laut menuju ke Nusantara, lalu dikatakan mengasaskan Gangga Negara, kerajaan purba di negeri Perak yang terkenal itu. 


Kumpulan yang lain pula bergerak menyelusuri Sungai Mekong dan ada yang berjalan kaki sampai ke daerah Yunnan.


Ingat! mereka bukanlah mengembara secara terus menerus tetapi berhenti dan membuat penempatan di satu-satu tempat, bercampur dengan etnik tempatan sehingga menurunkan hibrid bangsa-bangsa Asia. Yunnan, ya sebab itu kesan bangsa misteri ini masih ada di sana.


Dari Yunnan mereka turun ke perbatasan Indochina dan mula mengasaskan empayar-empayar seperti Funan, Khmer dan Champa. Sebab itu raja-raja Khmer yang memerintah Kemboja dan yang membina Angkor wat mendakwa mereka adalah keturunan kaum pahlawan Kambuja.


'' Champa adalah sebuah negeri yang ditubuhkan oleh sekumpulan orang Patani bersama dengan mubaligh-mubaligh dari Yaman dan Parsi, di suatu kawasan yang hampir dengan Siam dan Kemboja. Ramai juga yang menyangka bahawa Champa adalah Kemboja atau Cambodia, dan malahan ada yang berpendapat bahawa ianya sebuah negeri di India. ''


Champa( abad ke-2M hingga ke-19M ) merupakan kerajaan Melayu kuno terawal yang ditubuhkan. Pada abad yang sama kerajaan Hindu Langkasuka( abad ke-2 hingga ke-9 ) yang keluasannya meliputi kawasan-kawasan dari Segenting Kra( dari selatan Senggora [Songkhla] iaitu keseluruh Patani ) hingga ke Kedah Lama dan Kelantan, muncul sebagai kerajaan Melayu kedua dan maju berkembang sebagai pusat pertukangan dan pengeluar barang-barang terutamanya daripada perak dan barang-barang keluaran Langkasuka terkenal hingga ke semenanjung Arab.


Ahli-ahli sejarah di Malaysia pernah mendakwa bahawa Tamadun Funan yang diasaskan sekitar 190M ini adalah Tamadun Melayu Terawal, malah direkodkan dalam buku sejarah sekolah. Ketika kekalahan Funan di tangan Chenla sekitar 550M, rajanya dikala itu lari ke Jawa dan membuka Sailendra.


Perkataan '' Funan / Bnam / Phnom '' mempunyai maksud yang sama dengan perkataan '' Sailendra '', iaitu '' gunung/tanah tinggi ''. Negara Vietnam masih menggunakan perkataan 
'' bnam '' dihujung perkataannya.


Mungkinkah bangsa Funan ini merupakan orang laut, seperti Bajau dan Sulu, sehinggakan menggelarkan negara sebagai tanah tinggi atau gunung. Tapi, mungkin juga bersebabkan konsep kosmologi Hindu-Buddha yang berpaksikan Gunung Meru yang dikelilingi oleh 4 dvipa, seluruhnya digelar Jambhudvipa, geometrinya seperti buah jambu air. Yang pastinya, bangsa Vietnam terpengaruh menamakan negara mereka sebagai '' Vietnam '' yang bermaksud '' Gunung+Viet '', sedangkan mereka bukanlah orang laut.


Seluruh kefahaman mereka berkenaan laut datang daripada bangsa yang mereka jajah hingga kini, Campa. 


Seorang profesor Melayu, Prof. Dr. Shaharir telah mengumpulkan sejumlah 600 perkataan Khmer Kuno yang dikatakannya, adalah juga merupakan perkataan-perkataan Melayu Kuno.


SEMUANYA MENUNJUKKAN WARISAN DARI BANGSA GUNUNG YANG GAGAH. 
'' THE DESCENDANT OF MOUNTAIN TRIBE. '' Sambungan lanjut, 
sila kik di sini ke bab 5....






Wallahhu 'alam bissowab.









Leave a Reply

07sept2011. Dikuasakan oleh Blogger.

Rakan Taulan: