Bismillah...Allahumma solli 'ala muhammad wa'ala aali...

Facebook
RSS

0000011: Jinn

-
tf faqir



Sesungguhnya tubuh Jinn dan manusia itu terbina daripada unsur-unsur yang 
boleh musnah, maka terjadinya kematian dan kemusnahan itu sama-sama dialami oleh dua makhluk ini(Jinn dan Manusia). 

Adakah Jinn Itu Beranak Pinak Seperti Manusia?
Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk
matang dan menjadi baligh.

Berbeza dengan Jinn dimana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka Jinn betina akan terus mengandung dan beranak dan anak Jinn yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaannya sehingga ke hari kiamat.

Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telur. Dalam setiap biji telur itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan Jinn dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.

Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk JIN pula ialah
" Jaan " yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula yang
kembali beriman kepada Allah SWT.


Betulkah Jinn Mempunyai Pelbagai Agama?
Ya, Jinn juga seperti manusia iaitu;
ada yang baik, 
ada yang jahat, 
ada yang soleh, 
ada yang tidak soleh, 
ada yang alim lagi mukmim, 
ada yang kufur, 
ada yang murtad, fasik dan zalim, 
ada yang masuk syurga dan 
ada yang dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di akhirat kelak.

Majoriti puak-puak Jinn terdiri daripada golongan Jinn Kafir. Golongan Jinn kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga golongan Jinn yang tidak beragama. Golongan Jinn yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan minoriti jika di bandingkan dengan keseluruhan bilangan Jinn.

Seperti juga manusia biasa, Jinn juga berada dalam tingkat-tingkat iman, ilmu dan amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan mereka kepada Allah. Antaranya ada Jinn Islam yang bertaraf awam sahaja, Jinn Islam yang di tingkat iman Khawas dan Jinn Islam yang berada ditingkat iman yang Khawasul-Khawas.

Walaupun Jinn Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas serta banyak ilmunya tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran.

Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa " Sebaik-Baik Jinn Itu Ialah Sejahat-Jahat Manusia Yang Fasik. " tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik.

Golongan Jinn Islam yang awam dan Jinn kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang Khawas dan Khawasul-Khawas tidak dapat di rasuk oleh JIN, bahkan Jinn pula akan datang kepada mereka untuk bersahabat.


Bolehkah Manusia Melihat Jinn?
Manusia tidak boleh melihat Jinn dalam kewujudannya yang asli kerana Allah s.w.t. telah memperkenankan permohonan Bapak Jinn(ketika mula diciptakan) agar ia dapat melihat tetapi ia sendiri tidak dapat dilihat. (Jinn pula tidak boleh melihat malaikat kerana malaikat diciptakan dari Nur yang bercahaya di mana lebih hebat dari Jinn).

Firman Allah dalam surah Al-A’raaf 7, ayat27:



A027
         
Terjemahannya:
Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman. 


O ye Children of Adam! Let not Satan seduce you, in the same manner as He got your parents out of the Garden, stripping them of their raiment, to expose their shame: for he and his tribe watch you from a position where ye cannot see them: We made the evil ones friends (only) to those without faith. 


Maka barang siapa yang mendakwa dia telah melihat Jinn / Syaitan (dalam keadaan rupa sebenar) maka dia telah berdusta, kecuali dia memang seorang nabi. Sebab bagi para nabi melihat Jinn adalah suatu mukjizat (merupakan bukti kenabian).

Al-Qusyairi menyatakan, “ Allah s.w.t sudah menetapkan (mengikut hukum alam) bahawa anak cucu Adam tidak akan dapat melihat syaitan di dunia. ”

Jinn dan syaitan sebenarnya menderita kesakitan sewaktu menukar jasadnya ke dalam bentuk asal. Ia memerlukan masa yang lama dan proses pertukaran ini mengalami penderitaan yang teruk.

Di samping itu ia juga takut akan perkara-perkara yang boleh mengakibatkan risiko (kerana ia pun takut akan manusia) sama ada tertangkap atau mati dibunuh. 
 

 



A006
    
Terjemahannya dari surah Al-Jinn 72:6:
'' Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jinn, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat. '' 


 '' True, there were persons among mankind who took shelter with persons among the Jinns, but they increased them in folly. ''



Manusia dan Jinn dicipta oleh Allah SWT dan kemudian diperintah supaya menyembah-Nya. 
Walaupun sama dalam perintah namun dalam ciptaan mereka terdapat perbezaan yang besar.


Sepertimana di dalam surah Al-Hijr 15, ayat 26:
  
A026
         

Terjemahannya:
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia(Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.

We created man from sounding clay, from mud moulded into shape; 



Makhluk Jinn dicipta daripada api yang membakar yang tiada asap. Demikian mengikut penjelasan pada surah Al-Hijr 15, ayat 27: 


A027


Terjemahannya:

Dan jinn pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.

And the Jinn race, We had created before, from the fire of a scorching wind. 


Di dalam surah Ar-Rahmaan 55, ayat 15:


A015
           

Terjemahannya:

Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang.


And He created Jinns from fire free of smoke: 




Sebaliknya seperti manusia juga, mereka mempunyai keturunan. 
Antara keturunannya menjadi musuh bagi manusia, iaitu keturunan Iblis. 
Kerana ia melakukan kederhakaan terhadap perintah Allah SWT, 
sepertimana firmanNya di dalam surah Al-Kahfi 18, ayat 50:


A050
          

Terjemahannya:

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: " Sujudlah kamu kepada Adam" ; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu. 

Behold! We said to the angels, "Bow down to Adam": They bowed down except Iblis. He was one of the Jinns, and he broke the Command of his Lord. Will ye then take him and his progeny as protectors rather than Me? And they are enemies to you! Evil would be the exchange for the wrong-doers! 


Manusia dilarang mengambil Iblis dan keturunannya sebagai sahabat atau wali. 
Selain itu, jinn dijadikan sekutu bagi Allah, dipercayai serta disembah oleh sesetengah manusia.


Sepertimana Firman-firmanNya dalam surah Al-An'aam 6, ayat 100:


A100
          

Terjemahannya:

Dan mereka menjadikan jinn sekutu bagi Allah, padahal Allah jualah yang mencipta jin-jin itu; dan mereka berdusta terhadap Allah dengan mengada-adakan bagiNya anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan, dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan. Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah Ia dari apa yang mereka sifatkan! 


Yet they make the Jinns equals with Allah, though Allah did create the Jinns; and they falsely, having no knowledge, attribute to Him sons and daughters. Praise and glory be to Him! (for He is) above what they attribute to Him! 


FirmanNya di dalam surah Saba' 34, ayat 41:


A041
             

Terjmahannya:

Malaikat menjawab: " Maha Suci Engkau (dari adanya sebarang sekutu denganMu). Engkaulah (yang kami hubungi sebagai Pemimpin dan) Pelindung kami bukan mereka. (Tidak ada hubungan dari pihak kami dengan mereka mengenai penyembahan mereka kepada kami), bahkan mereka adalah menyembah Jinn Syaitan; kebanyakan mereka pula percaya kepada Jinn Syaitan itu (sebagai sekutu Tuhan yang dipuja dan dipatuhi)". 


They will say, "Glory to Thee! our (tie) is with Thee - as Protector - not with them. Nay, but they worshipped the Jinns: most of them believed in them." 




Mungkin di kalangan manusia yang berbuat demikian melakukannya dengan tanpa disedari. 
Macam mereka yang menjadikan orang 'alim sebagai sekutu Allah, tetapi menafikannya.
Pengaruh jinn begitu kuat sehingga terdapat manusia yang mempercayai mereka 
berkeluarga dengan Tuhan, walaupun mereka mengetahui bahawa mereka akan 
dihadapkan kepadaNya pada hari akhirat kelak, seperti manusia juga.


Di dalam surah As-Saaffaat 37, ayat 158:


            A158

Terjemahannya:

Dan mereka mengadakan (hubungan) nasab (keluarga) antara Dia (Allah) dan jinn. Dan sesungguhnya jinn telah mengetahui bahawa mereka pasti akan diseret (ke neraka) 

And they have invented a blood-relationship between Him and the Jinns: but the Jinns know (quite well) that they have indeed to appear (before his Judgment- Seat)! 



Terdapat juga manusia yang diambil oleh jinn, lalu mereka mendapat kesenangan daripadanya. Kesenangan mereka hanya di dunia, tidak di akhirat. Allah SWT menjelaskannya di dalam surah Al-Jinn 72, ayat 6:


             A006


Terjemahannya:
'' Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jinn bertambah sombong dan jahat.


'' True, there were persons among mankind who took shelter with persons among the Jinns, but they increased them in folly.''




Seterusnya di dalam surah   Al-An'aam 6, ayat 128:

             
A128
                  :
Terjemahannya:

Dan (ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): "Wahai sekalian jin (Syaitan-syaitan)! Sesungguhnya kamu telah banyak pengikut-pengikut dari manusia". Dan berkatalah pula pengikut-pengikut mereka dari golongan manusia: " Wahai Tuhan kami, sebahagian kami (manusia) telah bersenang-senang (mendapat kemudahan) dengan sebahagian yang lain (Syaitan-syaitan), dan kami telah sampailah kepada masa kami (hari kiamat) yang Engkau telah tentukan bagi kami.'' (Allah berfirman): " Nerakalah tempat kediaman kamu, kekal kamu di dalamnya, kecuali apa yang dikehendaki Allah. '' Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.


One day will He gather them all together, (and say): "O ye assembly of Jinns! Much (toll) did ye take of men." Their friends amongst men will say: "Our Lord! we made profit from each other: but (alas!) we reached our term - which thou didst appoint for us." He will say: "The Fire be your dwelling-place: you will dwell therein for ever, except as Allah willeth." for thy Lord is full of wisdom and knowledge. 




Ada pula manusia yang meminta perlindungan daripada jinn. Mereka terdiri daripada kaum lelaki dan daripada golongan jinn yang diminta, adalah lelaki juga. Perbuatan itu menambahkan mereka dalam kekejian. FirmanNya dialam surah Al-Jinn 72, ayat 6:


A006


Terjemahannya:

'' Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jinn kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jinn bertambah sombong dan jahat. 


'True, there were persons among mankind who took shelter with persons among the Jinns, but they increased them in folly. 



Ayat di atas merupakan amaran bagi sesiapa yang ingin mengambil perlindungan daripada jinn. Satu lagi contoh amalan yang disifatkan keji menurut Alqur-an ialah melupakan ayat-ayat Allah SWT, setelah mendapat kesenangan hidup, sepertimana di dalam surah
Al-Furqaan 25, ayat 18:


A018
           

Terjemahannya:

Mereka menjawab: " Maha Suci Engkau (wahai Tuhan kami)! Sudah tentu tidak patut bagi kami mengambil sesiapa pun yang lain daripadaMu sebagai pelindung yang disembah (dan tidak patut juga kami menyeru orang menyembah kami); tetapi engkau (wahai Tuhan kami) telah melimpahkan kemewahan kepada mereka dan kepada datuk neneknya sehingga mereka lalai dan cuaikan ajaran agamaMu dan menjadilah mereka kaum yang binasa. '' 


They will say: " Glory to Thee! not meet was it for us that we should take for protectors others besides Thee: But Thou didst bestow, on them and their fathers, good things (in life), until they forgot the Message: for they were a people (worthless and) lost. " 

An-Naml 27, ayat 17:


            A017

Terjemahannya:

Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya dari jinn dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing. 


And before Solomon were marshalled his hosts,- of Jinns and men and birds, and they were all kept in order and ranks. 




Beralih kepada kisah Nabi Sulaiman yang di sekitarnya, diwarnai cerita luar biasa tetapi benar. Baginda didapati telah memperhambakan makhluk jinn dengan memasukkan mereka ke dalam pasukan tenteranya: dan menjadikan mereka pekerja dalam sektor pembinaan, pengukiran patung-patung, serta pembuatan pelbagai perkakas yang berseni di dalam surah Saba' 34 ayat 13:


          A013


Terjemahannya:
Golongan jinn itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): " Beramalah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur! " Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.


They worked for him as he desired, (making) arches, images, basons as large as reservoirs, and (cooking) cauldrons fixed (in their places): "Work ye, sons of David, with thanks! but few of My servants are grateful!" 



Ada juga yang telah berkedudukan dekat dengan Nabi Sulaiman, iaitu Ifrit. Dia telah berkata, ketika Nabi Sulaiman bertanya siapa antara pembesar-pembesarnya yang mampu mendatangkan singgahsana Ratu Sabak sebelum rombongannya sampai, berbunyi, " Saya akan mendatangkannya kepada kamu sebelum kamu berdiri dari tempat kamu; saya mempunyai kekuatan untuknya, dan saya dipercayai."  Tersebut di dalam surah An-Naml 27, ayat 39:


            A039


Terjemahannya:

Berkatalah Ifrit dari golongan jin: " Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah".   

Said an 'Ifrit, of the Jinns: " I will bring it to thee before thou rise from thy council: indeed I have full strength for the purpose, and may be trusted. " 





Kehandalan Ifrit ditewaskan oleh seorang yang mempunyai pengetahuan al-Kitab,
sepertimana di dalam surah An-Naml 27, ayat 40:


A040
            
Terjemahannya:

Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: " Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! " Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: " Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah. ''  


Said one who had knowledge of the Book: " I will bring it to thee within the twinkling of an eye!" Then when (Solomon) saw it placed firmly before him, he said: "This is by the Grace of my Lord!- to test me whether I am grateful or ungrateful! and if any is grateful, truly his gratitude is (a gain) for his own soul; but if any is ungrateful, truly my Lord is Free of all Needs, Supreme in Honour! " 


Pun begitu, golongan jinn didapati tidak tahu perkara yang ghaib. 
Buktinya, dalam cerita kematian Nabi Sulaiman, tatkala baginda jatuh setelah tongkatnya dimakan sejenis haiwan daripada bumi., sepertimana diceritakan di dalam surah Saba' 34, ayat 14:


A014
          
Terjemahannya:
Setelah Kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) yang telah memakan tongkatnya. Maka apabila ia tumbang, ternyatalah kepada golongan jin itu, bahawa kalaulah mereka sedia, mengetahui perkara yang ghaib nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di dalam azab (kerja berat) yang menghina.



Then, when We decreed (Solomon's) death, nothing showed them his death except a little worm of the earth, which kept (slowly) gnawing away at his staff: so when he fell down, the Jinns saw plainly that if they had known the unseen, they would not have tarried in the humiliating Penalty (of their Task). 


Seterusnya seperti manusia, golongan jin mengetahui kandunagn kitab al-Qur'an dan ada yang percaya kepadanya setelah mendengarkannya. Kisah tersebut diriwayatkan sendiri oleh Nabi SAW, maka tercatit di dalam surah Al-Jinn 72, ayat 1 berikut:




A001
            

Terjemahannya:                      
Katakanlah (wahai Muhammad): " Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: '' Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan! '' 


Say: It has been revealed to me that a company of Jinns listened (to the Qur'an). They said, 'We have really heard a wonderful Recital! 




 Seterusnya di dalam surah Al-Jinn 72, ayat 2 berikut:


A002
              

Terjemahannya

'' Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.


'' It gives guidance to the Right, and we have believed therein: we shall not join (in worship) any (gods) with our Lord. 

Ayat-ayat tersebut dipetik daripada sebuah surah yang dinamakan khas menurut golongan mereka, iaitu surah Al-Jinn. Di dalamnya terdapat penjelasan mengenai golongan jinn dengan banyak. Antaranya adalah pengakuan mereka terhadap golongan mereka sendiri. Tersebut di dalam surah Al-Jinn 72, ayat 4:


A004
             

Terjemahannya:

'' Dan (dengan ajaran Alqur-an nyatalah) bahawa sesungguhnya: (ketua) yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran ''  
'There were some foolish ones among us, who used to utter extravagant lies against Allah. 



Juga di dalam surah Al-Jinn 72, ayat 5: 


A005
             

Terjemahannya:
'' Dan bahawa sesungguhnya (nyatalah kesalahan) kita menyangka bahawa manusia dan jinn tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.'' 


'' But we do think that no man or spirit should say aught that untrue against Allah.'' 


Sama seperti manusia, jinn mengatakan yang keterlaluan dan dusta terhadap Allah SWT. 



Selanjutnya dapat difahamkan bahawa mereka mampu naik ke langit untuk mendengar perkara-perkara yang ghaib. Contohnya, nasib manusia di bumi tetapi mereka gagal mendapatkannya. Ayat-ayat 8, 9 dan 10  di dalam surah Al-Jinn 72:


A008
             

Terjemahannya:
'' Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala. 

'' And we pried into the secrets of heaven; but we found it filled with stern guards and flaming fires.'' 



Di dalam surah Al-Jinn 72, ayat 9:

A009


Terjemahannya:

'' Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya. 

'' We used, indeed, to sit there in (hidden) stations, to (steal) a hearing; but any who listen now will find a flaming fire watching him in ambush.'' 


Di dalam surah Al-Jinn 72, ayat 10:

A010


Terjemahannya:

'' Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah (dengan adanya kawalan langit yang demikian) hendak menimpakan bala bencana kepada penduduk bumi, atau pun Tuhan mereka hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka? ''    


'' And we understand not whether ill is intended to those on earth, or whether their Lord (really) intends to guide them to right conduct.'' 



Turut dikhabarkan ialah mengenai jin yang salih dan yang tidak, yang muslim dan yang menyimpang. Sama seperti manusia. Huraian daripada Alqur-an pada 
surah Al-Jinn 72, ayat 11:

A011
             
Terjemahannya:
'' Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan. 

'' There are among us some that are righteous, and some the contrary: we follow divergent paths.''

Tersebut di dalam surah Al-Jinn 72, ayat 14:

A014
            
Terjemahannya:

'' Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang beragama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar.'' 


'' Amongst us are some that submit their wills (to Allah., and some that swerve from justice. Now those who submit their wills - they have sought out (the path) of right conduct ''



Tersebut di dalam surah Al-Jinn 72, ayat 15:


A015
              

Terjemahannya:
'' Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam. '' 

'' But those who swerve,- they are (but) fuel for Hell-fire' ''


Apakah persamaan antara Jinn dan Manusia?
Persamaan antara Jinn dan Manusia adalah banyak. 
Selain daripada yang sudah disebut beberapa persamaannya yang lain, sepertimana
tersurat di dalam surah- surah berikut: 


Jinn dan Manusia dicipta untuk menyembah Allah SWT.
Seperti mana di dalam surah Adz-Dzaariyaat 51. ayat 56:


A056
             

Terjemahannya:

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jinn dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. 

I have only created Jinns and men, that they may serve Me. 

             
Manusia dan Jinn mempunyai Rasul.
Seperti mana di dalam surah Al-An'aam 6, ayat 130:


A130
             

Terjemahannya:

Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (qiamat) ini? Mereka menjawab: '' Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu).'' Dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu). 


" O ye assembly of Jinns and men! came there not unto you apostles from amongst you, setting forth unto you My signs, and warning you of the meeting of this Day of yours? " They will say: " We bear witness against ourselves." It was the life of this world that deceived them. So against themselves will they bear witness that they rejected Faith. 



Kedua-duanya (Jinn dan Manusia) menyesatkan manusia sehingga menjadi tidak percaya kepada Allah dan ayat-ayatNya.
Seperti mana di dalam surah Fussilat 41, ayat 29:


A029


Terjemahannya:
Dan orang-orang yang kafir berkata: " Wahai Tuhan kami! Perlihatkanlah kepada kami dua golongan yang telah menyesatkan kami dari jin dan manusia, untuk kami meletakkan mereka di bawah tapak kaki kami, supaya mereka menjadi golongan yang terkebawah dalam kehinaan. "   


And the Unbelievers will say: " Our Lord! Show us those, among Jinns and men, who misled us: We shall crush them beneath our feet, so that they become the vilest (before all)." 



Kedua-duanya (Jinn dan Manusia) mempunyai hati, mata dan telinga.
Seperti mana di dalam surah Al-A'raaf 7, ayat 179: 
           
A179
                       
Terjemahannya:      

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.


Many are the Jinns and men we have made for Hell: They have hearts wherewith they understand not, eyes wherewith they see not, and ears wherewith they hear not. They are like cattle,- nay more misguided: for they are heedless (of warning). 


        
Kedua-duanya (Jinn dan Manusia) tidak dapat menembusi pembatasan langit dan bumi kecuali dengan suatu kuasa.
Seperti mana di dalam surah Ar-Rahmaan 55, ayat 33:


A033

Terjemahannya:

Wahai sekalian jinn dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!


O ye assembly of Jinns and men! If it be ye can pass beyond the zones of the heavens and the earth, pass ye! not without authority shall ye be able to pass! 




Kedua-duanya (Jinn dan Manusia) mempunyai keinginan terhadap perawan.
Seperti mana di dalam surah Ar-Rahmaan 55, ayat 56:





A056



Terjemahannya:
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jinn.


In them will be (Maidens), chaste, restraining their glances, whom no man or Jinn before them has touched;- 



Kedua-duanya (Jinn dan Manusia) memenuhi Neraka Jahanam.
Seperti mana di dalam surah As-Sajdah 32, ayat 13:



A013
         

Terjemahannya:

Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): " Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: '' Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)". 


If We had so willed, We could certainly have brought every soul its true guidance: but the Word from Me will come true, " I will fill Hell with Jinns and men all together." 




Daripada kedua-duanya(Jinn dan Manusia), lahir pula syaitan yang derhaka kepada Tuhan, dengan membisikkan ucapan palsu yang indah-indah untuk menipu.
Seperti mana di dalam surah Al-An'aam 6:112:


A112
          

Terjemahannya:
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jinn, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.    

Likewise did We make for every Messenger an enemy,- evil ones among men and jinns, inspiring each other with flowery discourses by way of deception. If thy Lord had so planned, they would not have done it: so leave them and their inventions alone. 

Sesungguhnya syaitan, bukanlah suatu makhluk yang asing. 
Mereka terdiri daripada makhluk jinn dan manusia yang jahat.


Ayat-ayat yang mengatakan syaitan menjadi musuh yang nyata adalah banyak. 
Namun, terdapat satu ayat (satu sahaja) yang mengatakan bahawa ia dan kuncu-kuncunya tidak dapat dilihat, tersebut di dalam surah Al-A'raaf 7, ayat 27: 


A027


Terjemahannya:
Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.


O ye Children of Adam! Let not Satan seduce you, in the same manner as He got your parents out of the Garden, stripping them of their raiment, to expose their shame: for he and his tribe watch you from a position where ye cannot see them: We made the evil ones friends (only) to those without faith. 



Adakah yang tidak dapat dilihat itu syaitan daripada golongan jin? 


Atau, " kesyaitanan " pada jinn dan manusia yang tidak dapat dilihat? Misalan, seorang manusia yang kelihatan sangat alim tetapi sebenarnya seorang syaitan yang amat derhaka kepada Tuhan. Kesyaitanannya tidak dapat dilihat oleh orang ramai tetapi hambaNya yang beriman dan bertaqwa dapat melihatnya.


Akan tetapi, bagi orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan), yang pada mulanya tidak nampak akan akhirnya melihat dengan jelas kesyaitanan yang hadir, setelah mereka ingat (kepada ayat-ayat Tuhan). Surah Al-A'raaf 7, ayat 201 menjelaskan:


A201


Terjemahannya:
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar). 

Those who fear Allah, when a thought of evil from Satan assaults them, bring Allah to remembrance, when lo! they see (aright)! 



Apapun, Allah SWT menyuruh supaya berlindung padaNya daripada kunjungan syaitan jenis jinn dan manusia yang berupa bisikan di dalam dada umpamanya. 
Untuk tujuan itu Dia mengajar sebuah doa sepertimana di dalam 
surah An-Naas 114, ayat 1-6 di bawah ini:


Bismillah

A001
Katakanlah (wahai Muhammad): " Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. (An-Naas 114:1)

Say: I seek refuge with the Lord and Cherisher of Mankind, 


A002
" Yang Menguasai sekalian manusia, (An-Naas 114:2) 
The King (or Ruler) of Mankind, 


A003
" Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, (An-Naas 114:3) 

The Allah (for judge) of Mankind, 


A004
" Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, (An-Naas 114:4)
 
From the mischief of the Whisperer (of Evil), who withdraws (after his whisper),- 


A005
" Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (An-Naas 114:5) 

(The same) who whispers into the hearts of Mankind, 


A006
" (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia ". (An-Naas 114:6)

Among Jinns and among men. 



Jin dan manusia yang menjadi pembisik yang menyelinap itu tidak syak lagi adalah 
syaitan yang direjam, yang daripada kedua-dua makhluk tersebut.




Wallahhu 'alam bissowab.

Leave a Reply

07sept2011. Dikuasakan oleh Blogger.

Rakan Taulan: