Bismillah...Allahumma solli 'ala muhammad wa'ala aali...

Facebook
RSS

0000033: Nama-Nama Hari Dalam Seminggu Menurut Islam

-
tf faqir




Hari Ahad
1. Allah SWT menjadikan neraka.
2. Allah SWT mencipta bumi yang tujuh lapis.
3. Allah SWT mencipta langit yang tujuh lapis.
4. Allah SWT menjadikan 7 anggota adam.
5. Allah SWT menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6. Allah SWT menjadikan bintang-bintang yang beredar.
7. Allah SWT menjadikan lautan yang tujuh.


Hari Isnin
1. Naiknya nabi Idris a.s ke langit.
2. Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina.
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan.
4. Malaikat Jibril turun kepada rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia nabi Muhamad s.a.w.
7. Bukti keesaan Alah diturunkan, '' Qul huwallahu ahad ''.


Hari Selasa
1. Wafatnya jurjis.
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
3. Nabi zakaria a.s wafat pada hari ini juga.
4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa a.s
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ini.
6. Habil terbunuh hari selasa.


Hari Rabu
1. Allah SWT meneggelamkan Qarun ke dalam 
    perut bumi, bersama keluarga dan harta kekayaanya.
2. Allah SWT menghancurkan Firaun beserta semua pengikut-pengikutnya ( di laut merah ).
3. Allah SWT menghancurkan Raja Namruz bin Kan'an dengan memasukkan serangga 
    ke dalam telinganya.
4. Allah SWT menghancurkan kaum nabi Saleh a.s
5. Allah SWT menghancurkan kaum nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat.


Hari Khamis
1. Nabi Ibrahim a.s bertemu dengan Raja mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof a.s berjumpa dengan Nabi Yusof a.s, setelah mereka 
    membuang dan mengasingkannya.
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof a.s datang ke mesir dan berjumpa 
    dengan nabi yusof a.s
4. Nabi Yaakub a.s datang ke negeri Mesir untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari khamis untuk mengajak firaun 
    menyembah kepada Allah SWT.
6. Rasululllah s.a.w memasuki kota mekah selepas perjanjian hudaibiyah.


Hari Jumaat
1. Pernikahan antara Adam a.s dan hawa.
2. Pernikahan antara yusof a.s dan Zulaikha.
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi syuaib a.s.
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan khadijah khuwailid.
5. Pernikahan antara nabi sulaiman a.s dengan Ratu balqis dari negeri Saba'.
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar r.a.
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib k.w dengan Fatimah az-zahra.


Hari Sabtu ( hari yang pernah disebut oleh Rasulullah s.a.w sebagai hari tipu daya )
1. Kaum Nabi Nuh a.s membangkang kepada Nabinya.
2. Kaum Nabi Saleh a.s mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang 
    diamanahkan kepada mereka.
3. Saudara-saudara Nabi yusof a.s mengkhianati nabi Yusof dengan mencampakkannya 
    ke dalam perigi di padang pasir.
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa a.s
5. Orang-orang yahudi mengkhianati dan mengejar nabi Isa a.s untuk membunuhnya,
    lalu Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
6. Orang-orang Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhammad s.a w di Darun Nadwah.
7. Kaum yahudi melanggar perintah Allah dengan menangkap ikan walaupun hari itu 
    di larang mereka berbuat demikian.


Antara hari-hari yang tujuh tersebut, hari Jumaatlah yang paling mulia dan digelar penghulu bagi segala hari, banyak fadhilat yang boleh kita perolehi pada hari Jumaat. Begitulah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada sekian-sekian hari hanya dengan mengimbas kembali lipatan sirah nabawiyah, barulah kita dapat gambaran sepenuhnya.


Wallahhu 'alam bissowab.

Leave a Reply

07sept2011. Dikuasakan oleh Blogger.

Rakan Taulan: