Bismillah...Allahumma solli 'ala muhammad wa'ala aali...

Facebook
RSS

0000023: Asal Usul Melayu ( bab.06 )

-
tf faqir







'' Semasa menundukkan Kostantinopel, Al-Mahdi memacakkan benderanya untuk berwuduk dan menunaikan sembahyang Subuh. Ketika itu di hadapan Al-Mahdi terbentang lautan yang luas. Dia pun mencari jalan untuk melintasi lautan tersebut.
Akhirnya dia menemukan di sekitar itu juga, lalu memacakkan benderanya (di situ pula). Kemudian ada satu suara menyeru, '' Wahai umat manusia, melintaslah. Sesungguhnya Allah Azzawajalla membelah laut ini seperti Dia membelahkan untuk Bani Israel. '' Lantas mereka melintasinya sehingga sampai di hadapan Kostantinopel. Mereka pun bertakbir, maka runtuhlah satu sudut pertahanan Kostantinopel.
Mereka bertakbir lagi, maka runtuh lagi, dan bertakbir lagi lantas runtuh pula sekitar dua belas ketumbukan pertahanan (Rom). '' Akhirnya Umat Islam akan dapat menawan kota nasrani. '' Sabda Nabi SAW : '' Jika kamu semua telah menakluk Rom, masukilah ke gereja sebelah timur melalui pintu sebelah timur, lalu ikatkan tujuh bendera dan bunuhlah yang ke-8 sebab di bawahnya terdapat tongkat Musa a.s., Injil dan perhiasan Baitul Muqaddis. '' ( HR Muslim).


Kota konstantinople yang mempunyai sebahagian bandar di bawah lautan yang bakal Umat Islam memeranginya adalah kota Cyprus. Di bawah adalah petikan mengenai kaitan antara Cyprus dengan Atlantis .


Gharqad pembantu Yahud 
Nabi s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: ” Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: ‘Wahai Muslim, wahai Hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya’, kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi “. The hour will not come until the Muslims fight against the Jews and kill them.


The Jews will seek shelter behind stones and trees, but the stone or the tree will speak: servant of God,there is a [die-hard] Jew behind me, so come and kill him! But the Gharqad tree will not speak out because it is partial to the Jews. (Saheeh Muslim) Gharqad (Arab) atau Wolfberry (UK) atau Snowberry (US) atau Boxthorn (Afrika) atau Pokok Ceri (Kamus Melayu) atau Goji Berry (China) atau Mede Berry atau Barbary Matrimony Vine atau Bocksdorn atau Duke of Argyll’s Tea Tree atau Murali (India) atau Red Medlar atau Matrimony Vine atau Tibetan Goji atau Himalayan Goji.


Semua inilah pokok yang sama dalam genus Licium, family Solanaceae, order Solanales dan dalam kingdom Plantae. Pokok ini adalah sebahagian daripada kehidupan Yahudi. Namun begitu, anda jangan terkejut kerana di negara kita juga terdapat banyak spesis pokok ini yang sudah tertanam sejak zaman dahulu kala lagi.


Sekiranya anda tanya generasi lama (65 tahun keatas), kesemua mereka mempunyai pengalaman tersendiri tentang pokok ceri ini. Sehinggakan terdapat lawak jenaka di kalangan masyarakat Melayu mengenai pokok ceri ini. Ianya sinonim dengan bisnes dan upah taip borang.


Pada zaman dahulu kala, terdapat ramai orang yang buat bisnes di bawah pokok ceri dengan mengambil upah menaip borang-borang kerajaan. Ini kerana , pada zaman dahulu, terdapat ramai warga Malaya yang buta huruf.


Jadi tidak hairanlah pokok ceri ini menjadi sinonim kepada bisnes taip borang. Bukan itu sahaja, malah semua jenis bisnes kecil-kecilan menjadi sinonim kepada pokok ceri. Pokok-pokok ceri ini banyak tertanam di bandar-bandar besar seperti Penang dan Malacca.


Ianya juga boleh dijumpai di Port Weld (Taiping), Seremban, KL, JB dan Kuala Lipis. Jadi , ini bermaksud Yahudi pernah tinggal di Malaya. Mungkin disebabkan terlalu ramai penduduk Yahudi di sini, maka pokok ini pun ditanam dengan begitu berleluasa.


Kebanyakan Yahudi ini, mereka menanam pokok-pokok ceri di halaman rumah mereka , yakni sebagai pagar.


Setiap pagi Ahad , anda boleh lihat orang-orang Yahudi suka memotong cantik pokok-pokok ceri ini (trim). Ianya dipotong sehingga menjadi petak-petak seperti kelihatan macam pagar rumah.


Masyarakat Melayu begitu mudah terpengaruh dengan budaya Yahudi ini. Sekiranya anda perhatikan kepada rumah generasi tua di kampung-kampung anda , anda mungkin boleh terjumpa pokok-pokok ceri di halaman rumah mereka. Ini menunjukkan budaya peninggalan penjajah sudah terpahat di dalam hati masyarakat kita.


Jadi tujuan Yahudi menanam pokok ceri setiap kali mereka bermastautin di sesuatu tempat ialah sebagai tempat mereka memanjangkan perkataan Gad menjadi Megiddo, ianya membawa maksud Perhimpunan Tentera-Tentera.


Manakala N bermaksud Tempat atau Kawasan . Jadi secara keseluruhan ianya bermaksud Tempat Perhimpunan Tentera-Tentera. Ianya tertulis dalam kitab sesat Yahudi Genesis 30:11; 49; 19.


Yang menjadi kekeliruan tentang maksud Armageddon bilamana perkataan Har terdapat dalam Mageddon. Har bermaksud Gunung. Jadi semua ahli kitab sepakat bahawa tidak mungkin Gunung yang menjadi Tentera-Tentera ALLAH SWT.


Jadi mereka mengubah persepsi dalam kitab mereka bahawa sekiranya Gunung yang disebut, maka Mageddon bukan bermaksud Tempat Perhimpunan Tentera-Tentera. Tetapi sebaliknya adalah sebuah kawasan landai yang terletak di Israel, iaitu Megiddo.


Namun begitu nasrani tidak bersetuju dengan kawasan Megiddo disebabkan tempatnya yang landai. Ianya berlawanan dengan maksud sebenar Har iaitu Gunung.


Dalam tafsir Kumanddie, Har bukan bermaksud Gunung. Ianya bermaksud Melayu. Semua nama-nama kerajaan kuno yang merujuk kepada Melayu bermaksud Gunung.
Dalam tafsir Kumanddie, Har bukan bermaksud Gunung. Ianya bermaksud Melayu. Semua nama-nama kerajaan kuno yang merujuk kepada Melayu bermaksud Gunung. Contohnya : Tulisan Kerinci( tulisan asal Melayu yang dijumpai di Riau ) – Tulisan Gunung:


Malai – Gunung
Nam – Gunung
Sailendra – Gunung
Funan – Gunung


Tempat-tempat di atas adalah nama kerajaan-kerajaan Melayu purba. Sekiranya anda mengatakan bahawa kedudukan tempat tersebut terletak di Lembah Mekong. Jadi anda mungkin berkata bahawa ini tidak relevan.


Mengikut Prof Shaharir, terdapat sekurang-kurangnya 600 perkataan Melayu dalam bahasa Khmer Kuno( kerajaan purba Lembah Mekong ). Jadi maksudnya Kerajaan Purba di Lembah Mekong merupakan kerajaan Melayu lama.


Berbalik kepada isu Armageddon. Sekiranya Har bermaksud Gunung. Maka Gunung tersebut bermaksud Melayu. Jadi tafsir Armageddon sepatutnya menjadi Kawasan Perhimpunan Tentera-Tentera Melayu .


Kenapa Tentera Melayu ???


Jadi ini mungkin ada kaitan dengan Tentera Imam Mahdi. Jadi ada kemungkinan Tentera Imam Mahdi datang daripada Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei, Singapura, Kemboja dan Filipina.


Kisah Imam Mahdi Versi Kumanddie:
Dengan nama ALLAH, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Saya rasa inilah masa terbaik untuk umat Islam berdiskusi tentang Imam Mahdi. Saya sudah buat research serba sedikit, dan saya rasa ini adalah masa terbaik untuk umat Islam tahu kedudukan dunia sekarang. Saya cuba rungkaikan satu persatu rahsia alam yang berlaku di seluruh dunia. InsyaALLAH. Sebelum itu saya minta semua umat Islam baca dahulu website di bawah, tulisan dari Pakistan :
http://armyofmahdi.googlepages.com/home
http://muslimisraelis.googlepages.com/home


Sebenarnya sebelum perlantikan Imam Mahdi, pada tanggal 10 Ramadan, terdapat 2 gerhana , iaitu gerhana matahari dan gerhana bulan berlaku serentak. Kejadian tersebut tidak pernah berlaku sebelum ini dan tidak akan berlaku lagi selepas itu. Jadi saudara-saudari boleh tunggu satu meteor besar berwarna merah (atau planet berwarna merah) yang akan menutupi bumi dan bulan nanti. Selepas itu baru ada satu suara di Masjid Nabawi yang akan melantik Imam Mahdi.


Tujuan saya buka thread ini ialah supaya semua umat Islam tidak terkejut dengan perlantikan khalifah Islam nanti. Mungkin masanya sudah dekat. Yang penting semua jemaah Islamiah dan umat Islam boleh bersatu ketika perlantikan tersebut. Tidak seperti satu ketika dahulu, ada di kalangan kita yang perasan boleh jadi Imam Mahdi, dan juga ada yang perasan boleh jadi tentera Imam Mahdi. Boleh geletek perut saya dulu. Insya ALLAH, saya cuba selidiki Imam Mahdi sebagaimana saya selidiki dajjal laknatullah alaihi.


Secara umumnya, beberapa individu dari satu golongan sudah tahu mengenainya dan bila akan terjadi demikian. Sila tunggu…..


Masanya sudah dekat beb…..


Saya bagi satu hint, Nabi Muhammad saw kata, 
Imam Mahdi berpakaian seperti Bani Israel( yakni sama dengan pakaian Nabi Isa a.s ). Saya sudah dapat idea mengenainya, tetapi belum lengkap. Apa yang saya maksudkan dengan pakaian Bani Israel ialah pakaian orang Patan dan Pashtun. Orang kita cakap '' kurta ''. Orang Patan dan Pashtun adalah dari keturunan Bani Israel( dari puak Nabi Yusuf a.s ). Selain kurta, Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah bersabda, bahawa Nabi Isa a.s pakai serban yg mempunyai 2 ekor( mafhum ). Jadi 2 ekor di belakang serban adalah pakaian rasmi bagi Bani Israel.(35)


Mengikut kitab Yahudi tua( Book of Mormon ), sebahagian daripada Melayu Semenanjung 
( termasuk Selatan Thai ) juga adalah dari keturunan Bani Israel , iaitu dari kumpulan Lehi 
( iaitu terus dari Manasseh, iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim)


Sambungan lanjut, sila kik di sini ke bab 7...




Wallahhu 'alam bissowab.

Leave a Reply

07sept2011. Dikuasakan oleh Blogger.

Rakan Taulan: