Bismillah...Allahumma solli 'ala muhammad wa'ala aali...

Facebook
RSS

0000026: Asal Usul Melayu ( bab.09 )

-
tf faqir







The purpose why I do not write in English is some of this issues here are based on verbalfacts. Furthermore some of facts are indeed very very sensitive matter to some of us. Forinstance, the bloodline of Imam Mahdi. Obviously Arab people will feel dishearten if I saythat they are not qualified to become Imam Mahdi since they are not from the bloodline ofancient Preachers.

Kalau mengikut semua kitab-kitab agama( baik Islam mahu pun Yahudi ), 

Imam Mahdi sudah pun lahir. Beliau hanya menunggu masa sahaja perlantikan daripada ALLAH SWT .

Kalau mengikut kitab Yahudi lama, 

Imam Mahdi mestilah muncul di sekitar 2010 sehingga 2013. Ini kerana negara Israel hanya dibenarkan oleh ALLAH SWT dalam lingkungan 40 tahun sahaja.

Tahun 2012 adalah tahun yang ke 40 bagi negara Israel. Iaitu Israel bermula daripada tahun 1973 hasil daripada Perjanjian Kem David di antara Israel dengan Liga Arab. 



Kalau mengikut kitab Islam pula, 
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, (mafhum) Akan terjadi 2 gerhana serentak pada 10 Ramadhan( iaitu sebuah planet besar akan menutupi ruang antara bumi dengan matahari sehingga mengakibatkan kedua-dua bumi dan bulan tertutup daripada pancaran matahari ) yang mana ianya tidak pernah berlaku sebelum ini dan tidakakan berlaku lagi selepas ini.

Ketika itu di Masjid Nabawi di Madinah, akan muncul satu suara yang akan melantik Imam Mahdi sebagai Khalifah Islam. 



Kalau mengikut ahli kaji bintang, 
Sebuah planet yang bernama Nibiru akan muncul pada tahun 2012, dan akan berada pada kedudukan sangat hampir dengan bumi sehingga ahli kaji bintang menganggap ianya mungkin akan berlanggar dengan bumi.

Jawapan bagi soalan '' Siapa gerangan yang akan menjadi Imam Mahdi '', 

Sukar hendak saya jawab secara spesifik. Ini kerana saya belum berjumpa dengan individu tersebut. 


Namun secara amnya, namanya ialah sama ada Wan Muhammad bin Wan Abdullah atau Nik Muhammad bin Nik Abdullah atau Long Muhammad bin Long Abdullah atau pun Pengiran Muhammad bin Pengiran Abdullah.

Beliau mungkin mempunyai pertalian dengan negeri Kelantan( namun tidak semestinya menetap di negeri Kelantan ). Beliau mestilah fasih dalam 4 bahasa, iaitu Arab, Melayu, Inggeris dan Urdu . Ini berpandu kepada hadis mengenai Bani Ishak yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. sebagai tentera Imam Mahdi.


Jadi ada kemungkinan, beliau belajar Tahfiz dan Alim di Pakistan dan beliau merupakan orang Melayu. Tentang bahasa Inggeris pula, saya ambil dari cerita tentang peperangan antara tentera Imam Mahdi dengan orang puteh, yang mana Imam Mahdi akan berdialog dengan tentera orang puteh. Jadi mungkin beliau pernah berada di luar negara seketika iaitu tempat di mana pertututurannya adalah bahasa Inggeris. 



Beliau juga mestilah berpakaian seperti orang-orang Pakistan utara, iaitu menyerupai pakaian Patan / Pashtun.

Kegemaran beliau mestilah sama dengan puak Patan / Pashtun iaitu meminum teh pekat panas dan memakai selendang berbulu. 



Sifat beliau mestilah sama dengan sifat Saidina Ali r.a;
Iaitu pertama pantang melihat Agama Islam dihina, 
kedua suka berperang , 
ketiga pendiam( atau tidak fasih bertutur ) dan 
keempat suka melayan tetamu. (Pandangan saya sahaja).

Kalau ramai orang-orang saleh pernah bermimpi Nabi s.a.w, begitu juga dengan Imam Mahdi. Malah beliau lebih kerap bermimpi Nabi s.a.w, lebih daripada orang-orang saleh yang lain. Bukan itu sahaja, beliau juga mestilah pernah bermimpi Saidina Ali r.a. dan juga Fatimah r.a. 



Fatimah r.a seharusnya memanggilnya sebagai anak atau cucu. Manakala Saidina Ali r.a. pula harus mengajarkannya satu amalan khusus yang pernah Nabis.a.w. ajarkan kepada Saidina Ali r.a, Iaitu amalan yang menyebabkan Saidina Ali r.a. boleh mendengar bumi bercakap.

Jadi Imam Mahdi mestilah seorang yang mampu mendengar percakapan bumi. 

Contohnya, sekiranya akan berlaku kejadian tsunami, Imam Mahdi sudah tentu dapat mengesannya terlebih dahulu, sama seperti hidupan-hidupan di laut.

Namun ALLAH sahaja Yang Lebih Mengetahui tentang siapa sebenarnya Imam Mahdi. 



Saya hendak komen sedikit tentang salah faham Umat Islam mengenai asal-usul Imam Mahdi. Terdapat kecenderungan Umat Islam untuk mengaitkan Imam Mahdi dengan bangsa Arab.
Walaupun Imam Mahdi berketurunan Nabi Muhammad s.a.w, namun pada pendapat saya beliau bukannya berbangsa Arab. Sesetengah Ulama cepat untuk membuat conclusion mengenai bangsa Imam Mahdi. Ini kerana ramai Ulama terkeliru tentang tempat kelahiran Imam Mahdi di Madinah sebagai bangsa Arab. Walaupun Imam Mahdi lahir di Madinah, bukan bermakna beliau juga merupakan seorang berbangsa Arab. 



Paling hampir, hadis mensabdakan bahawa( mafhum ) wajah Imam Mahdi seakan-akan wajah Arab dan badan Imam Mahdi seakan-akan badan Bani Israel. Berapa ramai orang Melayu yang berwajah Arab, contohnya Syed Hamid Albar. Wallahualam bissawab...

Imam Mahdi sepatutnya merupakan pengikut kepada keluarga Bani Tamim. Siapa Bani Tamim??? Bani Tamim merupakan keluarga yang terdiri daripada para wali dan Ulama tersohor di seluruh dunia, dan mempunyai salasilah daripada keturunan Saidina Abu Bakar r.a.


Mereka berpusat di sebelah Timur. Pengikut Bani Tamim terdiri daripada ramai Umat Islam dari serata dunia. Sekiranya mereka ingin membuat satu-satu perhimpunan, maka ramai Umat Islam dari serata dunia yang akan hadir, yang mana jumlahnya boleh mencecah jutaan orang. Bukan itu sahaja, Umat Islam dari negara-negara yang tidak popular seperti
Guatemala dan Gabon juga akan hadir. 



Seperkara lagi, kalau berpandukan kepada cara penyampaian hadis, Bani Tamim mungkin mempunyai Khalifah yang telah meninggal dunia sebelum itu. Sebab itulah perlantikan Imam Mahdi oleh Bani Tamim di Mekah / Madinah disambut oleh ramai Umat Islam di serata dunia.

Mustahil perlantikan Imam Mahdi disebarkan oleh kerajaan-kerajaan Islam yang ada sekarang. Kerana kerajaan Umat Islam sekarang berada dalam keadaan sangat lemah dan mempunyai pemimpin-pemimpin yang pelbagai. 



Jadi pada hemat saya, Bani Tamim mempunyai Khalifah Islam yang telah meninggal dunia sebelum kemunculan Imam Mahdi. Jadi persoalan sekarang, kenapa kumanddie mengandaikan bahawa Imam Mahdi merupakan orang Melayu???

Ketika perlantikan Imam Mahdi oleh seorang Pemuda Bani Tamim di hadapan Kaabah, kemudian melalui satu suara dalam Masjid Nabawi; dalam waktu yang singkat sahaja pengikut-pengikut Pemuda Bani Tamim dari kalangan Bani Ishak( iaitu Bani Israel Islam dan anak-anak Keturah ) terus menawarkan diri untuk bersama-sama Imam Mahdi untuk berperang Sabil.


Sedangkan pengikut Pemuda Bani Tamim ini terdiri daripada seluruh Umat Islam di serata dunia. Jadi maksudnya, Imam Mahdi rapat dengan beberapa negara sahaja, seperti Pakistan, Afghanistan, Malaysia, Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia. Sebabitulah, kumanddie berani membuat hipotesis bahawa Imam Mahdi boleh bertutur dalam kedua-dua bahasa Melayu dan Urdu dengan fasih( selain bahasa Arab ).


Selain daripada itu, kalau berpandukan kepada hadis mengenai peperangan antara Umat Islam dengan Romawi, terdapat dialog antara Imam Mahdi dengan Jeneral Romawi. Maksudnya Imam Mahdi juga fasih berbahasa Inggeris.


Seperkara lagi, saya ingin menegaskan, tentera Imam Mahdi bukan di kalangan orang-orang Arab. Sekiranya Imam Mahdi adalah orang Arab, maka ramai daripada Umat Islam dari Tanah Arab akan bertempur di Palestin bersama Imam Mahdi. Jadi kalau melihat kepada senario semasa, jarang orang-orang Urdu datang ke Alam Melayu untuk belajar Agama Islam. Sedangkan ramai orang-orang Melayu yang pergi menuntut di Alam Urdu untuk mempelajari Agama Islam.


Jadi maksdunya, Imam Mahdi mungkin merupakan orang Melayu yang pernah menuntut Tahfiz dan 'Alim di Pakistan. Beliau juga merupakan pengikut BaniTamim. Dan Bani Tamim mestilah berpusat di sebelah Timur. Jadi kalau berpandukan kepada hadis bahawa, Pemuda Bani Tamim meminta kebaikan tetapi tidak diberikan. Kemudian mereka berusaha dan berjaya.


Kumanddie mengandaikan bahawa ini merupakan percubaan Pemuda Bani Tamim untuk memindahkan pusat Bani Tamim dari sebelah Timur ke Mekah atau Madinah. Bendera hitam yang diberikan oleh Pemuda Bani Tamim kepada Imam Mahdi merupakan peninggalan Rasulullah s.a.w. Jadi ada kemungkinan, Pemuda Bani Tamim pernah bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar r.a. Dan Pemuda BaniTamim mungkin ada diberi penerangan tentang lokasi bendera hitam tersebut oleh Rasulullah s.a.w.(47)


Conclusion:
Imam Mahdi merupakan orang Melayu. Namun Pemuda Bani Tamim bukan orang Melayu. Ini kerana tidak ada jumlah Umat Islam yang sangat ramai dari serata dunia yang datang ke Alam Melayu. Dalil mengatakan bahawa Imam Mahdi merupakan keturunan dari Saidina Hassan r.a. 
http://www.youtube.com/watch?gl=CA&hl=…feature=related

Sambungan lanjut, sila kik di sini untuk ke bab 10.


Wallahhu 'alam bissowab.






Leave a Reply

07sept2011. Dikuasakan oleh Blogger.

Rakan Taulan: