Bismillah...Allahumma solli 'ala muhammad wa'ala aali...

Facebook
RSS

0000019: Asal Usul Melayu ( bab.02 )

-
tf faqir







Kisah Bani Jawi tersebut jelas dikhabarkan di dalam 
kitab Tafsir Ibnu Kathir dan Ibnu Athir
Penyempurnaan agama Allah yang dipikul oleh Bani Jawi telah mengangkat mertabat mereka ke setinggi-tinggi mertabat Rasul di syurga Firdaus, walau pun mereka bukan Rasul. 


Oleh itu, wahai kaumku! sedarilah tentang asal usul keturunanmu dan bangsa tidak akan dapat dipisahkan dari umat manusia kerana Allah telah memaktubkannya di dalam Al-Quran bertujuan untuk saling mengenali tetapi yang paling mulia dari sesuatu bangsa itu ialah yang paling bertakwa.


Allah SWT telah memaktubkan bangsa Quraish dengan kemuliaan mereka, diutuskan nabi yang terunggul sekali. Agama Allah dibawa atas tiket kaum sebelumnya oleh Bani Israil sehingga memuliakan mereka dan memertabatkan mereka. Maka di atas tiket kaum Bani Jawi Allah SWT mengangkat agama nabi Ibrahim a.s dan memuliakan Bani Jawi.


Kini Bani Jawi perlu bangkit atas millat Ibrahim a.s membawa agama yang satu dan janganlah berpecah-belah dalam millat Ibrahim a.s. Agama yang diwahyukan kepada nabi Muhammad s.a.w. itu adalah agama yang telah diwasiatkan kepada Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa ialah agama yang satu atau Agama Tauhid menyeru manusia kepada keesaan Allah SWT. Dengan itu sesuatu kaum akan dimuliakan dan dimertabatkan dengan agama ini seperti firman Allah di dalam surah An-Nuur 24, ayat 55;


A055

Terjemahannya:

Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. 

Allah has promised, to those among you who believe and work righteous deeds, that He will, of a surety, grant them in the land, inheritance (of power), as He granted it to those before them; that He will establish in authority their religion - the one which He has chosen for them; and that He will change (their state), after the fear in which they (lived), to one of security and peace: 'They will worship Me (alone) and not associate aught with Me. 'If any do reject Faith after this, they are rebellious and wicked. 





Marilah wahai kaumku Bani Jawi! 
Bangunlah dari tidur lenamu! 
Jangan kamu menjejaki langkah kaum yang binasa seperti yang dinyatakan oleh Allah di dalam kitabNya, lebih banyak mengenai kerosakan dan kebinasaan kaum Bani Israil. Mereka dihalau dari tanah tumpah darah mereka oleh musuh yang sangat kuat oleh kerana perbalahan yang berlaku di kalangan mereka sendiri dan mengabaikan keesaan Allah SWT dan penyatuan ummah.


Bangsa Yang Hilang( The Lost Tribe )
Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi? 
Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu pun. 
Jika ada, hanyalah untuk menjejak sejarah mereka sahaja. 
Tetapi bagi Yahudi Zionis, 
TERAMAT PERLU KERANA MEREKA AMAT PERCAYA DENGAN RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA, LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM ALQUR-AN. 


Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno, 
terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu:
01. Reuben
02. Simeon
03. Levi
04. Judah
05. Issachar
06. Zebulun,
07. Dan
08. Naphtali
09. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin
Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim


Mengikut satu kitab Yahudi, satu ' lost tribe ' Bani Israel( yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam ) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin.


Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh( anak kepada Nabi Yusuf a.s. ) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis / Yahudi Kabbalah) di Palestin.


Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, 
Afghanistan, 
Pakistan Utara( Patan / Pashtun), 
sedikit India, 
sedikit Myanmar, 
sedikit China, 
sedikit Jepun, 
sedikit Filipina, 
sedikit Western Samoa, 
sedikit Tonga, 
sedikit Ecuador , 
sedikit Madagascar dan 
sedikit Hawaii.
Namun begitu kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka( bercanggahan dengan prinsip ' ' lost tribe ' ). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga( namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara, sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika dan Russia ). Dalam pada itu, seorang professor di Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru.


Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh ' the lost tribe. ' Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Prof Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon( yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno ) dan membuat kajian DNA sekali lagi.


Keputusan beliau adalah; 
Ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.


Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka.


MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG SEBENAR, LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN.


Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahwa ' lost tribe ' dari kalangan Manasseh ( anak Nabi Yusuf a.s. ) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi.


Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada Melayu Semenanjung( termasuk Selatan Thai ) juga adalah dari keturunan Bani Israel, iaitu dari kumpulan Lehi( iaitu terus dari Manasseh, iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s. . 


Nabi Yusuf ada dua( 2 ) orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim). 
Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. 


Dalam kamus sains;
DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari Bani Israel!


Hipotesis ini terdapat separuh kebenaran di dalam kesamaran. Orang Melayu bukanlah 100% berasal dari keturunan Manasseh( Yahudi Kuno ) tetapi teori Ralph Olssen mengenai pengembaraan bangsa yang hilang ' the lost tribe ' ke Bumi Mala adalah sesuatu yang menarik dan amat bertepatan dengan apa yang dibincangkan sebelum ini. Kenapa Ralph Olssen menyebut Tanah Melayu ini ' Bumi Mala? ' Apakah yang diceritakan di dalam manukrip kuno tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung dunia?


Bangsa Melayu Dalam Kesusasteraan Kuno ' Malai ' adalah nama yang disebut dalam manuskrip-manuskrip purba India untuk satu bangsa yang tinggal di Kepulauan Melayu.
' Malai ' bermaksud gunung atau bukit. Ini bermaksud pada masa silam bangsa ini tinggal di dataran-dataran tinggi atau menunjukkan arah kedatangan mereka dari sebelah utara India, dari arah perbatasan pergunungan.


Bangsa ini disebut-sebut dalam kesusasteraan Avestan-Vedic-Sanskrit, bahawa salah satu suku terhormat bangsa Aryan yang berkasta Ksyatria, kasta pahlawan yang menurunkan kaum Sakya( yang berasal dari perbatasan Himalaya ) yang membawa ajaran Veda bersama-sama suku kaum Aryan yang lain, menyerang Benua Kecil India dan memaksa etnik asli India bergerak ke tanah lebih selatan. Kulit mereka lebih cerah dan mereka berperawakan tegap dan tampan.


Siapakah mereka?


Dari mana datangnya mereka?


Untuk mengetahui siapakah mereka,
Mari kita telusuri salah satu suku Aryan yang lain, iaitu Mada


Ingat! Jika membicarakan tentang Aryan, ia adalah berkaitan dengan budaya Parsi Kuno, lama sebelum Darius II memerintah. Medes adalah nama Yunani yang merujuk kepada bangsa Iran Kuno, yang tinggal di sebelah barat laut Iran hari ini. Kawasan ini dikenali di Yunani 
( Greek ) sebagai Media atau Medea.


Dalam bahasa Iran Purba, ia dipanggil dalam sebutan Mada. Ketika pemerintahan raja-raja Assyria, kaum ini dikenali sebagai Madayu. Mereka telah memasuki kawasan ini bersama-sama gelombang pertama puak-puak Iran Purba, ketika lewat alaf sebelum masehi (ketika keruntuhan Zaman Gangsa). Media, Midia, Midian dan Mada adalah sukukata yang sama yang menjelaskan tentang Madyan( dalam bahasa Arab ) satu bangsa yang maju dan disebut dalam kisah Nabi Shuaib dan Kaum Madyan. Nabi Shuaiblah rasul yang diangkat dari kalangan bangsa Mada, di mana ketika itu kemajuan material telah melekakan bangsa Mada.


Ketika abad ke-6 Sebelum Masehi, selepas bersama-sama bangsa Babilon mengalahkan Empayar Assyria Baru, Bangsa Madayu telah mampu menubuhkan empayar mereka sendiri, yang mana membentang dari Laut Hitam dan daerah Aran (Azerbaijan sekarang) ke utara dan Asia Tengah, Afghanistan dan Pakistan yang mana terdiri dari banyak jajahan termasuk Tanah Parsi, yang mana akhirnya penduduk Parsi meresap masuk ke dalam Empayar Madayu / Media ketika zaman Empayar Achaemenid Parsi. Bangsa Madayu diiktiraf sebagai yang mengasaskan Empayar Iran pertama, yang terbesar sehinggalah Cyrus The Great menyatukan bangsa Madayu dan Parsi menjadi Empayar Achaemenid, dengan mengalahkan datuknya yang juga seorang Emperor, Astyages, Raja Media (Madayu).


Mari kita lihat kembali nama Bangsa ' Mada '( dalam sebutan Iran Kuno ) ketika pemerintahan Assyria. Kenapa kita hendak mengkaji bangsa Mada / Media/ Madyan ini?


' Now the sons of Keturah, Abraham's wife: she bare Zimran, and Jokshan, and Medan, and Midian, and Ishbak, and Shuah. And the sons of Jokshan; Sheba, and Dedan. ' (Genesis 1:32)


Bangsa Madayu adalah saudara kepada bangsa-bangsa dalam kelompok keturunan Keturah. Dalam bahasa Avestan( bahasa keagamaan kuno Parsi Purba ) kata ' yu ' adalah suffix yang merujuk kepada ' mind ' atau ' brain ' atau ' mentaliti '. Ia adalah ' instrumental suffix 
( sukukata yang ditambahkan dihujung perkataan ) yang jika dilihat secara keseluruhan merujuk kepada ' the mode of thinking ' atau identiti sesuatu berdasarkan pemikiran yang boleh juga sebagai menerangkan cara hidup, budaya atau peradaban. Jadi ' yu ' dalam slanga bahasa Avestan yang juga adalah ibu kepada sanskrit, adalah merujuk kepada ' bangsa ' atau 
' budaya. '


Jadi perkataan ' Madayu ' bermaksud ' Bangsa Mada. '
Ingin pergi lebih jauh? 
Menjejaki jejak sendiri lebih sukar rupanya dari menjejak bangsa orang lain.


Sekadar Renungan:
Siapa yang berhenti menjejak Melayu hingga ke Vietnam, maka hanya itulah asal keturunannya. 
Jika ada yang mendakwa Melayunya dari Yunnan, maka Yunnan lah Melayunya itu.
Siapa yang berkata Melayu itu pernah tinggal di Tibet, di kaki gunung Himalaya, dia telah sampai ke separuh perjalanan bangsanya.


Tidak mengapa. 
Jika semuanya betul pun masih tidak mengapa. 
Mengapa? 
KERANA MELAYU ADALAH BANGSA YANG Jejak telah hilang di sini.


Dimana kunci-kunci rahsia? 
Tiada kunci rahsia lagi. 
Tiada peti yang perlu dibuka.


Sambungan lanjut, sila kik di sini ke bab 3...


Wallahhu 'alam bissowab.



Leave a Reply

07sept2011. Dikuasakan oleh Blogger.

Rakan Taulan: