Bismillah...Allahumma solli 'ala muhammad wa'ala aali...

Facebook
RSS

0000003: Saka

-
tf faqir

Saka merujuk kepada warisan (kata umbi bagi puSAKA ). Ia merujuk kepada warisan, lebih kepada warisan ibu dari warisan bapa (dikenali sebagai baka). Ia merangkumi kepada semua benda yang diwarisi termasuk harta pusaka, tanah pusaka dan sebagainya.

Ilustrasi: Saka Penjaga sedang mengawal tuannya.

Saka turut merujuk kepada sejenis makhluk halus dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan memeliharakan diri.

Saka ini dikatakan terdapat dalam pelbagai bentuk dan rupa. Saka ini biasanya diwarisi turun-temurun oleh waris walaupun tanpa pengetahuan mereka. Saka ini biasanya perlu dijaga dengan dijamu acak (telur, ayam panggang, pulut kuning) sesuai menurut persetujuan tuan asalnya. Biasanya pemilik saka akan memanggil saka mereka dengan pelbagai panggilan termasuk akuan, datuk, sahabat, pendamping dan lain-lain panggilan. Amalan Saka adalah
tergolong daripada Ilmu Bathil yang syirik.

Saka ini perlu diwariskan kepada orang lain sebelum tuannya mati. Sekiranya tidak, pemilik saka sukar mati atau sakanya membuat onar dengan mengganggu anak-anaknya, menantu-menantunya, cucu-cucunya, cicit-cicitnya dan keseluruhan keturunannya ( sama ada melalui hubungan pertalian darah atau disebabkan hubungan pertalian perkahwinan ) sehingga sampai bila-bila dan juga jiran-jiran pemilik lamanya.

Pada kebiasaannya saka ini diwarisi dikalangan keluarga pemilik asal tetapi terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa saka ini boleh diwariskan kepada kepada sesiapa saja dan cara mewariskan saka pula terdiri sama ada menerusi perbuatan seperti bersalaman atau menerusi lafaz seperti: “engkaulah sahabat aku dunia dan akhirat.”



Tujuan Saka:
Ilmu saka ini biasanya dituntut sebagai cara memelihara diri atau harta benda daripada musuh. Terdapat pelbagai jenis saka, bergantung kepada tujuan dan matlamat pemilik asal dan jenis jin/syaitan yang dirapati. Selain itu, ia juga boleh digunakan bagi menginyanya musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.



Kegunaan Saka:
Saka ini boleh digunakan bagi membantu pemiliknya dalam kerja seharian, seperti bertani, memburu dll. Sebagai contoh saka telinga, membolehkan tuannya mendengar pergerakan haiwan semasa memburu.



Jenis-Jenis Saka:
Saka merujuk kepada semua jenis jin/syaitan yang didampingi oleh seseorang dan ini termasuklah:-

A. Bajang:
Bajang atau Hantu Bajang merujuk kepada sejenis makhluk halus dari golongan jin/syaitan, dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Bajang merupakan makhluk syaitan yang dipuja daripada mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan setan jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing pole cat. Bajang seringkali menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya.

Bajang akan dikawal oleh pemiliknya dan akan disimpan di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan apabila pemiliknya hendak mengenakan musuhnya.

Bajang yang dipelihara itu akan diberi makan telur dan juga susu. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Bajang yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.

Bajang biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

B. Toyol.
C. Polong.
D. Pelesit.
E. Hantu Raya.
F. Saka Haiwan.
G. Pontianak.
H. Langsuir.
I. Penanggal.
J. Pocong.



Kelemahan Saka:
Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat(ilmu bathil) ini adalah satu perbuatan syirik dalam agama Islam.



Saka ini akan berpindah kepada waris setelah kematian tuan asal dan saka yang tidak dipelihara dengan dijamu akan merasuk tuan barunya. Ini menimbulkan masaalah kerana tuan baru biasanya tidak mengetahui kehadiran dan kehendak saka tersebut. Semakin lama saka itu diwarisi, semakin sukar untuk membuang saka tersebut.



Saka yang tidak diwarisi waris, biasanya akan berkeliaran dan akan mengamuk dan menganggu orang sekeliling. Kebiasaannya, sekiranya waris itu seorang yang kuat semangatnya, saka itu akan berpindah kepada anak kecil atau yang lemah semangat si waris tersebut.



Penghapusan Saka:
Saka biasanya sukar dihapuskan. Dengan itu saka biasanya dipujuk agar berjamu dalam satu bekas yang dikenali sebagai acak dan hanyutkan melalui sungai ke laut, atau kadang-kala saka ini diikat kepada sesuatu objek yang dianggap kekal bagi menghalang saka berkeliaran mengganggu orang ramai(cara sementara dan akan kembali lagi pada pewarisnya). Adapun cara yang betul dan saka tidak akan kembali lagi pada pewarisnya adalah dengan pulangkannya kepada tempatnya.




*Mengikut pemerhatian saya, di kalangan apa saja bangsa di dunia ini,
 khasnya bangsa melayu amat susah sekali untuk mempercayai seseorang itu 
 bebas daripada saka melainkan ditunjukki oleh Yang Maha Kuasa akan jalan
 untuk membebaskan diri kita daripada saka tersebut. Sila Klik Di Sini.




Wallahhu 'alam bissowab.


Leave a Reply

07sept2011. Dikuasakan oleh Blogger.

Rakan Taulan: