Bismillah...Allahumma solli 'ala muhammad wa'ala aali...

Facebook
RSS

0000018: Asal Usul Melayu ( bab.01 )

-
tf faqir







Siapakah Melayu?
Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog, rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia, sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. 


Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, '' di penghujung dunia. Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan. '' Di hujung dunia '', setelah penat mengembara, bangsa misteri berehat dan tidur dengan lenanya, senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejaki bangsa misteri ini tetapi dia juga ketinggalan jejak mereka. 


Di manakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka? Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka? '' Di hujung Dunia '' bangsa ini masih nyenyak tidur! 


Sudah penat menjejak bangsa ini. Ke mana lagi mereka ingin berjalan? Begitu teguh azam mereka. 


Begitu berani lelaki-lelaki mereka meredah panas padang pasir dan ribut salji, begitu setia wanita-wanita mereka mendukung anak dengan wajah tersenyum walaupun keletihan. Tidak terdaya kaki ini melangkah mengikut hayunan langkah mereka yang semakin laju.


Kemana mereka ingin pergi?
Di manakah mereka ingin tujui?
Tunggu!
Tunggu aku!
Aku ingin ikut kamu!
Jangan tinggalkan aku!
Ke mana kamu semua ingin pergi?
Cakap! 
Ke mana kamu semua ingin pergi!?


Tidak seseorang pun mahu berkata-kata. 
Tidak seorang pun mahu menjawab pertanyaan itu. 
Semuanya menundukkan wajah mengikut langkah ketua mereka. 
Semakin laju. Semakin pantas. 
Apa yang ingin dikejar mereka pun langsung tidak diketahui. Kaki yang lemah tidak mampu lagi dihayun. Lalu terjatuh. Mata hanya mampu memandang wanita terakhir yang berada di barisan paling belakang bangsa pengembara itu. Mereka semakin jauh di hadapan. Diri ini masih merangkak-rangkak melambai-lambai ke arah mereka. 


Tiada siapa peduli. Mereka semakin sayup. Mulut pun merintih… ' Kenapa tinggalkan aku…? ' Wanita terakhir di barisan paling belakang tiba-tiba menoleh. Sungguh ayu wajahnya. Dua mata saling bertentang. Redup matanya menggamit misteri yang paling aneh.


Wanita Melayu Terakhir. Jika itulah nama yang ingin diberikan kepadanya. 
Wanita terakhir kaum Maya. Keturah Jawiyah nama dan gelarannya. Tiba-tiba wanita muda itu berpaling ke hadapan. Seorang lelaki tua memarahinya. Mereka pun meneruskan perjalanan tanpa mempedulikan diri ini yang kepayahan dan keletihan. Terjelepuk di dalam misteri dan persoalan. 


Sayup…semakin sayup…hingga tinggal titik halus sahaja. Badan yang masih lemah dihayun ke depan. Merangkak dan merangkak. Mentari masih kejam menyiksa diri ini. Kesendirian di tengah-tengah dunia asing. Kesepian tanpa cinta dan airmata.


Tiba-tiba di kejauhan, ada sesuatu beralun-alun di atas tanah gersang. Sehelai selendang berwarna merah. Di atas selendang tersulam cantik satu huruf rahsia yang aneh. Huruf yang dilihat dari jauh seperti '' mem '' dalam Ibrani Kuno tetapi jika didekati seperti huruf '' mim '' dalam tulisan Arab. Seakan-akan juga sebarisan hieroglif atau cuneiform yang ganjil. Unik sekali.


Selendang yang ditinggalkan gadis misteri dicium. Terasa wangi sekali. Amat wangi hingga terasa hilang segala penat dan lelah.


Di sebalik itu terdapat rahsia keagungan bangsa ini yang akan mengakhiri keturunan di sebelah bondanya. Kisah kesedihan dan kerendahan hati anak-anak Nabi Ibrahim a.s.


Kisah Bani Jawi sebenarnya terdapat di dalam kitab Tafsir Ibnu Kathir dan Ibnu Athir, begini ceritanya: 
Anak-anak nabi Ibrahim a.s dari Siti Qanturah / Keturah(dialek Hebrew) datang kepada bapanya Ibrahim a.s tadi dengan perasaan sedih dan berkata;
'' Wahai bapa kami, tidak adakah dari kalangan kami seorang Rasul pun yang diutuskan? Kalau begitu darjat kedudukan kami jauh daripada darjat bapa kami, tidaklah seperti saudara-saudara kami dari nabi Ishak yang dijanjikan kemenangan ke atas mereka dengan diutuskan ramai rasul di kalangan mereka. ''


Nabi Ibrahim mendiamkan diri kerana Jibril a.s masih tidak menurunkan wahyu mengenai anak-anaknya di kalangan anak-anak Qanturah yang digelar Jawi itu. Perasaan sedih dan rendah diri anak-anak Jawi itu berlarutan begitu lama oleh kerana semua berita dari suhuf Ibrahim a.s banyak mengisahkan tentang Ishak, Yaakub dan anak cucu mereka yang memiliki mertabat Rasul Pilihan.


Begitu juga mengenai Ismail a.s yang akan lahir dari keturunannya seorang Nabi
dan Rasul Pilihan Allah SWT, penutup segala Nabi dan Rasul yang teragung dan bangsanya yang dimuliakan. Nabi Ibrahim a.s sering berdoa, demi mendengar pengaduan anak-anak Jawinya sambil diaminkan oleh mereka;
'' Ya Tuhan kami, utuskanlah di kalangan mereka seorang Rasul yang membacakan ke atas mereka ayat-ayat Engkau dan mengajar mereka kitab dan hikmah dan menyucikan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana. Ya Tuhan kami, kurniakanlah dari isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami seorang penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin dari orang-orang yang bertakwa. ''


Begitulah sayu doa nabi Ibrahim a.s. sehingga Jibril a.s datang dan memberi perkhabaran
'' Wahai Ibrahim, Khabarkan berita gembira ini kepada anak-anakmu dari Qanturah bahawa mereka memperolehi satu darjat di sisimu, di dalam Firdaus dan perintahkan kepada mereka untuk pergi ke Timur dan sempurnakanlah agama Islam yang engkau sampaikan yang belum sempat menyempurnakannya. Mereka akan kembali di akhirat kelak cahaya mereka seperti cahaya anbiyak dan rasul sedangkan mereka bukan anbiyak atau pun rasul. ''


Perasaan gembira nabi Ibrahim a.s jelas kelihatan dengan wajahnya yang bercahaya gilang gemilang dan memanggil semua anak-anaknya dari Siti Qanturah, Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak, Shuah, anak-anak Jokshan( Sheba dan Dedan ). Kata ibrahim;
'' Wahai anak-anakku, bergembiralah bahawa kamu semua akan memperolehi cahaya para anbiyak dan para rasul dan pergilah kamu ke Timur. Aku telah meninggalkan satu kaum di sana semasa  diperintahkan oleh Allah meninggalkan Hajar dan Ismail dan kemudian aku diperintahkan untuk kembali ke Plastine. Selama 9 tahun kaum itu aku seru kepada agama Allah dan belum sempat aku sempurnakannya, maka di atas bahu kamu kuserahkan tugasku ini. ''


Dikhabarkan bahawa nabi Ibrahim a.s. telah pergi berdakwah ke Tibet dan Burma selama 9 tahun meninggalkan anak yang masih kecil Ismail bersama ibunya Siti Hajar di suatu padang pasir yang tandus. Apabila kembali kerana diperintahkan oleh Allah SWT, baginda a.s melihat anaknya Ismail a.s sudah besar berumur 9 tahun dan di padang pasir yang tandus itu telah menjadi sebuah perkampungan orang-orang Jurhum dari Yaman seperti dalam kisah pengorbanan nabi ibrahim a.s. Terdapat juga air telaga dari kesan tumit kaki nabi Ismail a.s yang dinamakan telaga Zamzam.


Penerangan lebih lanjut, sila kik di sini ke bab 2...


Wallahhu 'alam bissowab.



Leave a Reply

07sept2011. Dikuasakan oleh Blogger.

Rakan Taulan: