KunciRahsiaNya

Bismillah...Allahumma solli 'ala muhammad wa'ala aali...

Facebook
RSS

0000034: Nama-Nama Bulan Mengikut Tahun Masehi


Pesanan: Penggunaan nama-nama bulan masehi dan nama-nama hari 
dalam seminggu pada kalendar masehi, boleh menjerumuskan 
seseorang muslim kepada syirik tanpa disedari.








Kita secara kebiasaannya menggunakan nama bulan-bulan mengikut tahun masehi.Tapi tahukah kita bahawasanya nama bulan yang kita gunakan seperti Januari, Februari dan sebagainya itu mempunyai maksud yang tersirat tanpa diketahui, boleh menjadi syirik. 

Kelicikan masyarakat Yahudi Kuno yang dipimpin Dajjal laknatullah yang hidup lama itu berjaya mempengaruhi seluruh kehidupan masyarakat dunia dengan dakyah-dakyah sesatnya. Masyarakat dunia khususnya orang Islam dibentuk secara halus untuk memuja tuhan-tuhan berhala Yahudi dan Nasrani.

Kita tidak menyedari bahawa kita hari ini khususnya anak-anak kita seawal berumur 3, 4 tahun lagi sudah mempelajari nama-nama dewa berhala di sekolah. Pengaruh ini tidak disedari oleh masyarakat dunia. Bahasa Inggeris yang kita agung-agungkan adalah bahasa yang cukup simbolik untuk menyemai unsur-unsur berhala. Kerja-kerja Dajjal amat berhasil apabila berjaya menjadikan Bahasa Inggeris bahasa pengatar utama dunia melalui dua konsep iaitu  '' Penjajahan '' dan '' Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. ''




Di Sebalik Nama-Nama Bulan Masehi Serta Pengertiannya.
JANUARI:
Berasal dari nama tuhan orang Romawi yang berwajah dua, bernama ‘Janus’. Sebelah mukanya melihat ke belakang dan sebelah lagi ke depan.

FEBRUARI:
Berasal dari bahasa Latin iaitu ' Februo ' yang bererti ' kesucian ' merujuk kepada 
Dewa Penyucian. Biasanya dalam bulan ini, bangsa Romawi mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa dalam suatu majlis untuk menghilangkan dosa.

MACH:
Berasal dari nama berhala, tuhan perang Romawi bernama ' Mars '.

APRIL:
Berasal dari bahasa latin ' Aperto ' ertinya terbuka atau berkembang. Pada bulan ini biasanya bunga-bunga berkembang mekar. Orang  Saxon menyebut bulan ini ' Easter ' sebagai penghormatan kepada tuhan musim panas.

MEI:
Berasal dari kata-kata ' Maia ' nama puteri dari dewa bangsa Romawi bernama Atlas.

JUN:
Berasal dari perkataan ' Juno ', nama tuhan bangsa Romawi.

JULAI:
Berasal dari bahasa latin yang bererti lima kerana ia adalah bulan kelima dalam kalendar 

' Romulus '. Namanya diambil sempena Julius Caesar yg kemudiannya diubah menjadi bulan ketujuh.

OGOS:
Berasal dari nama lama ' Sextiles '( bulan keenam ). Pada masa Kaiser Augustus beliau menggantikannya kepada bulan Augustus dan menjadi bulan yang ke-lapan.

SEPTEMBER:
Berasal dari bahasa latin ' septem ' ertinya tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan yang ketujuh tetapi telah diubah menjadi bulan yang kesembilan.

OKTOBER:
Berasal dari bahasa latin ' Octo ' yang bererti lapan tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kesepuluh.

NOVEMBER:
Berasal dari bahasa latin ' Novem ' yang bererti sembilan tetapi kemudiannya ditukar menjadi bulan yang kesebelas.

DISEMBER:
Berasal dari bahasa latin ' Decem ' yang bererti sepuluh tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.


Nama-Nama Asal Hari Masehi:
SUNDAY: 
Berasal dari ' Sun's Day ' yang bererti matahari.

MONDAY: 
Berasal dari ' moon's Day ' yang bererti hari bulan.

TUESDAY: 
Berasal dari ' Day of Tyr ' sempena nama dewa perang ' Tyr '.

WEDNESDAY: 
Berasal dari perkataan ' Woden ' nama dewa suci.

THURSDAY: 
Berasal dari ' Day of Thor ' sempena nama tuhan halilintar  ' Thor '.

FRIDAY: 
Berasal dari ' Day of Freya ' sempena dewa perkahwinan.

SATURDAY: 
Berasal dari perkataan ' Saturnus ' ertinya bintang saturnus.



Wallahhu 'alam bissowab.

[ Read More ]

0000033: Nama-Nama Hari Dalam Seminggu Menurut Islam




Hari Ahad
1. Allah SWT menjadikan neraka.
2. Allah SWT mencipta bumi yang tujuh lapis.
3. Allah SWT mencipta langit yang tujuh lapis.
4. Allah SWT menjadikan 7 anggota adam.
5. Allah SWT menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6. Allah SWT menjadikan bintang-bintang yang beredar.
7. Allah SWT menjadikan lautan yang tujuh.


Hari Isnin
1. Naiknya nabi Idris a.s ke langit.
2. Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina.
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan.
4. Malaikat Jibril turun kepada rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia nabi Muhamad s.a.w.
7. Bukti keesaan Alah diturunkan, '' Qul huwallahu ahad ''.


Hari Selasa
1. Wafatnya jurjis.
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
3. Nabi zakaria a.s wafat pada hari ini juga.
4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa a.s
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ini.
6. Habil terbunuh hari selasa.


Hari Rabu
1. Allah SWT meneggelamkan Qarun ke dalam 
    perut bumi, bersama keluarga dan harta kekayaanya.
2. Allah SWT menghancurkan Firaun beserta semua pengikut-pengikutnya ( di laut merah ).
3. Allah SWT menghancurkan Raja Namruz bin Kan'an dengan memasukkan serangga 
    ke dalam telinganya.
4. Allah SWT menghancurkan kaum nabi Saleh a.s
5. Allah SWT menghancurkan kaum nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat.


Hari Khamis
1. Nabi Ibrahim a.s bertemu dengan Raja mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof a.s berjumpa dengan Nabi Yusof a.s, setelah mereka 
    membuang dan mengasingkannya.
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof a.s datang ke mesir dan berjumpa 
    dengan nabi yusof a.s
4. Nabi Yaakub a.s datang ke negeri Mesir untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari khamis untuk mengajak firaun 
    menyembah kepada Allah SWT.
6. Rasululllah s.a.w memasuki kota mekah selepas perjanjian hudaibiyah.


Hari Jumaat
1. Pernikahan antara Adam a.s dan hawa.
2. Pernikahan antara yusof a.s dan Zulaikha.
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi syuaib a.s.
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan khadijah khuwailid.
5. Pernikahan antara nabi sulaiman a.s dengan Ratu balqis dari negeri Saba'.
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar r.a.
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib k.w dengan Fatimah az-zahra.


Hari Sabtu ( hari yang pernah disebut oleh Rasulullah s.a.w sebagai hari tipu daya )
1. Kaum Nabi Nuh a.s membangkang kepada Nabinya.
2. Kaum Nabi Saleh a.s mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang 
    diamanahkan kepada mereka.
3. Saudara-saudara Nabi yusof a.s mengkhianati nabi Yusof dengan mencampakkannya 
    ke dalam perigi di padang pasir.
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa a.s
5. Orang-orang yahudi mengkhianati dan mengejar nabi Isa a.s untuk membunuhnya,
    lalu Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
6. Orang-orang Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhammad s.a w di Darun Nadwah.
7. Kaum yahudi melanggar perintah Allah dengan menangkap ikan walaupun hari itu 
    di larang mereka berbuat demikian.


Antara hari-hari yang tujuh tersebut, hari Jumaatlah yang paling mulia dan digelar penghulu bagi segala hari, banyak fadhilat yang boleh kita perolehi pada hari Jumaat. Begitulah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada sekian-sekian hari hanya dengan mengimbas kembali lipatan sirah nabawiyah, barulah kita dapat gambaran sepenuhnya.


Wallahhu 'alam bissowab.

[ Read More ]

0000032: Takwim Hijriah




Takwim Hijriah
Takwim atau Kalendar yang dibangsakan kepada Hijrah atau Takwim Islam merupakan takwim yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Ia merupakan sejenis kalendar berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari dalam setahun.

Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab radhiyallahu 'anhu.

Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat / arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau ( Saidina Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.

Di kalangan bangsa Arab sendiri pun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasulullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam.

Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasulullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.


Pengharaman Mengubah Bilangan Bulan
Pada tahun ke-sembilan Hijrah, Allah berfirman akan pengharaman mengubah pengharaman bulan seperti tertera dalam al-Quran dalam Surah At-Taubah 
9, ayat 36:


A036

Terjemahannya:
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.

The number of months in the sight of Allah is twelve (in a year)- so ordained by Him the day He created the heavens and the earth; of them four are sacred: that is the straight usage. So wrong not yourselves therein, and fight the Pagans all together as they fight you all together. But know that Allah is with those who restrain themselves. 


Al-Quran dalam Surah At-Taubah 9, ayat 37:

A037


Terjemahannya:
Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan itu dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambah kekufuran yang menjadikan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangan (bulan-bulan yang empat) yang telah diharamkan Allah (berperang di dalamnya); dengan itu mereka menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah. Perbuatan buruk mereka itu dihias dan dijadikan indah (oleh Syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka. Dan (ingatlah) Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang kafir. 

Verily the transposing (of a prohibited month) is an addition to Unbelief: the Unbelievers are led to wrong thereby: for they make it lawful one year, and forbidden another year, in order to adjust the number of months forbidden by Allah and make such forbidden ones lawful. The evil of their course seems pleasing to them. But Allah guideth not those who reject Faith. 


Pengharaman ini turut diulang baginda Nabi Muhammad s.a.w. dalam khutbah terakhir baginda di Arafah iaitu ketika berlangsungnya Haji Wada’ pada 9 Zulhijjah 10H di Makkah (perenggan ini sering dibuang daripada khutbah oleh penyunting moden kerana dianggap tidak penting):


Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambahkan kekufuran yang menyebabkan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada satu tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangannya. Mereka merendahkan-rendahkan apa yang diharamkan oleh Allah. Oleh sebab itulah mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya masa telah beredar seperti keadaan hari, kejadian langit dan bumi, setahun adalah dua belas bulan. Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah s.w.t. adalah sebanyak dua belas bulan. Dari bulan-bulan tersebut ada empat bulan haram, tiga daripadanya berturut-turut iaitu: Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, seterusnya bulan Rejab yang berada di antara bulan Jamadilakhir dan Syaaban.

Terdapat tiga bulan suci (atau bulan haram) berturut-turut yang dinyatakan oleh baginda iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram lantas mengelakkan pertambahan sebarang bulan sebelum Muharram. Bulan suci yang tunggal lain ialah Rejab. Bulan-bulan ini dianggap suci dalam kalendar Islam baru dan juga kalendar ketika zaman jahiliyah Makkah yang dari itu ia diterbitkan dengan membuang bulan-bulan yang tidak perlu atau ditambah-tambah pada penghujung 10 H. Turutan bulan yang ditambah-tambah, sebelum dibuang, tidaklah diketahui.



Nama Bulan-Bulan Islam
Berikut adalah nama bulan Islam dan asal-usulnya ( yang kebanyakannya muncul sebelum Islam lagi ). Kebanyakan nama tersebut timbul sempena cuaca ketika suatu peristiwa besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar tersebut. Walau bagaimanapun, oleh kerana semuanya adalah nama bulan dan bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun, maka, musim atau peristiwa asal tidak begitu mempengaruhi nama sesetengahnya kini.








01. Muharam al-Haram ( dipendekkan kepada Muharram – محرّم )
     Bulan ini mengambil perkataan " Haram " yang bermaksud terlarang. Ini 
     disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada 
     bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi 
     satu antara empat bulan haram dalam Islam.


02. Safar ( ﺻﻔﺮ )
     Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna 
     pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga 
     menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.


03. Rabiulawal ( ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﻭﻝ )
     Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.


04. Rabiulakhir ( ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﺧﻴﺮ/'ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ )
     Bulan kedua musim bunga.


05. Jamadilawal ( ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﻭﻝ )
      Bulan pertama musim panas. " Jumada " bermaksud kering.


06. Jamadilakhir ( ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤاﺪ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ )
      Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, 
      yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.


07. Rejab ( ﺭﺟﺐ )
     Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah 
     satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. 
     Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan 
     berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.


08. Syaaban ( ﺷﻌﺒاﻦ )
     Bulan ini terbit dari perkataan " syu'ba ", bermaksud berpecah / menyimpang. 
     Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.


09. Ramadan ( ﺭﻣﻀاﻦ )
     Diambil daripada perkataan " ramda ", yang bermaksud batu panas. 
     Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.


10. Syawal ( ﺷﻮﺍﻝ )
     Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. 
     Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.


11. ZulQaedah ( ﺫﻭ ﺍﻟﻘﻌﺪة )
     Diambil daripada perkataan " qa'ada " bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci 
     ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga 
     mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk 
     menunaikan Haji.


12. Zulhijjah ( ﺫﻭ ﺍﻟﺤﺠة )
      Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan 
      sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. 
      Perkataan tersebut juga mengambil perkataan " haji " sebagai rujukan nama bagi 
      bulan haji ini.


Wallahhu 'alam bissowab.


[ Read More ]

0000031: Do'a Selepas Wudhu'



" Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik kemudian dia berkata, Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin. 
Terjemahannya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah esa( Tuhan ) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya. Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri ), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka. ''  [ HR Al-Tarmizi( 50 ); Sahih Al-Tarmizi( 55 ) dan Al-Nasai( 148 ) ]
                                           


                                Do'a Selepas Wudhu'




Terjemahannya:
Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang esa tiada yang menyekutuinya. Dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu hamba dan pesuruhnya. Ya Allah, jadikanlah aku dari hambaMu yang soleh. Maha Suci Allah dengan sifat kepujianMu. Aku menyaksikan tiada Tuhan melainkan Engkau. Ku mohon ampun dan taubat padaMu. Dan Allah rahmati serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.
[ HR Al-Tarmizi( 50 ); Sahih Al-Tarmizi( 55 ) dan Al-Nasai( 148 ) ]

Wallahhu 'alam bissowab.

[ Read More ]

0000030: Memotong Kuku Secara Sunnah SAW



Berkata Saidatina Aisyah r.ha; 
Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.
( HR Muslim ).



Ikuti Cara-Cara di bawah ini memotong kuku secara Sunnah Rasulullah SAW:


Dari Anas bin Malik r.a; 
Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
( HR Muslim ).


Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud; 
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya. ( HR Ahmad) .


Berkata Abu Hurairah r.a; 
Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
( HR AlBazzar dan AlTabrani ).


Berkata Imam Shafie rahimullah; 
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.



Wallahhu 'alam bissowab.
[ Read More ]

0000029: Konspirasi Penyembah Iblis


Mereka beraksi dengan lambang Penyembah Iblis melalui tangan kanan dan kiri.


Anda buatlah keputusan sendiri selepas melihat video ini ( Bahagian 1 ):
                                                               



Anda buatlah keputusan sendiri selepas melihat video ini ( Bahagian 2 ):





Apakah Illuminati?
Illuminati (dari perkataan 'illuminate' bermaksud menerangi) adalah sebuah pertubuhan sulit terhasil dari gabungan pertubuhan kaum pagan khasnya Kabbalah-Yahudi dan kaum Kristian yang murtad dari agama mereka. 

Illuminati pada asalnya adalah berasaskan pengetahuan rahsia yang kononnya dicapai oleh kaum pagan sejak turun-temurun yang lebih kepada dunia sihir, ramalan astrologi dan mistik sesat. Pengetahuan ini akhirnya diminati pula oleh kaum Kristian yang mula tidak percaya dengan agama mereka akibat kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalamnya, termasuk kecelaruan konsep Triniti dan kesahihan Bible yang bercampur-aduk dengan tulisan paderi.

Menurut sejarah moden Illuminati, pertubuhan ini telah ditubuhkan oleh Adam Weishupt ( mati pada tahun 1830M ) pada tahun 1776M. Dia yang merupakan salah seorang anggota Freemasonry telah keluar dari Kristian dan menubuhkan pertubuhan ini. Sebelum itu, dia telah dikunjungi oleh tokoh-tokoh Yahudi Jerman untuk menarik dirinya ke dalam sarang Freemason dan mistik Kabbalah. Dia yang juga adalah seorang profesor Teologi di Universiti Ingolstadt, Jerman telah menganut fahaman Ateisme.

Perkataan Illuminati dinisbatkan kepada salah satu daripada kumpulan mazhab Yahudi iaitu kumpulan Illuminati yang dianggotai golongan cerdik-pandai Yahudi. 

Dalam bahasa Arab pula, perkataan Illuminati bermaksud al-Nuraniyyin. Ini berasal dari salah satu nama Iblis yang dinisbatkan kepada ' bintang pagi ' yang bercahaya terang atau dengan nama panggilannya ialah Lucifer. Oleh itu, perkataan ini diambil dari maksud Lucifer itu sendiri iaitu ' Pemegang Cahaya '. Pertubuhan ini dibiayai oleh Rothschid yang merupakan gedung kewangan Yahudi.

Adam Weishupt percaya bahawa dunia ini patut berubah mengikut kehendak Iblis dan dia juga percaya keamanan dan kestabilan berserta hidup gembira adalah mengikut sistem Iblis. Untuk mencapai matlamat ini, dia telah membuat helah dengan mengatakan dunia ini patut dipimpin oleh orang-orang yang berwibawa sahaja dan dia telah berjaya menarik lebih kurang dua ribu orang untuk menjadi pelaksana kepada agenda yang telah dirancang olehnya dengan mendapat sokongan anggota Freemasonry peringkat tertinggi. Pengikut-pengikut ini memang mempunyai kemahiran tinggi dalam semua aspek kehidupan dunia, telah membina markas-markas sulit di seluruh dunia yang diberi nama sebagai ' Lodges of The Grand Orient ' untuk melaksanakan agenda Dajal Laknatullah yang merekrutnya.

Tujuan asas Illuminati ialah menguasai dunia dan isinya. Dengan itu mereka dapat melaksanakan apa jua kehendak mereka sendiri. Namun begitu mereka bukanlah yang sebenar-benarnya memegang kuasa di Illuminati ini. Terdapat ' The Hidden Hand ' yang memantau mereka. Dia adalah Dajal Laknatullah Almasih, berwatak syaitan yang dilengahkan ajalnya.



Apakah Freemason?
Freemasonry ( dalam bahasa Inggeris ) adalah sebuah organisasi persaudaraan antarabangsa. Freemasonry pada zaman moden bermula dengan berdirinya Grand Lodge di London, Inggris pada tahun 1717. Sebagian peneliti Barat berkeyakinan bahwa Freemasonry sebenarnya sudah didirikan di Scotland pada abad ke-14, ketika Ksatria Templar dihapuskan oleh Raja Perancis Philipe le Bel dan Paus Clement V.

Di Scotland, Knight Templar ini menyusup ke dalam organisasi-organisasi buruh binaan 
( Mason ) dan menguasai kelab-kelab pekerjanya ( lodge ). Mereka kemudian menggelarkan diri mereka sebagai Freemasonry, sebuah istilah yang sebenarnya nama lain dari perkumpulan Kabbalah Yahudi-Talmud.

Dari Eropah, Freemasonry yang terbahagi dalam dua kelompok besar ( Scotland Rites dan York Rites ) menyebar ke seluruh dunia termasuk Malaysia.

Freemason adalah campuran ritual mistik ajaran sesat Kabbalah dan gerakan politik. Tetapi sejak tumbuhnya banyak pertubuhan politik dan ekonomi Dajal ( Bilderberg Group contohnya ) yang lain, maka Freemason banyak menumpukan kepada kebajikan sosial dan konsep persamaan dan persaudaraan manusia.

Freemason jika ditelusuri adalah berasal dari ajaran sesat Kabbalah, iaitu ajaran sesat Yahudi yang diwarisi dari era Firaun Mesir dan era Babilon Kuno. Sihir adalah intipati ajaran Kabbalah dan ini membawa kepada penyembahan Syaitan dan Iblis untuk memohon tercapainya sihir-sihir yang dilakukan. Kabbalah sebenarnya yang mengajar bahawa setiap nombor mempunyai kuasa sihir ( magic ) juga dari sini, timbul beraneka ragam simbol, rajah dan sigil yang dipercayai dapat memanggil kuasa sihir.

Freemason mempunyai peringkat-peringkat penyertaan ( level ). Peringkat terendah akan diajar konsep persamaan dan persaudaraaan manusia. Agama tidak disentuh. Tetapi setiap kali menaiki peringkat, ahli akan dimasukkan sedikit demi sedikit doktrin Satanism dan mistik Kabbalah. Akhirnya pada peringkat tertinggi ( contohnya 33rd degree ) seseorang itu akan menyembah Iblis sepenuhnya dan tunduk kepada perintah-perintah Dajal Laknatullah.




Wallahhu 'alam bissowab.



[ Read More ]

0000028: Asal Usul Melayu ( bab.11 - terakhir )







'' Suatu pasukan dari umatku akan datang dari arah negeri Syam, menuju ke Baitullah 
( Kaabah ) untuk mengejar seorang lelaki yang akan dijaga oleh Allah daripada mereka. ''
Diriwayatkan oleh Ahmad dari Ummu Salamah r.ha.






                                              Peristiwa '911' di New York.


Ketika peristiwa bangunan runtuh di New York. Kejadian tersebut telah dirancang dengan lebih awal dan diberi nama 911. Cuba saudara-saudari tulis di kertas dengan huruf '' 911 ''. Kemudian sila gariskan satu garisan di bawah huruf 911( secara bersambung dengan huruf ). Kemudian tambah satu huruf '' 1 '' di belakang huruf '' 911 ''( 9111 ). Ianya menjadi huruf ALLAH.


Ini menunjukkan walaupun sang musuh-musuh ALLAH SWT mengaturkan rancangan demi rancangan. ALLAH SWT juga mengatur rancangan. Dan ALLAH jualah Sebaik-baik Perancang. 


Cuba anda semua fikirkan selepas kejadian 911. Terdapat 1.5 juta warga USA yang memeluk
Agama Islam secara besar-besaran. Sekarang terdapat 5 juta orang Islam Muallaf di USA. Ini termasuk Orang Puteh( Gentile ), Yahudi, Latino dan Kulit Hitam. Walaupun musuh-musuh ALLAH SWT cuba memadamkan Cahaya ALLAH SWT. Tetapi ALLAH SWT adalah Sebaik-baik Perencana.


Kemasukan beramai-ramai ke Agama Islam di Barat adalah garisan di sebelah bawah huruf 911. Dan akhir sekali ALLAH akan tambahkan satu huruf Alif dibelakang huruf 911 untuk melengkapkan rancangan ALLAH dengan mengishtiharkan Imam Mahdi. Jadi lengkaplah rancangan ALLAH dengan terlengkapnya huruf ALLAH hasil dari terjadinya huruf 911 melalui
rancangan jahat si Yahudi keparat.


Imam Mahdi bukanlah Ulama’ yang tersohor sebelum beliau dillantik menjadi Khalifah. Ulama' tersohor adalah Pemuda Bani Tamim. 


Imam Mahdi sendiri adalah pengikut kepada Pemuda Bani Tamim, yakni sebelum beliau dilantik menjadi Khalifah. Ketika peperangan dunia ketiga meletus nanti, beberapa kerat Umat Islam yang sudah mengenali Imam Mahdi akan mengelilingi rumah Imam Mahdi dan memaksa Imam Mahdi pergi ke Mekah. Wallahu alam bissawab.......


Bagi pendapat saya, tentera Amerika akan menakluki Turki. Di sisi Nabi s.a.w, Rom adalah bangsa Romawi atau Gentile( dalam kitab Yahudi ) atau Orang Puteh( dalam kitab Melayu ) atau Mat Salleh( bahasa pasar Malaysia ). Sungai Furat di Turki akan naik kerana empangan hidro di negara Turki akan dipecahkan oleh tentera Amerika. Kemudian sungai Furat akan kering dan akan timbul emas-emas berkilau-kilauan. Orang-orang Turki akan berbunuh- bunuhan untuk merebut emas tersebut.


Gereja timur Rom yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. yang menyimpan tongkat Nabi Musa a.s, peralatan Baitul Maqdis dan Injil asal ialah di timur Cyprus. Kerana di situlah tempatnya separuh bandar di dalam air dan separuh bandar di atas air seperti yang diterangkan oleh Nabi saw. 


Jadi, saya percaya kitab Injil asli dipegang oleh kaum Cyprus berfahaman kristian ortodoks.


Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: 
'' Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu( tentera ) Yahudi akan dibunuh oleh( tentera ) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: ' Wahai Muslim, wahai Hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya ', kecuali POKOK GHARQAD( yang tidak bersuara ), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi ''.


The hour will not come until the Muslims fight against the Jews and kill them. The Jews will seek shelter behind stones and trees, but the stone or the tree will speak: servant of God, there is a [die-hard] Jew behind me, so come and kill him! But the Gharqad tree will not speak out because it is partial to the Jews. ( Saheeh Muslim).


                                                           Pokok Ceri.


Seperti jangkaan saya, saudara-saudari akan minta saya buat hipotesis mengenai pokok gharqad. Gharqad( Arab ) atau Wolfberry( UK ) atau Snowberry( US ) atau Boxthorn( Afrika ) atau Pokok Ceri( Kamus Melayu ) atau Goji Berry( China ) atau Mede Berry atau Barbary Matrimony Vine atau Bocksdorn atau Duke of Argyll’s Tea Tree atau Murali ( India ) atau Red Medlar atau Matrimony Vine atau Tibetan Goji atau Himalayan Goji. Semua inilah pokok yang sama dalam genus Licium, family Solanaceae, order Solanales dan dalam kingdom Plantae. 


Pokok ini adalah sebahagian daripada kehidupan Yahudi. Namun begitu, anda jangan terkejut kerana di negara kita juga terdapat banyak spesis pokok ini yang sudah tertanam sejak zaman dahulu kala lagi. Sekiranya anda tanya generasi lama( 60 tahun keatas ), kesemua mereka mempunyai pengalaman tersendiri tentang pokok ceri ini.


Sehinggakan terdapat lawak jenaka di kalangan masyarakat Melayu mengenai pokok ceri ini. Ianya sinonim dengan bisnes dan upah taip borang. Pada zaman dahulu kala, terdapat ramai orang yang buat bisnes di bawah pokok ceri dengan mengambil upah menaip borang-borang kerajaan. Ini kerana, pada zaman dahulu, terdapat ramai warga Malaya yang buta huruf. Jadi tidak hairanlah pokok ceri ini menjadi sinonim kepada bisnes taip borang. 


Bukan itu sahaja, malah semua jenis bisnes kecil-kecilan menjadi sinonim kepada pokok ceri. Pokok-pokok ceri ini banyak tertanam di bandar-bandar besar seperti Penang dan Malacca. Ianya juga boleh dijumpai di Port Weld( Taiping ), Seremban, KL, JB dan Kuala Lipis. Jadi , ini bermaksud Yahudi pernah tinggal di Malaya.


Mungkin disebabkan terlalu ramai penduduk Yahudi di sini, maka pokok ini pun ditanam dengan begitu berleluasa. Kebanyakan Yahudi ini, mereka menanam pokok-pokok ceri di halaman rumah mereka, yakni sebagai pagar. Setiap pagi Ahad, anda boleh lihat orang-orang Yahudi suka memotong cantik pokok-pokok ceri ini( trim ). Ianya dipotong sehingga menjadi petak-petak seperti kelihatan macam pagar rumah.


Masyarakat Melayu begitu mudah terpengaruh dengan budaya Yahudi ini. Sekiranya anda perhatikan kepada rumah generasi tua di kampung-kampung anda, anda mungkin boleh terjumpa pokok-pokok ceri di halaman rumah mereka. Ini menunjukkan budaya peninggalan penjajah sudah terpahat di dalam hati masyarakat kita. Jadi tujuan Yahudi menanam pokok ceri setiap kali mereka bermastautin di sesuatu tempat ialah sebagai tempat mereka berlindung diri daripada tentera Imam Mahdi. 


Rupa-rupanya lost city yang diberitahu oleh Nabi s.a.w, tempat di mana tentera Islam bertempur dengan tentera kafir Rumawi adalah di Cyprus.(36)


Selesai.


Wallahhu 'alam bissowab.





[ Read More ]

07sept2011. Dikuasakan oleh Blogger.

Rakan Taulan: