Bismillah...Allahumma solli 'ala muhammad wa'ala aali...

Facebook
RSS

0000006: Ilmu FEQAH ( Soal-Jawab)

-
tf faqir


01. Bilakah bermulanya ilmu FEQAH?
     Setelah mengucapkan, 
     '' WaAsyhadu Anna Muhammada Rasulullah.''

02. Apakah terjemahan,  
      '' WaAsyhadu Anna Muhammada Rasulullah.''
      '' Dan aku bersaksi sesungguhnya Muhammad
        adalah Pesuruh Allah.''

03. Apakah maksud, '' WaAsyhadu Anna Muhammada Rasulullah.''
      FEQAH.

04. Apakah erti FEQAH?
     Cara atau peraturan beribadah kepada Allah SWT yang diajar oleh Allah SWT
     kepada Rasulullah SAW.

05. Apakah ibadah khursus(khas) untuk Rasulullah SAW? 
     Berkahwin sampai 9 orang serentak.
     * Nabiyullah Daud a.s 99 0rang isteri.

06. Apakah ibadah yang mula-mula diperintahkan oleh Allah?
      Rukun ISLAM.

07. Rukun ISLAM?
     a. Mengucap dua kalimah syahadah.
     b. Menunaikan solat fardu lima waktu sehari semalam.
     c. Berpuasa pada bulan Ramadan.
     d. Membayar zakat(Zakat fitrah & Zakat harta).
     e. Menunaikan haji ke Baitullah di Mekah bagi mereka yang mampu.

       Dalil Syahadah di dalam Alqur-an, surah A-li'Imraan 3: ayat18:
       A018

Terjemahan:
Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

There is no god but He: That is the witness of Allah, His angels, and those endued with knowledge, standing firm on justice. There is no god but He, the Exalted in Power, the Wise.


Dua Kalimah Syahadah juga merupakan Rukun Pertama Islam yang diamalkan oleh Nabi Muhammad(saw) dan para sahabat di Mekah sebelum datang perintah atau Rukun Islam kedua iaitu Solat.

Mengucap dua kalimah syahadah iaitu setelah mengucap 2 kalimah Syahadah yang fardhu untuk menyampaikan/mendakwahkan Kalimah Syahadah Kepada yang belum menerima Kalimah(belum Islam) dan sesama Islam diingatkan tentang maksud Kalimah dan diajak mentaati perintah Allah iaitu 5 Rukun Amal Islam.

Amalan disebut di dalam AlQur-an sebagai amar makruf nahi Munkar, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan utama iaitu mengucapkan Kalimah Syahadah ini dan mencegah kemungkaran iaitu manusia tidak mengaku '' Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad Pesuruh Allah. ''

Hukum Fardhu Ain kepada semua manusia yang telah mengucapkan 2 Kalimah Syahadah untuk mendakwahkannya.
     

Wallahhu 'alam bissowab.


Leave a Reply

07sept2011. Dikuasakan oleh Blogger.

Rakan Taulan: