Bismillah...Allahumma solli 'ala muhammad wa'ala aali...

Facebook
RSS

0000004: Kenali Musuh-Musuh / Seteru-Seteru Allah S.W.T

-
tf faqir





Seteru-seteru ( makhluk-makhluk halus ) Allah S.W.T yang tercatit di dalam Alqur-an yang berupa makhluk Jinn dan keturunan-keturunannya:





1. Iblis:
    Merupakan makhluk daripada jenis jin, sepertimana firman Allah S.W.T di dalam 
    alqur-an, pada surah alkahfi 18, ayat 50:


A050


Terjemahannya:
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: " Sujudlah kamu kepada Adam ", lalu mereka sujud melainkan iblis; ia (iblis) adalah berasal dari golongan jinn, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.


And ( remember ) when We said unto the angels : Fall prostrate before Adam , and they fell prostrate , all save Ibis . He was of the Jinn , so he rebelled against his Lord ' s command . Will ye choose him and his seed for your protecting friends instead of Me , when they are an enemy unto you? Calamitous is the exchange for evil doers!


Sila klik di sini untuk maklumat seterusnya...




2. Syaitan:

a. Surah Yaasiin 36, ayat 60: 
 
A060

Terjemahan dari surah Yaasiin, ayat 60: 
" Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!. '' 

" Did I not enjoin on you, O ye Children of Adam, that ye should not worship Satan; 
  for that he was to you an enemy avowed?- 
 

b. Surah Al-Nahl 16, ayat 98:

A098

Terjemahan:
Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam. 

When thou dost read the Qur'an, seek Allah.s protection from Satan the rejected one. 





c. Surah Al-Nahl 16, ayat 99:

A099

Terjemahan:
Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka. 

No authority has he over those who believe and put their trust in their Lord. 



d. Surah Al-Nahl 16, ayat 100:

A100

Terjemahan:
Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka, dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.

His authority is over those only, who take him as patron and who join partners with Allah.

  
Anak-anak iblis laknatullah@devil of lucifer: 
Syaitan merupakan golongan penghasut yang juga merupakan anak-pinak dan keturunan kepada iblis laknatullah. Namun begitu, Zaid bin Mujahid mengatakan iblis mempunyai 5 ekor anak (sebilangan mengatakan 7 ekor anak) di mana mereka ini mempunyai tugas jahat yang berbeza. Setiap dari mereka telah melahirkan keturunan yang lain, hasil dari perbuatan zina antara mereka dan syaitan-syaitan betina yang lain. Anak-anaknya adalah:

a. Tsabr:

Tugasnya adalah menggoda manusia berbuat maksiat ketika manusia sedang dalam kesusahan dan berada dalam kesedihan. Ketika manusia dalam kesusahan dan mendapat musibah, maka datanglah Tsabr dan kuncu-kuncunya membisik manusia agar melakukan segala kejahatan seperti berzina, bunuh diri, menghisap dadah, minum arak, berjudi supaya manusia itu terus leka dan jangan kembali kepada Allah.

b. A'war:

Tugasnya adalah menghasut manusia supaya mendekati zina dan terus melakukannya dengan apa cara sekali pun. A'war dan pengikutnya akan menggambarkan keenakan dan keseronokan berzina dalam akal fikiran manusia dan mengobar-kobarkan nafsu.

c. Miswath
:

Tugasnya adalah menyampaikan berita dusta atau penipuan yang mampu menimbulkan kemarahan dan fitnah besar, agar manusia itu akan kucar-kacir, hilang pertimbangan dan saling tuduh menuduh sehinggakan menyebabkan pertempuran yang hebat dan dahsyat.

d. Dasim: 

Tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan, mudah marah dan permusuhan. Selalunya dalam kes rumahtangga dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan.

e. Zaknabur: 

Tugasnya adalah memastikan dunia ekonomi dan perniagaan akan tergugat. Menghasut para pedagang agar sentiasa tamak dalam mengaut keuntungan, kecurangan dan penipuan dalam muamalah(perhubungan). Memastikan pengurangan dalam timbangan dan bekalan, kelumpuhan ekonomi melalui sistem inflasi serta merupakan pengajak utama manusia dalam melakukan riba(bunga atau faedah dalam perniagaan).

f. Khanzab: 

Menghalangi umat Islam dalam melakukan solat, mengganggu umat Islam dalam melakukan solat(sembahyang) serta mencari jalan agar dapat menyebabkan manusia tidak akan dapat menyembah Allah dan mengelakkan agar sembahyang menjadi sempurna.

g. Walhan: 

Mengganggu umat Islam agar sentiasa was-was dalam berwudhuk(bersuci sebelum melakukan sembahyang), ini akan menyebabkan umat Islam tidak sah dalam solatnya. Wuduk merupakan kepentingan yang amat perlu dititik beratkan sewaktu beribadah kepada Allah. Walhan juga, menyebabkan manusia agar sentiasa membazir dalam menggunakan sesuatu atau benda.

Jadi diingatkan agar manusia sentiasa beringatkan, bahawa syaitan merupakan musuh utama yang amat perlu dielakkan. Allah SWT sama sekali melarang untuk hambanya mengikut
thoughut(perkara yang melampaui batas seperti menyembah selain Allah)dan menjadikan syaitan sebagai idola dalam aktiviti seharian.  


Aset-aset yang Digunakan Syaitan untuk Menggangu Manusia:
Sila klik di sini untuk maklumat seterusnya...




3. Jinn:
Selain manusia, alam ini juga dihuni oleh makhluk halus yang bernama Jinn. Alam kedua-dua makhluk ini letaknya sangat berdekatan bahkan boleh dikatakan letaknya saling bertindih (cuma dimensinya sahaja yang berbeza). Dan antaranya ikut hidup berkeliaran dengan manusia di rumah-rumahnya (ada yang menyerupai kucing dan lain-lain haiwan peliharaan).

Sesuatu tempat itu mungkin tempat kediaman Jinn ataupun mungkin perkampungannya.

Kebanyakan manusia walaupun percaya adanya makhluk ini disekelilingnya tetapi kerana tidak nampak, maka mereka mudah terkena tipuan dan godaannya. Dengan ini patutlah kita sedari bahawa syaitan itu selalu mengintip-ngintipkan manusia bagi membencanakan anak-anak Adam.

Sesungguhnya tubuh Jinn dan manusia itu terbina daripada bahan-bahan yang boleh musnah,
maka terjadinya kematian dan kemusnahan itu sama-sama dialami oleh dua makhluk ini.

Sila klik di sini untuk maklumat seterusnya...




4. Bunian:
Adalah istilah dalam masyarakat melayu. Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Halus ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jinn dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jinn.



5. Khannas:
    Adalah anak syaitan.
   
A004

Terjemahannya dari surah An-Naas 114, ayat 4:
" Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam,
 
A005

Terjemahannya dari surah An-Naas 114, ayat 5:
" Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia,
  
A006

Terjemahannya dari surah An-Naas 114, ayat 6:

" (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia ". 
 

6. Qorin:
    Qorin adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada malaikat
    dan jin dari (golongan syaitan) yang mendampingi setiap manusia.


    Istilah ini digunakan di dalam Al-Quran dan dikatakan bahawa Qorin itu
    mengikuti manusia sejak seseorang manusia itu dilahirkan sehinggalah ajalnya.
    Kedua makhluk itu dianggap sebagai " kembaran setiap manusia. "

    Pada umumnya Jin Qorin ini mendorongi manusia kearah untuk berbuat kejahatan.
    Dia (Jin Qorin) membisikkan sifat was-was, melalaikan Solat, memberatkan 

    diri manusia untuk membaca Al-Quran dan sebagainya dan ia bekerja sekuat 
    tenaga untuk menghalang manusia daripada membuat ibadah dan kebaikan.

    Untuk mengimbangi adanya pendamping jahat, Allah telah mengutus Malaikat Qorin
    yang selalu membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. 


    Dalam beberapa Hadis dikatakan bahawa Jin Qorin yang mendampingi Muhammad SAW
    telah memeluk Islam, sehingga Muhammad SAW selalu terjaga dari kesalahan.
 



7. Jibt:
    Benda-benda yang disembah yang lain dari Allah(jenis syaitan). 
   
A051


Terjemahannya dari surah An-Nisaa' 4, ayat 51:
Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada benda-benda yang disembah yang lain dari Allah, dan kepada Taghut, dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir (kaum musyrik di Makkah) bahawa mereka (kaum musyrik itu) lebih betul jalan agamanya daripada orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad s.a.w)

Hast thou not turned Thy vision to those who were given a portion of the Book? they believe in sorcery and Evil, and say to the Unbelievers that they are better guided in the (right) way Than the believers! 
 
               
8. Taghut:
    Ialah apa sahaja yang disembah selain Allah S.W.T secara ekstrem.
    Taghut adalah syaitan, berhala dan pelbagai kepercayaan dan amalan 
    yang menyesatkan manusia daripada ajaran Islam.



    Secara umumnya, Taghut bermaksud '' syaitan '', iaitu melampau ke arah 
    kebatilan, kezaliman dan kejahatan, jauh daripada kebenaran, keadilan 
    dan kebaikan.


    Perkataan '' Taghut '' disebut oleh Allah SWT di dalam alqur-an 
    sebanyak 8 tempat, iaitu :

    1. Surah al Baqarah: ayat 256 dan 257.
    2. Surah an Nisa: ayat 51,  60 dan 76.
    3. Surah al Maidah: ayat 60.
    4. Surah an Nahlu: ayat 36.
    5. Surah az Zumar: ayat 17.









Wallahhu 'alam bissowab.



Leave a Reply

07sept2011. Dikuasakan oleh Blogger.

Rakan Taulan: