Bismillah...Allahumma solli 'ala muhammad wa'ala aali...

Facebook
RSS

0000025: Asal Usul Melayu ( bab.08 )

-
tf faqir







Saya hendak tambah sedikit cerita tentang Jawi. Pemahaman Arab tentang Bani Jawi yang merujuk kepada Melayu adalah sedikit tersasar. Di alam Melayu, Jawi merujuk kepada agama Nabi Ibrahim a.s. Bani Jawi yang menjadi rujukan Arab sebenarnya bermaksud keturunan Keturah.


Siapakah Keturah?
Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa. Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH SWT 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah.


Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu. Melayu diambil dari perkataan Mala( nama bangsa asas Keturah iaitu Mala / Mon ), dan sementara Yur pula diambil dari nama tempat asal-usul Nabi Ibrahim a.s., iaitu berhampiran dengan kota Babylon. Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao.


Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari tulisan Yahudi tua. Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu. Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa. Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s. Jawi sebenarnya adalah Levi, iaitu anak kepada Nabi Yaakob a.s. Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahima.s di kalangan Bani Israel. Keturah bukanlah Melayu.


Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala / Mon . Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil dari bahasa Mala / Mon. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala / Mon. DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a . Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan.


Tetapi kenapa Melayu Kedah lebih bijak dan segak, ini adalah kerana mereka daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s dan Keturah. Begitu juga Melayu Selangor dan Mahmeri. Kedua-dua puak ini, mempunyai DNA yang serupa. Namun Melayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri. Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Ibrahim a.s.
Namun Mala / Mon bukanlah bangsa asal. Mala / Mon adalah daripada bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina, Pasifik, Madagascar dan Amerika Latin. Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah berhampiran dengan Laut Hitam.


Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang Arkaelogist Eropah di sekitar tahun 1830an lagi( lama tu ). Maka, ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adama.s mempunyai 19 pasang anak, atau bermaksud 19 bangsa asas( kalau tak silap saya ). Jadi Nabi Adam a.s telah ajarkan 19 jenis bahasa kepada kesemua 38 orang anak beliau, berdasarkan kepada jenis bangsa tersebut. Jadi, apa yang saya hendak tegaskan di sini ialah yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. berkenaan Bani Ishak yang menjadi tentera Imam Mahdi adalah merupakan anak-anak Keturah ( orang Islam Asia Tenggara ), dan juga Bani Israel yang beragama Islam( mungkin keturunan Nabi Yusuf a.s, iaitu dari Afghanistan, Pakistan dan Tanah Melayu ).


Jika kita lihat hadis Nabi s.a.w, maka kita akan dapati cerita akhir zaman hanya berkisar di kalangan keturunan Nabi Ibrahim a.s. Persoalan sekarang adalah kenapa ALLAH SWT melantik tentera Imam Mahdi di kalangan Bani Ishak???. Ini adalah kerana sewaktu dunia akhir zaman, keturunan Nabi Ibrahim a.s di pandang hina malah disamakan dengan Iblis laknatullah 'alaihi, terutama sekali di sebelah Bani Israel.
Contohnya adalah Dajjal laknatullah 'alaihi, Yahudi jahat, Freemason, Illuminati, dan sebagainya. Ini semua telah memburukkan nama baik Nabi Ibrahim a.s. Namun begitu di dalam al-Quran, ada terpampang tentang doa khusus Nabi Ibrahim a.s. untuk keturunannya, iaitu beliau meminta ALLAH SWT menjadikan keturunan Nabi Ibrahim a.s. sebagai golongan yang mendirikan sembahyang , terus-menerus sehingga Hari Kiamat.


Jadi kemunculan tentera Imam Mahdi, adalah untuk memadamkan salah faham tentang keturunan Nabi Ibrahim a.s, yakni di kalangan Bani Israel. Mungkin ALLAH SWT ingin menunjukkan kepada hambaNYA, bahawa ada keturunan Bani Ishak( termasuk Bani Israel ) yang terus-menerus mendapat hidayat daripada ALLAH SWT. Ada sesetengah ulama, ada mengatakan terdapat lebih 60 buah kubur Sahabat Nabi s.a.w. yang tertanam di kawasan Malaysia - Indonesia.


Maksudnya, kita masih belum putus daripada hidayat ALLAH SWT sejak zaman Nabi Ibrahim a.s lagi. Begitu juga Pakistan dan Afghanistan masih belum putus daripada hidayat ALLAH SWT sejak zaman Bani Israel lagi. Mereka juga menganut agama Islam, sejak zaman awal Islam lagi. Untuk menguatkan lagi hubungan antara Bani Ishak dengan anak-anak Keturah, cuba bacakitab Yahudi tua ini :


Genesis 25:1-9 Then again Abraham took a wife, and her name was Keturah. And she barehim Zimran, and Jokshan, and Medan, and Midian, and Ishbak, and Shuah. And Jokshanbegat Sheba, and Dedan. And the sons of Dedan were Asshurim, and Letushim, andLeummim. And the sons of Midian; Ephah, and Epher, and Hanoch, and Abidah, and Eldaah. All these were the children of Keturah. And Abraham gave all that he had unto Isaac. Butunto the sons of the concubines, which Abraham had, Abraham gave gifts, and sent themaway from Isaac his son, while he yet lived, eastward, unto the east country. And these arethe days of the years of Abraham’s life which he lived, an hundred threescore and fifteenyears. Then Abraham gave up the ghost, and died in a good old age, an old man, and full ofyears; and was gathered to his people. And his sons Isaac and Ishmael buried him in the caveof Machpelah.


Sebelum wafat, Nabi Ibrahim a.s. telah memberi semua anak-anak beliau melalui perkongsian hidup bersama Keturah kepada Nabi Ishak a.s. Ini membuktikan bahawa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w, bahawa tentera Imam Mahdi adalah di kalangan Bani Ishak adalah umat Islam di kalangan Bani Israel dan anak-anak Keturah.
Yakni Afghanistan, Pakistan, Melayu dan Nusantara. Pasal nasab Rasulullah s.a.w, kebanyakan nasab keturunan Nabi Muhamad s.a.w adalah daripada Ali Zainal 'Abidin, iaitu anak kepada Saidina Hussein r.a. Keturunan Ali Zainal 'Abidin merupakan yang ramai sekali di nusantara.
Ini termasuk Raja Aceh, Sultan Pahang, Raja Lama Terengganu, Raja Lama Johor, Wali Songo, Sultan Banten, Sultan Cirebon, Sayyid dari Hadramaut, Sharif dari Hadramaut, Sheikh, Syed, Raden, Habib, Wan( Pahang ), Wan( Terengganu ), Megat, Meor, Tengku 
( Johor ), Tengku( Pahang ), Tengku( Terengganu ), dan seumpamanya.


Walaupun mereka juga keturunan pendakwah, namun ini semua bukan keturunan yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w yang bakal menjadi Imam Mahdi. Yang bakal menjadi Imam Mahdi mestilah daripada keturunan Saidina Hasan r.a. Setelah saya meneliti, maka keturunan Saidina Hasan r.a. adalah daripada Ali Nurul 'Alam, iaitu bangsawan Majapahit yang mentadbir Kelantan Lama.


Keturunan tersebut, adalah terdiri daripada Wan( kedua-dua Wan di Kelantan dan Wan di Acheh ), Nik, Long dan Pengiran( Brunei ). Inilah keturunan pendakwah yang ada kemungkinan merupakan gene yang dipunyai oleh Imam Mahdi. 


Satu perkara yang perlu diingat, 
Imam Mahdi tidak pernah mengaku bahawa beliau adalah bakal Imam Mahdi. Hanya Umat Islam yang akan mencari beliau.


Mengenai Pemuda Bani Tamim pula, mana-mana Jemaah Islam yang berkiblatkan kepada keluarga Saidina Abu Bakar r.a. Ketika waktu ini, pemimpin mereka sebenarnya adalah Pemuda Bani Tamim yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w.


Tanda-tanda Pemuda ini ialah, sekiranya beliau hendak buat satu perhimpunan, maka jumlah Umat Islam yang hadir akan mencecah jutaan orang dari seluruh pelusuk dunia. Ini termasuk dari negara-negara yang tidak popular seperti Nicaragua, Botswana, dan seumpamanya. Saya kira, saya tidak perlu hurai secara detail tentang perkara ini. Anda semua boleh periksa di masjid masing-masing.


Saya ingin huraikan sedikit kenapa saya kata Imam Mahdi 
mungkin orang di sebelah sini. 
Pertamanya, mengikut tertib ALLAH SWT, sekiranya orang yang mulia hendak dibangkitkan, maka keturunannya mestilah di kalangan pendakwah. Sekiranya kita lihat sekarang, keturunan Nabi s.a.w. yang ada di Tanah Arab bukanlah terdiri daripada keturunan pendakwah.


Jadi kalau ALLAH SWT hendak membangkitkan manusia mulia, ianya mestilah seorang daripada darah pendakwah. Jadi ahlul bait yang berada di luar Tanah Arab yang sepatutnya menjadi keutamaan di sisi ALLAH SWT
( Namun ini hanyalah pandangan saya yang hina sahaja ).


Kedua, mengikut hadis, pengikut Imam Mahdi adalah di kalangan Bani Ishak. Jadi terdapat dua golongan sahaja dalam kategori ini. Iaitu Bani Israel Muslim dan anak-anak Keturah.
Setelah disiasat, hanya puak Nabi Yusuf a.s. sahaja yang dikatakan Bani Israel yang mendapat hidayat untuk menjadi Umat Islam. Mereka adalah Afghanistan, Pakistan dan Tanah Melayu. 


Kemudian yang ketiga, yang dikatakan sebagai anak-anak Keturah adalah orang-orang Nusantara iaitu, Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Brunei dan seumpamanya. Jadi maksudnya, Imam Mahdi mestilah menguasai bahasa Melayu, bahasa Urdu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab.


Saya kata bahasa Inggeris sebab ada dalam hadis mengatakan bahawa Imam Mahdi akan bersemuka dengan tentera Gentile( Romawi ) sebelum Tentera Islam dan Tentera Nasrani berperang. Jadi Imam Mahdi mungkin fasih dalam 4 bahasa. Wallahualam bissawab...


Saya hendak tambah sedikit, Imam Mahdi mungkin akan menjadi Khalifah Islam selama 19 tahun( ada satu lagi riwayat mengatakan hanya 7 tahun ). Namun selepas pemergian beliau,maka Khalifah Islam yang seterusnya bernama MEGAT


Di sini perlu kita ingat. 
Terdapat 2 jenis Megat dalam negara ini. 
Satu Megat daripada Tengku. Ini adalah keturunan Syed Zainal 'Abididn Tun Dagang, iaitu keturunan Nabi s.a.w, iaitu daripada Saidina Hussein r.a. 
Yang satu lagi Megat adalah daripada Bugis Makasar, iaitu keturunan daripada Yemen. Jadi Khalifah Islam yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w, adalah Megat daripada Bugis Makasar,
iaitu keturunan daripada pendakwah Yemen.


Megat akan menggantikan Imam Mahdi sebagai Khalifah Islam( selepas kewafatan Imam Mahdi) dan akan memerintah selama 70 tahun. Kemudian, 30 tahun selepas kewafatan Megat, maka terdapat seorang lelaki perkasa yang berkulit hitam keturunan Afrika akan menghancurkan seluruh Kaabah. Ketika itu akan muncul binatang yang bernama Dabbatul-Ardh yang boleh berkata-kata seperti manusia, dan akan keluar daripada perut bumi.


Ketika itu juga, ALLAH SWT akan matikan ramai orang yang berilmu dan orang beriman. Quran juga akan hilang daripada suhufnya( helaian / lembarannya). Waktu itu, mereka yang ada kalimah Tauhid LA-ILA HA-ILLALLAH sahaja yang akan mendapat keampunan dan kasih ALLAH SWT.


Sambungan lanjut, sila kik di sini untuk ke bab 9. 


Wallahhu 'alam bissowab.





Leave a Reply

07sept2011. Dikuasakan oleh Blogger.

Rakan Taulan: