Bismillah...Allahumma solli 'ala muhammad wa'ala aali...

Facebook
RSS

0000034: Nama-Nama Bulan Mengikut Tahun Masehi

-
tf faqir


Pesanan: Penggunaan nama-nama bulan masehi dan nama-nama hari 
dalam seminggu pada kalendar masehi, boleh menjerumuskan 
seseorang muslim kepada syirik tanpa disedari.








Kita secara kebiasaannya menggunakan nama bulan-bulan mengikut tahun masehi.Tapi tahukah kita bahawasanya nama bulan yang kita gunakan seperti Januari, Februari dan sebagainya itu mempunyai maksud yang tersirat tanpa diketahui, boleh menjadi syirik. 

Kelicikan masyarakat Yahudi Kuno yang dipimpin Dajjal laknatullah yang hidup lama itu berjaya mempengaruhi seluruh kehidupan masyarakat dunia dengan dakyah-dakyah sesatnya. Masyarakat dunia khususnya orang Islam dibentuk secara halus untuk memuja tuhan-tuhan berhala Yahudi dan Nasrani.

Kita tidak menyedari bahawa kita hari ini khususnya anak-anak kita seawal berumur 3, 4 tahun lagi sudah mempelajari nama-nama dewa berhala di sekolah. Pengaruh ini tidak disedari oleh masyarakat dunia. Bahasa Inggeris yang kita agung-agungkan adalah bahasa yang cukup simbolik untuk menyemai unsur-unsur berhala. Kerja-kerja Dajjal amat berhasil apabila berjaya menjadikan Bahasa Inggeris bahasa pengatar utama dunia melalui dua konsep iaitu  '' Penjajahan '' dan '' Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. ''




Di Sebalik Nama-Nama Bulan Masehi Serta Pengertiannya.
JANUARI:
Berasal dari nama tuhan orang Romawi yang berwajah dua, bernama ‘Janus’. Sebelah mukanya melihat ke belakang dan sebelah lagi ke depan.

FEBRUARI:
Berasal dari bahasa Latin iaitu ' Februo ' yang bererti ' kesucian ' merujuk kepada 
Dewa Penyucian. Biasanya dalam bulan ini, bangsa Romawi mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa dalam suatu majlis untuk menghilangkan dosa.

MACH:
Berasal dari nama berhala, tuhan perang Romawi bernama ' Mars '.

APRIL:
Berasal dari bahasa latin ' Aperto ' ertinya terbuka atau berkembang. Pada bulan ini biasanya bunga-bunga berkembang mekar. Orang  Saxon menyebut bulan ini ' Easter ' sebagai penghormatan kepada tuhan musim panas.

MEI:
Berasal dari kata-kata ' Maia ' nama puteri dari dewa bangsa Romawi bernama Atlas.

JUN:
Berasal dari perkataan ' Juno ', nama tuhan bangsa Romawi.

JULAI:
Berasal dari bahasa latin yang bererti lima kerana ia adalah bulan kelima dalam kalendar 

' Romulus '. Namanya diambil sempena Julius Caesar yg kemudiannya diubah menjadi bulan ketujuh.

OGOS:
Berasal dari nama lama ' Sextiles '( bulan keenam ). Pada masa Kaiser Augustus beliau menggantikannya kepada bulan Augustus dan menjadi bulan yang ke-lapan.

SEPTEMBER:
Berasal dari bahasa latin ' septem ' ertinya tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan yang ketujuh tetapi telah diubah menjadi bulan yang kesembilan.

OKTOBER:
Berasal dari bahasa latin ' Octo ' yang bererti lapan tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kesepuluh.

NOVEMBER:
Berasal dari bahasa latin ' Novem ' yang bererti sembilan tetapi kemudiannya ditukar menjadi bulan yang kesebelas.

DISEMBER:
Berasal dari bahasa latin ' Decem ' yang bererti sepuluh tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.


Nama-Nama Asal Hari Masehi:
SUNDAY: 
Berasal dari ' Sun's Day ' yang bererti matahari.

MONDAY: 
Berasal dari ' moon's Day ' yang bererti hari bulan.

TUESDAY: 
Berasal dari ' Day of Tyr ' sempena nama dewa perang ' Tyr '.

WEDNESDAY: 
Berasal dari perkataan ' Woden ' nama dewa suci.

THURSDAY: 
Berasal dari ' Day of Thor ' sempena nama tuhan halilintar  ' Thor '.

FRIDAY: 
Berasal dari ' Day of Freya ' sempena dewa perkahwinan.

SATURDAY: 
Berasal dari perkataan ' Saturnus ' ertinya bintang saturnus.



Wallahhu 'alam bissowab.

Leave a Reply

07sept2011. Dikuasakan oleh Blogger.

Rakan Taulan: