Bismillah...Allahumma solli 'ala muhammad wa'ala aali...

Facebook
RSS

0000001. Salam Pertemuan Dan Perkenalan Untuk Semua...

-
tf faqir

Assalamu'alaikum warahmatullahhiwabarakatuh wa ridwanuhu wamakfiratuh
para sahabat dan pembaca sekalian.

A006
A007

Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada *mereka, bukan jalan **orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.(Al-Faatihah 1:7)




Nota:
* mereka ialah mursalin, anbiyak, para sahabat, siddiqin,
  syuhada' dan solihin dan solehat.
**orang-orang yang Engkau telah murkai dan 
  bukan pula jalan orang-orang yang sesat ialah semua 
  gulungan atau individu yang menyimpang dari ajaran Islam.









Secara Kasarnya, ILMU Terbahagi DUA Kategori:
1. ILMU HAQ ( ilmu benar dan diredhaiNYA ):
   a). Wahyu ( khas untuk para rasul dan anbiyak sahaja ).
   b). Anugerah ( dikurniakan kepada para rasul, anbiyak
        dan hamba-hambaNya yang diredhaiNya sahaja ).

2. ILMU BATHIL ( ilmu salah dan tidak diredhaiNYA ):
Allah S.W.T mengutuskan Harut dan Marut ( 2 malaikat ) seraya berkata keduanya, '' Aku diutuskan oleh Allah S.W.T untuk kamu sebagai dugaan, jangan kamu belajar, padahnya ke neraka ''. Ilmu Sihir yang dibawa kedua malaikat tersebut adalah ilmu meruntuhkan masjid tetapi Allah S.W.T melarang mengamalkan Ilmu Sihir tersebut, ianya adalah semata-mata untuk menguji keimanan satu bangsa tamadun di Babilon (Babylon), Iraq.

Raja Babylon ketika itu, ialah Raja Namrud dan beliau amat meminati sihir yang diajar oleh malaikat-malaikat tersebut. Ajaran-ajaran sihir ini telah diturunkan sehinggalah ke hari ini dalam pelbagai bentuk seperti jampi dan mentara.

Raja Namrud (hidup sekitar tahun 2275 SM- 1943 SM) juga disebut (eja) Namrudz bin Kan'aan (Arab نمرود بن كنعان, Inggeris Nimrod, Bahasa Ibrani: נִמְרוֹד, Piawai Nimrod Tiberias נִמְרֹד ; Nimrōḏ) (2275 SM – 1943 SM) adalah salah satu seorang Raja yang memerintah Mesopotamiapurba (Kini dikenali negara Iraq). Ia memiliki gelaran " a mighty hunter " yang bermaksud Pemburu yang Hebat atau " Pemburu Yang Perkasa ", kerana kebijakannya dalam berburu. Nama lengkapnya adalah Namrudz bin Kan'aan bin Kush bin Ham bin Nuh ( Nabi Nuh a.s. ) atau juga sesetengah pendapat ( Raja Namrud bin Kush bin Ham bin Nuh ). Selain itu beliau diberi gelaran Dewa Bacchus atau Dewa Wain serta Dewa Matahari.

Namrud sendiri merupakan kata jamak yang mempunyai pengertian '' Mari memberontak ''. Namanya tercatat dalam Taurat, Injil dan kisah-kisah Islam.
 

Pada zamannya, Namrud merupakan seorang raja yang cerdas, namun kecerdasannya itu membuatnya bersikap sombong dan takabbur serta sehinggakan ia mengaku menjadi seorang ateis atau sebagai Tuhan dan usahanya selalu mendapatkan tentangan hebat dari Nabi Ibrahim a.s. Namanya terkenal kerana usahanya sebagai pendiri Menara Babel. Menurut Kitab Injil kerajaannya termasuklah Babel, Erech, Accad, dan Calneh, di tanah Shinar, yang juga dikenali sebagai tanah Namrud.

Malangnya yang mengambil ilmu bathil ( ilmu sihir) ini adalah di kalangan Manusia (yahudi) dan Jin, Syaitan, Bunian, Iblis,.....

Sepertimana dirakam di dalam alqur-an, pada surah Al-Baqarah 2, ayat 102.


A102

Terjemahannya seperti berikut:
'' Dan mereka (membelakangkan Kitab Allah) mengikuti apa ( kitab-kitab sihir) yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan (syaitan-syaitan itu menyebarkan berita-berita bohong, bahawa nabi sulaiman menyimpan lembaran-lembaran sihir - ibnu katsir) dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Nabi Sulaiman tidak kafir (tidak mengamalkan sihir), akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan mengamalkan sihir) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. " 


'' And follow that which the devils falsely related against the kingdom of Solomon . Solomon disbelieved not ; but the devils disbelieved , teaching mankind magic and that which was revealed to the two angels in Babel , Harut and Marut . Nor did they ( the two angels ) teach it to anyone till they had said : We are only a temptation , therefore disbelieve not ( in the guidance of Allah ) . And from these two ( angels ) people learn that by which they cause division between man and wife ; but they injure thereby no one save by Allah ' s leave . And they learn that which harmeth them and profiteth them not . And surely they do know that he who trafficketh therein will have no ( happy ) portion in the Hereafter ; and surely evil is the price for which they sell their souls , if they but knew. ''










'' 他们遵随众恶魔对於素莱曼的国权所宣读的诬蔑言论──素莱曼没有叛道,众恶魔却叛道了──他们教人魔术,并将巴比 伦的两个天神哈鲁特和马鲁特所得的魔术教人。他们俩在教授任何人之前,必说:“我们只是试验,故你不可叛道。”他们就从他们俩学了可以离间夫妻的魔术,但 不得真主的许可,他们绝不能用魔术伤害任何人。他们学了对自己有害而无益的东西。他们确已知道谁购取魔术,谁在後世绝无福分。他们只以此出卖自己,这代价 真恶劣!假若他们知道,(必不肯学)。''

ILMU Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi yang melibatkan makhluk halus (jin/syaitan) dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.

Ilmu sihir adalah Ilmu Bathil, ianya adalah syirik semata-mata, di mana banyak diamalkan oleh kebanyakkan bangsa melayu khasnya dan amnya bangsa-bangsa di dunia ini. Di antara Ilmu Bathil, adalah seperti berikut:

001. Bomoh/ Pawang/ Dukun.
002. Mak Andam.
003. Mak Bidan Kampung.

Iblis, Syaitan, Jibt, Bunian
004. Mandi Bunga.
005. Mandi Limau.
006. Mandi Daun.
007. Mandi Minyak.


008. Mandi Air Muara.
009. Mandi Air Kolah Masjid.
010. Mandi Darah.

Ilmu Sihir
011. Ilmu Seri Muka.
012. Ilmu Penunduk.
013. Ilmu Pengaseh:
       Sejenis ilmu hitam yang dapat membangkitkan rasa kasih 
       seseorang terhadap seseorang yang lain.

014. Ilmu Buluh Perindu.
015. Ilmu Lada Hitam.
016. Saka.
017. Susuk.018. Silat.
019. Pagar/ Puleh Rumah.
020. Pelaris.
021. Tangkal/ Wafak/ Azimat.
022. Kemenyan, Colok, Setanggi.
023. Urut.

Melindung diri:
024. Kebal.
025. Perubatan.
 
026. Kebanyakkan Tarikat.
027. Air Jampi
028. Air Penerang Hati.
029. Air Yaasin.
030. Air Zafran/ Tok Guru.
031. Air Selusuh.
032. Air Penawar.
033. Kissmiss Doa.
034. Mimpi.

Mendapatkan kelebihan:
035. Kesaktian.
036. Perapun.
037. Gagah.
038. Perangsang.
039. Penderas.   
040. Pukau.

Mengawal/Memusnahkan musuh: 
041. Penunduk: 
Digunakan untuk menundukkan orang lain seperti *nasi tangas untuk menundukkan suami.

*Nasi tangas atau juga dikenali sebagai nasi kangkang merujuk kepada satu amalan ilmu sihir hitam, biasanya merupakan perbuatan bagi menundukkan suami yang dilakukan oleh isteri.

Perbuatan ini merupakan perbuatan menyihir suami dengan melakukan beberapa perkara bagi memastikan suami akan sentiasa berada di bawah telunjuk si isteri agar segala impian yang diingini dapat dicapai.

Sihir ini dikenali sebagai as-sihru'i-aswad, iaitu sihir yang bermain dengan najis, kencing atau darah nifas dengan pendapat memberi makan kekotoran kepada mangsa akan memberi kesan mangsa akan tunduk kepada yang pemiliknya.

Kaedah sihir ini tergolong dalam sihir simpati, di mana kepercayaan seseorang boleh mengawal / menguasai seseorang atau sesuatu yang lain berdasarkan hubungannya atau menyerupai benda lain (sasaran). Kepercayaan bahawa apabila mangsa memakan sesuatu milik penyihir, akan memberi penyihir kuasa ke atas mangsa.
 

042. Tuju:
Jampi-jampi yang membuat orang sakit. Juga menggunakan alatan lain seperti telur layang (telur yang telah dijampi) untuk menyakiti orang dan boleh membawa maut.
        

043. Pelalai.

044: Cuca:
Jampi yang boleh menundukkan musuh atau yang dapat mengubati luka.

045. Meramal Masa Hadapan.

046. Alimun.


Wallahhu 'alam bissowab.





Leave a Reply

07sept2011. Dikuasakan oleh Blogger.

Rakan Taulan: