Bismillah...Allahumma solli 'ala muhammad wa'ala aali...

Facebook
RSS

0000014: Iblis Laknatullah

-
tf faqir





02. Tersebut di dalam alqur-an, surah Al-Baqarah 2, ayat 34:



A034

Terjemahannya:
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: " Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. " Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir. 

And behold, We said to the angels: " Bow down to Adam " and they bowed down. Not so Iblis: he refused and was haughty: He was of those who reject Faith. 



03. Tersebut di dalam alqur-an, surah Al-A'raaf 7, ayat 11:


A011

Terjemahannya:
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: " Sujudlah kamu kepada Adam ", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud. 

It is We Who created you and gave you shape; then We bade the angels bow down to Adam, and they bowed down; not so Iblis; He refused to be of those who bow down. 





04. Tersebut di dalam alqur-an, surah Al-A'raaf 7, ayat 12:


A012

Terjemahannya:
Allah berfirman: " Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu? " Iblis menjawab: " Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah. " 


((Allah)) said: " What prevented thee from bowing down when I commanded thee? " He said: " I am better than he: Thou didst create me from fire, and him from clay. " 




05. Tersebut di dalam alqur-an, surah Al-A'raaf 7, ayat 13:
A013

Terjemahannya:
Allah berfirman: " Turunlah engkau ( iblis ) dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina ". 


((Allah)) said: " Get thee down from this: it is not for thee to be arrogant here: get out, for thou art of the meanest (of creatures). " 





06. Tersebut di dalam alqur-an, surah Al-A'raaf 7, ayat 14:
A014


Terjemahannya:
Iblis berkata: '' Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat) ".


He said: " Give me respite till the day they are raised up. " 





07. Tersebut di dalam alqur-an, surah Al-A'raaf 7, ayat 15:


A015

Terjemahannya:
Allah berfirman: " Sesungguhnya engkau ( iblis) dari golongan yang diberi tempoh ( ke suatu masa yang tertentu ) ". 


((Allah)) said: " Be thou among those who have respite. " 




08. Tersebut di dalam alqur-an, surah Al-A'raaf 7, ayat 16:

A016


Terjemahannya:
Iblis berkata: " Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;


He said: " Because thou hast thrown me out of the way, lo! I will lie in wait for them on thy straight way: 




09. Tersebut di dalam alqur-an, surah Al-A'raaf 7, ayat 1:7

A017

Terjemahannya:
" Kemudian aku iblis) datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur ".

" Then will I assault them from before them and behind them, from their right and their left: Nor wilt thou find, in most of them, gratitude (for thy mercies). " 




10. Tersebut di dalam alqur-an, surah Al-A'raaf 7, ayat 18:

A018


Terjemahannya:
Allah berfirman: " Keluarlah engkau ( iblis) dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya ''

((Allah)) said: " Get out from this, disgraced and expelled. If any of them follow thee,- Hell will I fill with you all.'' 





11. Tersebut di dalam alqur-an, surah Al-Hijr 15, ayat 31:


A031

Terjemahannya:
Melainkan Iblis; ia enggan turut bersama mereka yang sujud.

Not so Iblis: he refused to be among those who prostrated themselves. 




12. Tersebut di dalam alqur-an, surah Al-Hijr 15, ayat 32:

A032
Terjemahannya:

Allah berfirman: '' Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu? ". 


Allah said: " O Iblis! what is your reason for not being among those who prostrated themselves? " 




13. Tersebut di dalam alqur-an, surah Al-Hijr 15, ayat 33:

A033


Terjemahannya:
Iblis menjawab: " Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya ".

(Iblis) said: " I am not one to prostrate myself to man, whom Thou didst create from sounding clay, from mud moulded into shape. " 





14. Tersebut di dalam alqur-an, surah Al-Hijr 15, ayat 34:

A034
Terjemahannya:
Allah berfirman: " Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir ''.

((Allah)) said: " Then get thee out from here; for thou art rejected, accursed.'' 





15. Tersebut di dalam alqur-an, surah Al-Hijr 15, ayat 35:

A035


 Terjemahannya:
" Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat ". 

" And the curse shall be on thee till the day of Judgment. " 





16. Tersebut di dalam alqur-an, surah Al-Hijr 15, ayat 36:

A036

Terjemahannya:
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat) ".


Iblis said: " O my Lord! give me then respite till the Day the (dead) are raised. " 



17. Tersebut di dalam alqur-an, surah Al-Hijr 15, ayat 37:

A037
Terjemahannya:

Allah berfirman: " Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh. ''

Allah said: " Respite is granted thee '' 





18. Tersebut di dalam alqur-an, surah Al-Hijr 15, ayat 38:

A038
Terjemahannya:
" Hingga ke hari - masa yang termaklum ". 

" Till the Day of the Time appointed. " 


Merujuk ayat di atas surah Al-Hijr 15, ayat 38, ada pertanyaan:


Iblis, Syaitan, Jin Dan Sekutu-Sekutunya Boleh Dibunuh Atau Tidak?
Ramai yang berpendapat makhluk durjana tersebut tak mati sehingga qiamat,
ada juga yang berkata, '' boleh dibunuh dan boleh mati lebih awal.''


Mari kita cari fakta yang menyokong kedua-dua pandangan tersebut.
Allah hanya menyebut " sampai hari waktu yang telah ditentukan " 

Bilakah harinya dan waktunya yang tepat( detail)? 
Hanya Allah SWT sahaja yang tahu paling tepat. 

Tidak dinyatakan sampai qiamat, hanya para tafsiran ulama' sahaja yang menyebut
sampai qiamat. Sedangkan qiamat ada dua, iaitu qiamat besar dan qiamat kecil. 
Manusia juga umurnya sampai hari waktu yang telah ditentukan juga.

Pendapat lain:

Jin, syaitan boleh dibunuh tetapi iblis tidak boleh.

Maka alasan pertama:
Jin, syaitan dan iblis juga boleh dibunuh, sila fahami surah Al-Kahfi 18, ayat 50 berikut:


A050

 Terjemahannya:
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: " Sujudlah kamu kepada Adam "; lalu mereka sujud melainkan *iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.

Behold! We said to the angels, "Bow down to Adam": They bowed down except Iblis. He was one of the Jinns, and he broke the Command of his Lord. Will ye then take him and his progeny as protectors rather than Me? And they are enemies to you! Evil would be the exchange for the wrong-doers! 



*iblisia adalah berasal dari golongan jin.
Manakala jin ada yang beriman dan ada yang tidak beriman dipanggil syaitan jin. 
Manusia yang yang jahat di panggil syaitan manusia.


Keturunan jin sampai hari qiamat,
begitu juga keturunan manusia sampai hari qiamat. 
Ini bukan bermakna ia tidak mati-mati sehingga qiamat besar. 


Alasan ke-2:
Jin, syaitan dan iblis juga boleh dibunuh, sila fahami *Hadith Muslim berikut:
Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

'' Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. 
Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. 
Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi tetapi dia masih kelihatan, 
bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan. ''


Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

*Ada hadis yang memerintahkan membunuh syaitan jin, lagilah boleh.

Sama ada iblis yang enggan sujud kepada nabi adam a.s. sama ada
Allah nak kekalkan sehingga hari qiamat itu hak Allah SWT. 
Mana-mana yang datang menonjolkan diri bermakna mereka hendak merosakkan iman 
maka bunuhlah ia. dan macam2 lagi sedangkan Rasulullah s.a.w. dah suruh bunuh maka bunuhlah. Keturunan makhluk durjana ini banyak, tak perlu kusutkan fikiran sama ada ia
boleh mati atau tidak boleh mati apbila dibunuh.
 
Macam mana nak bunuh?  
Anda perlulah luangkan masa mendengar penjelasan sekurang-kurangnya 3 jam 
untuk faham konsep dan teknik-tekniknya.
  

Alasan ke-3:
Memancung Syaitan Betina
Dalam Mu'jam al-Buldan menukilkan satu riwayat daripada Abu Soleh daripada Abdullah bin Abbas r.a.,m beliau berkata:
al-Uzza merupakan syaitan betina yang mendiami antara tiga batang pokok di tengah-
tengah kebun tamar. Apabila berlaku pembukaan Kota Makkah, Rasulullah s.a.w. telah mengutus Khalid bin al-Walid.sabdanya:
" Pergilah kamu ke tengah-tengah kebun tamar dan kamu akan berjumpa dengan tiga 

batang pohon tamar. Tebanglah batang yang pertama. " Lalu Khalid pergi dan menebang pohon yang pertama. Kemudian beliau kembali bertemu dengan Rasulullahs.a.w, lalu Baginda bertanya: " Adakah kamu menjumpai sesuatu? "  '' Tidak"; jawab Khalid. " Tebang pohon yang kedua."; arah Baginda s.a.w. Beliau pergi melaksanakan arahan tersebut dan kembali bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Baginda bertanya: " Adakah kamu menjumpai sesuatu?" "Tidak"; jawab Khalid " Tebang pohon yang ketiga."; arah Baginda s.a.w. lagi. Apabila beliau berhadapan dengan pohon ketiga, keluar seekor syaitan betina berambut kusut masai dan meletakkan dua tangannya di atas bahu sambil menampakkan taringnya. Lalu Khalid memancung kepalanya. Khalid memenggalnya mengakibatkan kepalanya terbelah. Rupa wanita itu hitam seperti arang. Apabila Khalid memberitahu Rasulullah tentang perlaksanaan tugas tersebut, Baginda a.s. bersabda: " Itulah al-Uzza. Tiada lagi al-Uzza selepas ini bagi Arab. Ia tidak akan disembah lagi selepas hari ini.



19. Tersebut di dalam alqur-an, surah Al-Hijr 15, ayat 39:

A039

 

Terjemahannya:
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya ''

(Iblis) said: " O my Lord! because Thou hast put me in the wrong, I will make (wrong) fair-seeming to them on the earth, and I will put them all in the wrong ''






 

20. Tersebut di dalam alqur-an, surah Al-Hijr 15, ayat 4:0

A040


Terjemahannya:
" Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu 
yang dibersihkan dari sebarang syirik ". 

" Except Thy servants among them, sincere and purified (by Thy Grace). " 







Wallahhu 'alam bissowab.





Leave a Reply

07sept2011. Dikuasakan oleh Blogger.

Rakan Taulan: